3 | Kasih Diterima

272 48 59
                                    


Bunga Saifuddin : Kasih Diterima

"You shouldn't play with fire."

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

SAIFUDDIN membuka kelopak matanya perlahan-lahan biar pun kepalanya masih terasa perit. Apabila cahaya menerobos masuk ke dalam kelabu cair miliknya itu, Saifuddin bingung melihat begitu ramai sekali orang di dalam bilik ini. Ini, bilik dia ke?

Apa berlaku sebenarnya? Kenapa tiba-tiba saja kepalanya terasa sakit? Baru saja Saifuddin mahu berfikir tentang sesuatu, kepalanya tiba-tiba berdenyut cukup kuat sehingga wajahnya berkerut. Automatik Saifuddin memegang kepalanya yang dibalut itu. Terpejam rapat matanya.

"Ya Allah..."

"Dion, keep calm. Jangan paksa diri untuk ingat apa-apa."

Saifuddin menggeleng lemah. Mahu saja dia menolak satu tangan yang mulai menyentuh bahunya. Ternyata dia tak akan mampu. Rasa sakit di kepalanya mengatasi rasa marahnya. Dia benar-benar bingung. Apa sebenarnya yang berlaku pada dia?

"It's okay."

Terasa ada satu tolakan mengena pada bahunya. Seolah-olah memaksanya untuk baring semula ke katil. Kerana tidak tahan menahan rasa sakit di kepala sendiri, Saifuddin akhirnya akur. Matanya masih terpejam rapat. Rasa perit ini terlalu hebat. Seperti dihentak kuat ke dinding tanpa henti.

Jeritan kecil Saifuddin mula kedengaran apabila rasa sakitnya semakin menjadi-jadi. Malah air matanya sudah mengalir perlahan di pipi. Keadaan di bilik itu riuh rendah apabila semua mata jatuh pada Saifuddin yang sedari tadi tidak lepas memegang kepalanya sendiri. Serentak itu juga bilangan manusia yang berada di bilik itu diarah keluar oleh seorang jururawat wanita. Mereka semua akur dan cepat-cepat meninggalkan Saifuddin bersama seorang doktor lelaki yang sejak tadi cuba memujuk Saifuddin supaya bertenang.

Jeritan kecil Saifuddin terhenti saat gegendang telinganya mendengar suara milik seseorang yang sangat-sangat dia kenal. Baru saja dia mahu memanggil nama pemilik suara itu, terasa bahunya diusap oleh tangan itu. Bisikkan kecil pemilik suara itu membuatkan Saifuddin sedikit tenang. Apabila kelopak matanya terbuka sedikit, matanya jatuh pada wajah pucat lelaki itu yang sudah lama tidak dia temui. Gugur air matanya kerana rasa sakit ini semakin hebat. Seiring dengan rasa terharu kerana tak sangka lelaki itu sanggup terbang jauh semata-mata untuknya.

"Ir... ham..."

Perlahan-lahan kelopak matanya terpejam rapat. Sayu hati Irham melihat air mata milik Saifuddin masih mengalir perlahan membasahi pipi. Pastinya Saifuddin merasa terlalu sakit. Sekilas terlihat lelaki itu mengetap rahang. Sebal selepas mengetahui apa yang berlaku pada lelaki yang sudah dia anggap sebagai sahabat itu.

Moga kau kuat, Dion.

MATANYA jatuh pada siling bilik ini sebelum wajah milik seseorang yang masih setia duduk di sebelahnya itu ditatap semula. Sekilas dia mengukir senyum kelat. Sebelah tangan naik menyentuh balutan kain di kepalanya. Alhamdulillah, rasa sakit itu sudah beransur-ansur hilang. Kalau bukan kerana Irham memujuknya untuk makan ubat demi proses penyembuhan, pasti siang dan malam dia meraung menahan rasa sakit itu.

Dan tentunya Saifuddin masih lagi bingung dengan keadaan dirinya sekarang. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Apa yang berlaku pada malam itu? Jelas dia merasa sangat tertekan memikirkan hal tersebut. Kata Irham, selepas dia setuju mahu makan bubur hingga licin, lelaki itu mahu bercerita tentang apa yang bermain di fikirannya setiap detik itu. Irham kembali ditatap. Diperhatikan baju yang tersarung di tubuh lelaki itu.

"Bukan sepatutnya kau ada konsert hari ni?"

Hari telah menjelang malam, dan dilihat Irham masih belum menukar bajunya sejak awal pagi tadi. Dia juga tak melihat lelaki itu keluar meninggalkan dia di bilik ini untuk berehat.

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now