Bab 39 - Sus

1.2K 84 5
                                    

Kereta dipandu oleh Hafiya dengan tenang pada petang itu. Dia baru sahaja balik dari kerja dan dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Brek ditarik apabila sampai di lampu isyarat yang menunjukkan lampu merah. Pada masa yang sama, Hafiya mengeluh. Banyak perkara yang bermain di fikirannya sekarang.

Pertama, dia dengan Jazlan. Jazlan mahu perkahwinannya dengan Hafiya dilaksanakan secepat mungkin. Akan tetapi, Hafiya berpendapat bahawa Zahra masih lagi dalam proses ingin pulih. Dia mahu Zahra dalam keadaan sihat ketika majlis bahagianya berlangsung nanti. Agak tidak sesuai baginya jika kawan baiknya masih tidak pulih sedangkan dia sedang bahagia. Kedua, Zahra juga. Kalau dia mahu melangsungkan majlisnya itu, dia tak boleh 'follow-the-flow' dan harapkan Asyari sahaja. Dia juga harus lakukan sesuatu.

Matanya tertangkap dengan iklan rumah baharu dan kosong untuk disewakan. Kalau ikutkan hati, dia boleh sahaja memilih rumah yang diiklankan itu untuk Zahra. Masalahnya, itu juga bukan cara yang terbaik. Zahra akan berada dalam dunia gelapnya sahaja. Dia tak akan bertemu kebahagiaan dengan Asyari.

Bala, bala.

Hafiya mengurutkan dahinya. Apa aku patut buat ni?

Kedengaran hon dari kereta di belakang ditujukan kepada Hafiya menyentakkan dia dari lamunan. Dia cepat-cepat menggerakkan keretanya.

Aku kena bertindak. Aku kena lakukan sesuatu juga.

Kereta Hafiya tiba di perkarangan rumah keluarganya. Pada masa yang sama, dia perasan satu kereta yang sangat dikenalinya juga berada di perkarangan rumahnya itu. Keretanya diparkir terlebih dahulu lalu keluar selepas itu.

Oh, kereta tunang kita lah!

"Jazlan, awak buat apa di sini?" kata Hafiya terlebih dahulu ketika dia mendekati lelaki itu.

Belum sempat Jazlan ingin membalas, ibu kepada Hafiya yang muncul entah dari mana berkata dahulu. "Jazlan ni tunggu kamu dari tadi. Nak ajak kamu dinner dengan dia".

"Eh, kenapa tak call saya?". Hafiya mengeluarkan telefonnya. Baru dia perasan, telefonnya kehabisan bateri.

Hafiya tersenyum kekok. "Saya ada call tadi tapi awak tak angkat. Saya risau tu yang terus pergi rumah awak. Manalah tahu tiba-tiba merajuk tanpa sebab" kata Jazlan.

Hafiya tergamam. Tak guna punya tunang. Dia memukul Jazlan lembut di bahu. "Eee, mana ada saya nak merajuk tanpa sebab". Nak merajuklah kalau macam ni.

Jazlan tergelak kecil membuatkan Hafiya bertambah sakit hati.

Ibu Hafiya yang dari tadi menjadi penonton sahaja, bersuara semula sambil menggelengkan kepala. "Dah, Hafiya. Kamu nak pergi tukar baju dulu ke atau terus pergi dengan Jazlan ni? Kasihan Lan ni dari tadi tunggu kamu dalam kereta tahu".

"Lah, kenapa tak ajak masuk dalam dulu?" tanya Hafiya. Apalah nasib tunang aku ni.

"Ibu dah ajak dah. Lan yang nak tunggu kamu dekat luar ni. Risau sangat. Kahwin lah terus cepat kalau macam tu" kata Ibu kepada Hafiya.

"Dah ajak dah tapi tulah, tunggu orang tu je" kata Jazlan dengan kedua tangan di poket. Dia sengaja tidak memandang Hafiya. Sengajalah tu.

Ibu kepada Hafiya menggelengkan kepala sekali lagi. Dia memegang bahu satu-satunya anak perempuannya itu. "Apa-apa pun kamu dua bincang lah baik-baik ya. Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan nanti".

Jazlan dan Hafiya masing-masing mengangguk.

"Tak apalah, ibu. Hafiya tak tukar baju dah. Pergi terus lah dengan Jazlan. Nanti jalan sesak, lambat pula nanti" kata Hafiya lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya. Salamnya disambut.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now