7 | Tergantung Sepi

91 15 23
                                    

Bunga Saifuddin : Tergantung Sepi

"You shouldn't play with fire."

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

LEMAH longlai langkah kakinya merapati anak tangga surau. Meskipun sekarang masih pukul tiga pagi, dan azan subuh belum kedengaran kerana belum masuk waktu. Tetapi, digagahkan juga diri memasuki rumah Allah ini.

Usai menanggalkan selipar, dia segera mengambil air wuduk. Walaupun emosinya sangat-sangat terganggu tika ini, disabarkan diri demi mendapatkan ketenangan yang sesungguhnya dari Yang Maha Esa. Ketika pili air mula dipulas lembut, dan terdengar suara air jatuh membasahi lantai; Saifuddin akhirnya kembali khusyuk.

Anak tangga surau kembali dicari, dan Saifuddin menolak lembut pintu surau yang sentiasa terbuka. Jemarinya laju mencari suis lampu dan kipas. Apabila semuanya berjaya dihidupkan, tanpa membuang waktu Saifuddin langsung mengambil sejadah lalu mengambil tempat untuknya menunaikan solat.

Setelah melafazkan niat solat, Saifuddin mengangkat takbiratul ihram.

"Allahuakhbar."

Ketika kamu ingin mendirikan solat, maka bertakbirlah.

Deruan angin sejuk menemani Saifuddin menunaikan solat Tahajjud.

Solat Tahajjud merupakan salah satu terapi jiwa buat seseorang yang sentiasa dalam keresahan, dan merasa tidak tenang dalam kehidupan seharian.

Dan, rasa itulah yang dialami oleh Saifuddin saat ini.

Kata orang, lelaki tak boleh terlihat lemah.

Betul.

Aku lelaki, dan aku harus kuat.

Namun ada waktunya, aku gagal mengelak ketika jatuh.

Kerana aku juga tidak sempurna, sebagai lelaki di dunia.

Saifuddin khusyuk sekali menunaikan solat, hingga tidak sedar air matanya perlahan-lahan gugur, membasahi pipi. Hangat air mata ini, mulai menambahkan sebak di dada. Namun Saifuddin kekal tenang, kerana dia yakin.

Allah mendengar semuanya, luahan hati seorang hamba yang sentiasa mendambakan syurga.

Dalam sujud terakhir itu, sebak di dada yang ditahan sekuat mungkin akhirnya pecah jua. Saifuddin menangis teresak-esak dalam sujud terakhirnya. Mengigil seluruh tubuhnya.

Selesai memberi salam, Saifuddin menekup wajahnya. Esakannya meskipun sayup kedengaran tetapi sangatlah menyedihkan.

Ya Allah, sejujurnya aku belum redha atas apa yang telah terjadi dalam hidupku...

Sepertinya aku belum berjaya melepaskan semuanya pergi dengan seikhlasnya...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk membuang rasa yang selama ini tergantung sepi...

Kerana semakin ku genggam, semakin ia menyakiti...

Semakin aku membenci, semakin aku merindui...

Ya Allah...

Saifuddin menahan sebaknya, ditahan air mata dari terus gugur. Nafas ditarik sedalamnya. Sebelah tangan naik menyentuh dada.

Aku lepaskan Uyaina dengan seikhlasnya...

Lalu Saifuddin kembali sujud.

Ya Allah, aku mohon padaMu...

Jika pada akhirnya aku menemui bahagia,

Berikanlah Uyaina kebahagiaan yang sama...

Kerana jika aku berhak untuk bahagia,

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now