14 | Haunting

93 7 3
                                    


Tahun lalu aku bertemu versi aku yang paling hancur, tapi juga yang terkuat. Aku kuat dengan seadanya diriku.

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

DAISY meludah wajah itu. Dengan penuh kebencian yang tersemat padat dalam jiwanya.

Namun sayangnya, ludahan penuh kebencian itu hanya dibalas dengan tawa kecil lelaki itu. Malah belas ludahan itu disapu tanpa sedikit riak kesal di wajahnya.

Mana mungkin bisa dia marah pada gadis seperti Daisy. Melihat tingkah kasar Daisy yang tak pernah berubah membuatkan dia semakin gila.

Gila.

“Kau tak rindukan aku ke, Daisy?”

Soalan itu hanya dibalas dengan tawa besar milik Daisy. Kemudian Daisy menolak tubuh yang semakin merapati tubuhnya itu. Dia jijik!

“Kau ketawa? So, dari apa yang pernah terjadi antara kita dulu buatkan kau dah takde apa-apa perasaan dekat aku ke?” lelaki itu bertanya lagi.

Daisy berdecit. Dijeling lelaki itu sekilas.

“Apa yang kau nak sangat dengan perempuan rosak macam aku ni? Lupakanlah aku.”

Lelaki itu mengerutkan dahi, tidak suka dengan apa dia dengar dari mulut Daisy. Menyakitkan, sungguh menyakitkan.

“Kau tak pernah rosak di mataku, Daisy.”

“Apa? Tak pernah rosak di mata kau?”

Daisy membalas pernyataan itu dengan ketawa besar. Gadis itu bertepuk tangan. Seakan lucu mendengar madah cinta sialan milik lelaki itu.

“Memanglah tak rosak di mata kau, sebab kau tak pernah sentuh aku pun kan? Tapi kau biarkan kawan-kawan kau rogol aku malam tu. Sekarang...”

Tergantung butir bicara, hati Daisy sebak. Semakin menebal rasa itu saat bait-bait kata yang tak ingin disebut itu akhirnya keluar dari bibirnya sendiri.

“Sekarang... Kau nak acah-acah nak jadi hero ke macam mana ni? Kau tak puas hati sebab member kau sendiri tak ajak makan besar malam tu?”

“Aku tak sejahat itu, Daisy. Kau ingat aku ni lelaki sial sangat ke sampai biarkan kawan aku sendiri tikam belakang aku?”

Lelaki itu tetap mahu Daisy memahami dirinya. Daisy pula hanya mampu tersenyum kelat.

“Tak sejahat itu? Aku ketagih dadah pun sebab kau kan? Kita selalu duduk serumah cuma kau tak berani nak sentuh aku lebih dari itu hanya disebabkan aku tak nak. Kau kata, kau sayangkan aku. Itu ke erti kasih sayang yang kau maksudkan?”

Lelaki itu terdiam.

“Kehancuran aku ini membahagiakan kau ke, Rahimi?”

“Ini ke harga yang perlu aku balas untuk secebis kasih sayang?”

Daisy kembali menolak tangan yang tiba-tiba saja menyentuh bahunya. Kepala digelengkan. Cukup, dia tidak akan termakan dengan agenda manis ini lagi. Dia bencikan sentuhan itu. Dia bencikan lelaki itu.

“Daisy, semua masalah ini boleh selesai kalau kau buat report polis. Tapi kenapa kau diamkan diri dan biarkan je semua berlalu? Dan kenapa kau lari dari aku?”

Pap!

Rahimi tersentak, kepalanya terteleng ke tepi. Tak dijangka pula dia bakal menerima tamparan dari Daisy. Terkejut, terduduk sementara egonya.

“Kau ingat aku bodoh ke?” tempik Daisy.

“Maksud kau apa?” lelaki itu menyoal. Tidak faham.

Daisy ingin menampar lagi namun laju saja tangannya ditangkap Rahimi. Renungan redup lelaki itu bertukar dingin. Barangkali marah kerana ditampar. Tapi apa Daisy peduli. Dia tidak takut sama sesiapa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now