6 | Kembalikan Senyumku

87 15 29
                                    


Bunga Saifuddin : Kembalikan Senyumku

"You shouldn't play with fire."

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

"KALAU Saif rasa ringan kepala, Ahad ni dah boleh discharge." ujar doktor yang merawat Saifuddin selama dia menetap di hospital ini.

"Betul ke ni, doktor?" Saifuddin bertanya lagi. Seolah tidak percaya.

"Betul, Saif. Kenapa? Nak jadi penghuni tetap ke dekat sini?" Doktor Ali mengangkat sebelah keningnya. Sengaja mengusik Saifuddin.

Saifuddin tersengih dengan senyum sengetnya.

"Kalau makanan hospital taraf kedai mamak, sampai tua pun saya sanggup tinggal sini." Saifuddin berlawak.

Lalu kedengaran tawa besar milik kedua-duanya. Doktor Ali tidak dapat menahan rasa geli manakala Saifuddin pula masih terbayang-bayang setiap hidangan yang disediakan untuknya sepanjang tinggal di sini. Amatlah menyeramkan sekali rasanya.

Sampai tahap Saifuddin pernah terfikir. Dia sakit kepala atau sakit lidah sebenarnya?

"Kalau tak ada apa-apa dah, saya keluar dulu ya? Jangan skip ubat tau, Saif."

Saifuddin mengangguk lembut.

"Terima kasih, doktor."

"Sama-sama, Saif. Assalamualaikum."

Saifuddin turun dari katilnya, kaki menyentuh lantai hospital lalu dia menghantar Doktor Ali hingga ke pintu wadnya.

"Waalaikumussalam."

Setelah bayang tubuh milik Doktor Ali hilang dari pandangan Saifuddin, lelaki itu merenung ke luar tingkap.

Senyum terbit sedikit demi sedikit di bibirnya.

Umi, tunggu Saif pulang ya?

Tinggal lagi dua hari sebelum dia pergi meninggalkan rumah yang selama ini telah menjadi tempatnya berteduh dan merawat diri.

Dia pasti merindukan hospital ini.

Dan, mungkin ini juga pertemuan terakhirnya dengan Daisy.

Walaupun dia belum cukup tau serba sedikit tentang gadis misteri itu.

Tipulah kalau Saifuddin tak ingin mengetahui semua itu.

Namun, siapalah dia hingga seberani itu tentang kisah hidup seseorang? Daisy juga bakal merasa tidak senang dengan sikapnya.

Saifuddin tersenyum sendiri, dia sering teringatkan semangat milik Daisy untuk belajar dan mendalami agama.

Gadis itu tidak pernah patah semangat.

"Assalamualaikum..."

Terdengar suara seseorang menyapa dari luar pintu di mana Saifuddin masih memilih berdiri.

"Waalaikumussalam."

Saifuddin membalas seraya merenung ke figura tersebut.

Terdiam.

Saifuddin terdiam. Tubuhnya membeku. Wajah itu ditatap dingin olehnya.

"Uyai datang naik Grab ke sini. Tak ada sesiapa teman Uyai. Uyai bawakan makanan kesukaan abang."

Gadis itu terlihat teruja sekali mengangkat beg makanan yang berada di atas ribanya sebentar tadi.

Saifuddin masih terdiam.

Tidak terdaya untuk memberi respon apa-apa. Kerana Uyaina menembak hatinya sekali lagi dengan baju kurung sekolah yang tersarung cantik di tubuh milik gadis itu.

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now