Berdamailah dengan segala hal yang tak boleh kita ubah, kerana ikhlas akan selalu menjadi akhir terbaik dari semuanya.✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
DAISY sedaya upaya cuba menghalang air matanya dari terus menerus gugur membasahi pipi. Jika dilihat orang lain, pasti tersentuh kerana dirinya terlihat sangat khusyuk sekali menghayati Al-Quran. Sedangkan hakikatnya tidak, sama sekali salah. Kerana yang dia tangiskan itu bukanlah perihal ibadahnya sendiri. Tetapi Daisy menangisi seseorang yang dia sendiri tahu, bukanlah miliknya untuk dia tangiskan seteruk ini. Hingga dia berbelah bahagi lantas merasa bingung sepanjang hidupnya. Sempurnakah ibadah ini, Ya Allah...
Inikah yang dirasakan lelaki itu ketika sangat mengharapkan cinta manusia lain? Inikah yang dirasakan Saifuddin saat cintanya buat Uyaina tak terkatakan?
Allahu...
Rasanya sungguh sesak, seakan dada ditikam bertalu-talu lalu tidak diberikan waktu walau sedetik untuk mencuri nafas yang diberi pinjam ini.
Daisy kecewa.
Kecewa dengan dirinya.
Bagaimana bisa dia menangisi seseorang sekali lagi hingga rutin hidupnya terganggu sehebat ini. Jauh beza dirinya dengan Saifuddin...
Saifuddin orangnya sangat kuat semangat. Sedangkan dia...
Jauh sekali dari kata 'kuat' itu sendiri.
Daisy menyimpan Al-Quran, lalu dia duduk memeluk lutut. Dengan telekung membaluti tubuh, Daisy menggerakkan bibirnya.
“Saif...”
Daisy memejamkan mata.
“Dion...”
Gugur lagi mutiara jernih di pipi. Lembut membasahi pipi, namun tidak selembut dadanya yang berdengup kencang saat ini.
“Bantu aku lupakan rasa ini...”
Kerana bayangmu sungguh menenangkan, tetapi dari sudut yang lain ia amat menyakitkan. Inginku hapuskan.
Menghapuskan segala yang ada di jiwa.
MUNIRAH masih belum melupakan apa yang terjadi pada malam itu. Perbualan antaranya dan Daisy masih bermain di kotak fikiran. Apa yang Daisy cuba sampaikan sebenarnya?
“Daisy nak kenalkan akak dengan kawan baik Daisy. Akak sudi tak terima taaruf dari kawan Daisy?”
Taaruf? Dari kawan baiknya Daisy sendiri?
Tak mungkin sebatas kawan baik jika hati kita mudah tersentuh setiap kali menyebut tentangnya. Apatah lagi menangis.
Lagi pula, Munirah sama sekali tidak mengenali lelaki yang dimaksudkan oleh Daisy.
“Nama dia Saif, kak. Saifuddin.”
Dan, sepertinya Munirah pernah mendengar nama itu. Tapi dari mana ya?
Perlahan-lahan kelopak matanya yang masih basah itu dibuka. Munirah melepaskan pelukan, kemudian dia ingin membetulkan selimut yang membaluti tubuh Daisy, bimbang jika gadis itu tidak selesa. Namun niatnya terhenti saat gegendang telinganya mendengar satu nama yang keluar dari bibir Daisy yang masih dibuai lena itu.
“Saifuddin...”
Munirah terdiam agak lama. Malah matanya mulai jatuh pada seluruh wajah Daisy. Entah kenapa, dia mula merasai sesuatu. Sesuatu yang sukar dia ceritakan untuk saat ini.
Yang pasti, Munirah bahagia mendengarnya. Akhirnya teka-teka yang bermain di fikirannya selama ini, berjaya menemukan jawapannya sendiri. Tanpa perlu dia memaksa. Munirah menarik senyum manis.
YOU ARE READING
Bunga Saifuddin
Romance"You shouldn't play with fire." Pertemuannya dengan gadis berus gigi di tandas hospital membawa dia ke pertemuan yang seterusnya, walaupun setiap pertemuan itu terlihat sangat gila. "Sebab ni ke kau suka sembunyi banyak benda dari aku?" Pergelangan...