Bunga Saifuddin: Disneyland
“You shouldn't play with fire.”
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
DAISY diam tak berkutik. Sumpah, dia sama sekali tak menyangka bahawa hal seperti bakal terjadi. Dia malah menggerakan rahangnya sendiri, ke kiri dan kanan. Cukup lama, sebelum akhirnya Daisy memilih untuk mengetap gigi.“Perlu ke kau tanya soalan macam tu pada aku?”
Dada Saifuddin kembali ditekan kasar.
“Kenapa? Kau dengan Uyaina ada beza ke? Atau dua-dua sama je?”
Zap!
“Kau siapa nak bandingkan aku dengan perempuan lain?”
“Dan kau pula siapa untuk tentukan baik buruk seseorang, Daisy? Kita sama-sama tak sempurna. Kita sama-sama dambakan syurga, dan aku tak pernah sesekali mempermainkan hidup orang lain walaupun aku sedar, aku langsung tak layak hidup di dunia bahkan di syurga!”
Daisy semakin tersentak. Entah kenapa, dadanya terasa sesak. Pertama kali suara Saifuddin naik seoktaf sebegini, terhadapnya. Malah dia melihat, sudah pun gugur air mata di wajah lelaki itu. Namun, itu sedikit pun tidak menyentuh hatinya. Daisy langsung tidak merasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan saat ini. Malah hatinya bertambah sakit kerana lelaki itu berani sekali meninggikan suara dengannya.
“Jadi? Kau perlu kasihan pada aku hanya kerana aku pesakit psikatri? Sebab aku gila? Hei, kau tak kenal siapa aku sebenarnya.”
Daisy tertawa sinis.
“Aku perlu peduli ke dengan kisah silam kau? Kononnya kaulah lelaki paling memilukan di dunia? Kau kehilangan ketua keluarga. Ayah kau meninggal? Lah, sekurang-kurangnya kau ada ada emak kan? Ada adik kan? Apa yang perlu kau sedihkan sangat sampai hari ni?”
Saifuddin tersentak.
“Aku ni, Dion. Lahir-lahir dah tak ada mak bapak. Membesar di rumah anak-anak yatim. Paling teruk, satu orang pun tak datang mengaku yang dia tu waris aku ke, sepupu aku ke, nenek aku ke. Aku hidup dengan nama Abdullah sebagai ayah aku. Aku ini anak luar nikah ke macam mana, Dion?”
Jeda.
“Dia orang ingat, dia orang boleh tipu aku ke? Aku ni makin besar tau, Dion. Bukan makin besar makin bodoh. Perlu ke semua orang tipu yang mak bapak aku dah mati, sedangkan aku ini anak yang dibuang? Aku ini anak hasil dari kegagalan seorang ibu!”
Gugur mutiara jernih milik Daisy. Terketar-ketar jemarinya, cuba menahan tangis dari terus berlagu.
Sementara Saifuddin, air matanya turut sama gugur. Dia jelas kaget mendengar semuanya. Sementara Daisy sudah pun bertindak meramas kasar rambutnya. Ditarik-ditarik kuat biar sakitnya seiring dengan rasa sakit yang mencucuk hatinya.
“Dulu masa aku kecil, aku ingatkan dunia ini seakan Disneyland. Hal-hal indah yang aku tonton di kaca tv, aku fikir itu semua nyata di dunia. Tapi kenapa semua keindahan yang aku tengok di tv tak pernah terjadi sama sekali ke atas aku, Dion? Walaupun sedikit?”
Daisy teresak-esak. Lututnya mulai melemah, dan gadis itu jatuh terduduk. Dadanya semakin sakit.
“Kenapa hanya aku yang tak memiliki ibu? Apa aku tidak layak untuk seorang ibu? Sebab aku kotor ke, Dion?”
Saifuddin menggeleng perlahan. Perlahan-lahan dia mendekati Daisy yang sudah pun terduduk memeluk lutut. Tubuh gadis itu mengigil kuat.
“Kenapa ibu tak bunuh je aku waktu tu? Dia tak tahu ke betapa sialnya hidup aku selepas dia tiada di sisi? Semua orang jijik dengan aku. Semua suruh aku mati tapi kenapa bila aku sanggup untuk mati, aku tak juga mati pada akhirnya?”
![](https://img.wattpad.com/cover/232917728-288-k884242.jpg)
YOU ARE READING
Bunga Saifuddin
Romansa"You shouldn't play with fire." Pertemuannya dengan gadis berus gigi di tandas hospital membawa dia ke pertemuan yang seterusnya, walaupun setiap pertemuan itu terlihat sangat gila. "Sebab ni ke kau suka sembunyi banyak benda dari aku?" Pergelangan...