Bunga Saifuddin : Sepasang Mata"You shouldn't play with fire."
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
TINGGAL lagi tiga hari sebelum Saifuddin dibenarkan keluar dari hospital. Keadaan kesihatannya kini semakin baik. Saifuddin sudah jarang sekali merasa sakit kepala. Cuma satu saja, tidurnya tidak begitu lena. Saifuddin hanya berpeluang tidur selama satu jam saja. Selepas satu jam, pasti dia terjaga dari tidur.
Walaupun dia agak sebal dengan dirinya sendiri yang selalu saja sukar mendapat ketenangan ketika mahu tidur, tapi dia tahu semua ini ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya, dia sempat menunaikan solat tahajud setiap kali terjaga dari tidur. Masa itu diambil untuk solat tahajud dan solat taubat selain membaca Al-Quran serta memahami maknanya sekali melalui tafsir Al-Quran yang selalu menjadi pilihan Saifuddin.
Lantas, memori ketika dia masih berada di pondok waktu muda dahulu. Saifuddin terlalu rindukan kawan-kawannya di pondok dahulu. Masih lagi dia ingat, dia dan kawan-kawannya sanggup lakukan apa saja agar mereka semua dapat menunaikan solat tahajud bersama-sama. Semua berebut mahu menjadi imam dalam solat. Masih lagi dia ingat, sanggup dia mengunci jam di telefon biasa miliknya dahulu setiap jam hanya mahu menjadi orang pertama bangun dari tidur.
Malah dia sanggup tidur awal semata-mata untuk mengejar solat tahajud. Semua itu dilakukan oleh Saifuddin hanya untuk satu sebab saja. Iaitu, dia mahu ayah, ibu dan Sarah sentiasa diampunkan dosanya. Selalu mendapat rahmat dari Allah tanpa henti. Dan yang paling penting, dia mahu bersama keluarganya di syurga nanti.
Saifuddin memang dikenali sebagai lelaki yang sukar sekali didekati oleh mana-mana pelajar perempuan di pondok itu. Sikap pendiam yang tak banyak mulut Saifuddin membuatkan sesiapa yang menyimpan perasaan pada Saifuddin terpaksa melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian dari Saifuddin. Saifuddin memang nampak peramah jika dia dilihat sedang berbual atau bergurau dengan kawan-kawannya. Tetapi jika Saifuddin diletakkan bersama-sama pelajar perempuan dalam satu aktiviti, automatik Saifuddin menjadi pendiam. Malah dia tidak berminat dengan mana-mana perempuan.
Jika ada yang menegur, Saifuddin pastinya menjawab seperti biasa. Tetapi jika mahu berbual lama dengannya, maaflah kerana orangnya bukanlah Saifuddin. Mungkin boleh cuba nasib dengan kawan-kawannya yang lain. Tujuannya belajar di pondok bukanlah untuk mencari jodoh atau bercinta seperti remaja-remaja lain di luar sana yang mana selalu saja merasa bahagia dengan cinta monyet mereka. Definisi suka seorang Saifuddin sangatlah berbeza dengan kawan-kawannya yang lain.
Dan orangnya dahulu ada pada bekas cinta pertamanya, Uyaina. Itu pun selepas satu peristiwa berlaku dalam hidupnya sehingga dia bukan lagi seorang Saifuddin. Dia dikenali sebagai Dion sekarang. Lelaki yang pernah menyimpan sejarah paling memilukan dalam hidupnya. Dan pastinya, tak mahu dia ceritakan semua itu sekarang.
Lamunan Saifuddin terhenti saat dia mendengar jeritan seseorang di kawasan hospital itu. Saifuddin menarik senyum senget saat matanya jatuh pada seorang gadis muda yang kini lagi meronta-ronta minta dilepaskan. Kelihatan dua orang jururawat sedang mendukung gadis muda itu masuk ke dalam satu bilik.
Budak kurang ajar itu lagi? Masalah apa pula dia buat kali ini?
Saifuddin menggelengkan kepalanya. Malas mahu ambil tahu. Sudahlah kurang ajar. Dia fikir lelaki macam aku suka ke dekat budak kurang ajar macam dia? Muka lawa kalau perangai macam anjing buat apa? Masih teringat bahunya dilanggar kasar tempoh hari. Sudahlah rampas duit dia bagi, bukan nak sambut elok-elok huluran dia. Terima kasih pun tak ada, mungkin cara dia berterima kasih dengan melanggar kasar orang kot.
YOU ARE READING
Bunga Saifuddin
Romance"You shouldn't play with fire." Pertemuannya dengan gadis berus gigi di tandas hospital membawa dia ke pertemuan yang seterusnya, walaupun setiap pertemuan itu terlihat sangat gila. "Sebab ni ke kau suka sembunyi banyak benda dari aku?" Pergelangan...