12 | Sekuntum Bunga Kemboja

91 9 20
                                    

Bunga Saifuddin: Sekuntum Bunga Kemboja

“You shouldn't play with fire.”

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

TUBUH Daisy sedikit menggigil, terketar-ketar bibirnya. Bulat matanya merenung gadis yang masih memeluk erat tubuhnya itu. Seakan tidak percaya.

“Tak apa, Daisy. Ambil waktu untuk bertenang ya?”

Sentuhan lembut di belakang tubuhnya terasa hingga ke dalam hati. Daisy tidak pernah merasakan ketenangan seperti ini. Beginikah rasanya diambil peduli oleh seseorang? Yang sama jantina sepertinya?

Padahal dulu dia tahu,

Padahal dulu dia sedar,

Gadis itu sebenarnya sangat-sangat peduli akan dirinya. Oleh kerana rasa asing dan jijik akan diri sendiri, Daisy yakin bahawa melarikan diri dari orang-orang yang baik adalah cara terbaik.

Meskipun peristiwa itu pernah terjadi antara mereka berdua, gilakah Munirah sehingga masih sudi berteman dengannya?

“Ma... Maaf...”

Hancur butir bicara Daisy, gagal menyusun kata buat Munirah yang masih setia menuntun langkah kakinya.

“Sudah, Daisy. Tak perlu diingati perkara yang tak layak sama sekali untuk kita tangisi sekali lagi.”

Langkah kaki Daisy terhenti dek kerana pegangan tangannya pada jemari lembut milik Munirah mulai melemah. Kakinya seakan digam sesuatu. Jantung berdetak sangat laju dan sungguh menyakitkan.

Gadis yang diberi nama Munirah itu kaget besar lalu cepat-cepat menahan tubuh Daisy dari jatuh mendadak. Pelukan semakin dieratkan. Namun kudrat kecilnya tidak sekuat itu, akhirnya mereka berdua sama-sama jatuh terduduk di atas lantai.

Daisy pula, mula menunduk lemah. Terhinjut-hinjut bahunya menangis. Memori paling sial itu kembali menghantui dirinya. Sialnya dia dahulu. Sejahat itu dia dahulu.

Daisy tidak layak mendapatkan kemaafan dari gadis sebaik Munirah. Dia seharusnya siap diberikan balasan setimpal seperti apa yang dia pernah lakukan dahulu terhadap gadis itu.

Bukannya siap dimaafkan dan diterima dengan baik begini. Ini salah. Ini sangat-sangat salah.

“Daisy...”

Munirah menarik lembut kedua-dua belah tangan Daisy. Dielus penuh manja sebelum sebelah tangan naik menyentuh pipi Daisy.

“Pandang akak, Daisy. Boleh?”

Tersentuh hati, Daisy akur lalu mengangkat sedikit kepalanya. Lalu matanya tenggelam ke dalam mata cantik gadis itu. Gugur air mata saat bibir itu menutur sesuatu yang sangat-sangat indah terdengar di halwa telinga.

“Jangan pernah membenci dirimu, kerana tiada yang lebih berharga di dunia ini selain dirimu sendiri. Manusia tak sempurna, Daisy. Kita tak pernah lari dari khilaf sendiri. Yang penting, Daisy... Akak sendiri. Kita tak pernah putus harapan untuk berubah, kan? Kita... Sama saja.”

Semakin gugur air matanya. Daisy menangis teresak-esak. Entah kenapa. Semakin dia menatap wajah penuh ketenangan milik Munirah, semakin dia teringatkan seseorang.

Mengapa redup itu begitu mirip sekali dengan Saifuddin.

Mengapa kehangatan kata-kata penuh hikmah yang diberikan oleh gadis itu persis seperti Saifuddin?

Mengapa Munirah hatinya sebaik Saifuddin?

Dan mengapa Saifuddin harus menemui dirinya yang penuh dosa dibandingkan Munirah?

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now