8 | Sakit, Sungguh Sakit.

94 15 14
                                    


Bunga Saifuddin : Sakit, Sungguh Sakit.

"You shouldn't play with fire."

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

SAIFUDDIN jatuh terduduk di sisi dinding hospital. Telapak tangan naik menekup wajahnya sendiri. Lalu, terdengar esakan demi esakan kecil darinya. Menggigil seluruh tubuhnya. Sukar digambarkan betapa takutnya dia saat ini. Sulit diceritakan betapa gagalnya dia sebagai teman Daisy.

Gegendang telinganya pula tidak henti-henti disajikan dengan banyak suara yang tidak patah semangat untuk menceritakan perihal Daisy kepadanya.

“Daisy terlebih dos ubat.”

Ubat tidur dan penenang dapat memberikan dua kesan yang tidak bagus untuk pesakit. Pertama, kesan ketagihan. Ia mengurangkan rasa resah dan menurunkan kadar aktiviti otak yang akan menyebabkan mengantuk dan hilang koordinasi dan memori.

“Cubaan bunuh diri dari Daisy.”

Kedua, kesan buruk. Antaranya berlaku tekanan darah, menurunkan kadar pernafasan yang boleh menyebabkan kematian apabila diambil bersama alkohol.

“Ini bukan kali pertama pesakit commit suicide. Sudah termasuk kali ketiga.”

Kali pertama Daisy mencuba membunuh dirinya ketika gadis itu tinggal sendiri di rumahnya. Cubaan mengantung diri gagal kerana berjaya diselamatkan oleh jirannya yang peka dengan keadaan sekeliling mereka. Sifat prihatin jiran Daisy menggagalkan tekad terakhirnya untuk menamatkan hidupnya sendiri. Dan itulah pertama kali Daisy dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan berkala.

Kali kedua Daisy mencuba membunuh dirinya pula selepas dia dibenarkan pulang kerana keadaan emosi Daisy menyakinkan doktor bahawa mentalnya semakin membaik. Namun doktor salah, setelah tiga bulan tidak mendengar khabar dari Daisy malah gadis itu tidak datang ke hospital untuk memenuhi temu janji antara pesakit dan doktor seperti biasa menimbulkan kerisauan.

Lalu sebulan kemudian Daisy dikejarkan ke hospital kembali, namun dengan kondisi tubuh yang sangat-sangat 'hancur'. Gadis itu ditemukan terbaring lemah di dalam bilik sewa dengan kesan tikaman di perutnya. Daisy bertindak menikam dirinya sendiri kerana fikirnya itu sahaja cara terbaik untuk menamatkan memori hidup yang memilukan ini. Meskipun rasanya sungguh sakit, Daisy terima.

Jika bukan kerana tuan rumah Daisy datang untuk memberikan sedikit makanan hasil dari jamuan di rumahnya buat penghuni bilik sewa, mungkin Daisy tidak dapat lagi diselamatkan. Mahu pula Daisy itu hanya menyewa bilik untuk dirinya sahaja, tidak berkongsi dengan penghuni lain.

Alhamdulillah, Daisy berjaya diselamatkan kerana kesan tikaman di perutnya tidak terlalu dalam dan organ dalaman milik Daisy masih sempurna.

Daisy akhirnya akur menjadi penghuni tetap di hospital ini. Meskipun dia masih gagal mendapatkan 'rumahku syurgaku' namun hospital ini banyak memberikan dirinya semangat hidup.

Tetapi,

Kali ketiga ini.

Sangat-sangat memberikan impak besar buat gadis itu sendiri. Keputusan menelan kesemua ubat penenang bukanlah hal yang wajar dilakukan kerana kesannya jauh lebih teruk dari apa yang kita fikirkan.

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now