9 | Mendung Yang Menghantui

65 14 31
                                    

Bunga Saifuddin : Mendung Yang Menghantui.

"You shouldn't play with fire."

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

RENUNGAN lama jatuh lama pada pergelangan tangannya sendiri. Riak wajah tidak berubah. Kekal membeku. Tetapi, jauh di sudut lainnya; dia sedang memikirkan sesuatu. Tangan kiri naik mengusap kekura tangan kanan. Kemudian sentuhan jemari jatuh lembut pada satu-satunya karya teragung miliknya itu.

Corak-corak yang meninggalkan kenangan menyakitkan ini ditatap lama. Walaupun itu hanyalah parut lama, namun rasa torehan demi torehan yang menghasilkan titisan demi titisan darah itu sentiasa terhias indah di kepala. Malah sangat-sangat berkesan di jiwanya yang sentiasa terluka dek kerana kegagalan diri bertahan kuat.

Sebelum ini, dia bisa kekal bersemangat untuk meneruskan hidup. Tetapi kenapa cubaan hidup seakan iri dengan kekuatan dirinya?

“Kita diuji kerana kita mampu.”

Mampukah ini?

“Bukannya mampus?"

Huh.

“Belum mati, dan semakin menyusahkan hidup. Memangnya dunia ini bermakna ke kalau aku masih bernyawa? Kalau mati, dunia bakal bersedih ke? Sial.”

Diasy tertawa kecil sambil mengusap air mata yang tiba-tiba saja laju membasahi pipi.

Ternyata dunia sejahat ini ke atas dirinya.

“Bila aku boleh mati ni? Aku dah penatlah...”

Kedua-dua belah tangan naik meramas rambut. Kasar dan menyakitkan. Kemudian Daisy mula mengetuk kuat kepalanya. Diketuk sekuat mungkin, sekuat harapan diri untuk tetap pergi meninggalkan dunia yang tidak pernah menerima kedatangan pejuang kehidupan seperti dirinya.

Daisy berhenti menyakiti tempurung kepalanya, lalu dia bertindak mencabut stokin panjang yang tersarung baik di kaki kanannya. Dengan kepanjangan stokin putih itu, Daisy bertindak melilit stokin itu di lehernya. Ditarik sekuat mungkin. Rembesan air mata semakin banyak turun, kerana Daisy berusaha sebaik mungkin untuk menahan rasa perih yang mencucuk satu-satunya saluran pernafasan miliknya.

Dan ruangan itu dipenuhi oleh begitu ramai sekali pihak hospital. Teriakan demi teriakan memecah kesunyian pada waktu itu. Kelihatan dua orang jururawat sedang menarik pergelangan tangan Daisy dari terus menyakiti diri sendiri. Kemudian dua orang lagi jururawat mendekati tubuh Daisy yang masih aktif melawan setiap tahanan nafsu untuk membunuh diri. Seorang lagi cuba menenangkan Daisy dengan membisikkin alunan ayat suci Al-Quran di telinganya. Sementara orang kedua bertindak memberikan suntikan ubat penenang ke atas tubuh Daisy.

Sementara menunggu ubat itu memberikan kesan ke atas tubuh Daisy, teriaknya didengari dan curahan hati yang terluah di bibirnya berkali-kali diberikan perhatian sepenuhnya. Dalam tak sedar, kelihatan seorang jururawat yang ditugaskan pada waktu itu, masih meneruskan bacaan suci Al-Quran; mengalirkan air mata.

Dia kasihan pada Daisy. Dia kasihan melihat kondisi emosi semua orang yang mengalami sakit yang tak terkatakan ini.

Sedarlah, anak-anak ini tidak gila.

Mereka sedang diuji dengan sakit mereka sendiri.

* * *

TANGGA dinaiki langkah demi langkah, kemudian tapak kakinya jatuh menyentuh lantai putih bangunan ini. Sempat dia membalas senyuman seorang staff lelaki yang melewatinya itu, sebelum staff lelaki itu hilang dek kerana sudah pun menuruni anak tangga yang sama. Pandangan mata bertukar arah, dan berhenti tepat pada satu tempat saat destiasi tujuannya telah pun tiba. Bekas makanan yang tidak terusik sama sekali itu menjadi fokus utama buatnya ketika ini. Tanpa berkata apa-apa, hanya senyum kecil terukir di bibir.

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now