5 | Lolipop Syurga

139 24 25
                                    


Bunga Saifuddin : Lolipop Syurga

"You shouldn't play with fire."

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

SAIFUDDIN terlihat khusyuk sekali membaca dan memahami terjemahan surah Yasin. Meskipun dia sudah pun sedia tahu makna terdalam surah Yasin sewaktu belajar di pondok. Bahkan arwah abah sempat mengadakan aktiviti Halaqah bersama umi dan juga Sarah. Masih dia ingat, Kelembutan abah dalam menitip sedikit demi sedikit ilmu agama membuatkan Saifuddin tidak mampu mencari pengganti guru paling terbaik dalam hidupnya. Kerana bagi Saifuddin, umi dan arwah abah adalah guru paling bernilai dalam hidupnya.

Fokus Saifuddin jatuh pada makna Kun Fayakun.

Dalam al-Qur’an, Allah berfirman: “Inama Amruhu Idza Arada Sya’ian An Yaqula Lahu Kun Fayakun” (Surah Yasin: ayat 82)

Dari Tafsir Ibnu Katsir : Yakni sesungguhnya Allah memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu diulang atau ditegaskan.

Sesungguhnya makna ayat ini, Allah mengadakan segala benda dan sesuatu tanpa penat, tanpa kesusahan, dan tanpa halangan dari sesesorang kepada Allah.

Dan sesungguhnya, Allah menjadikan segala kejadian yang Dia kehendaki, maka Dia jadikan segala kejadian itu dengan segera, tanpa terlewat sekalipun daripada waktu yang Dia kehendaki adanya kejadian itu, pada waktu tertentu itu.

Maka dengan itu, adapun makna;

Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia.

Ia menunjukkan di atas segera mengadakan.

Melalui pemahaman ini, Saifuddin sangat percaya atas segala apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Jika ini yang dikehendaki olehNya, maka terjadilah ia.

Jika Allah kehendaki untuknya bahagia pada suatu hari, maka terjadilah ia.

Yang pasti, dia harus sabar dan senantiasa percaya pada Kebesaran Allah dalam hidupnya.

Sesungguhnya, mati dan hidupnya ini hanyalah untukNya.

Saifuddin menutup Tafsir Al-Quran, kemudian dipeluk lalu dicium lembut buku terjemahan tersebut. Gugur perlahan-perlahan air matanya.

Ya Allah, titip rindu yang tak tergantikan ini buat arwah abah.

Ya Allah, titipkan pahala ini buat arwah abah juga. Kerana arwah abah sentiasa hidup dalam jiwa ini.

Abah, Saif rindu.

Maafkan Saif, abah.

DISARUNG sepasang sandal Asadi hitam miliknya ke kaki. Sekilas matanya jatuh pada langit bumi, mendung seperti kebiasaanya memandangkan sekarang merupakan musim hujan selalu turun atau dipanggil musim tengkujuh.

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now