Bab 3 - Mungkinkah

4K 240 8
                                    

Pandangan matanya melihat Jazlan dan Hafiya berkali-kali dan berulang-alik. Air liur ditelan beberapa kali. Bibirnya tidak tahu mahu berkata macam mana lagi. Kelu habis!

Semalam Hafiya mencadangkan idea nak kata bagus tak juga. Nak kata teruk, pun tidak juga. Akan tetapi bagi Zahra, semestinya dia tidak mahu buat.

Ada ke patut suruh berlakon? Skripnya begini - Jazlan iaitu kawan baik mereka akan berlakon menjadi Asyari yang akan pulang ke Zenmark. Kalau dia pulang ke Zenmark, mesti Asyari akan pulang ke rumahnya bersama Zahra dan akan tinggal bersama. Disebabkan Zahra takut untuk berhadapan masa itu, Hafiya mencadangkan supaya mereka berlatih agar Zahra terbiasa dan boleh melayan Asyari seperti isteri biasa. Nampak seperti mudah. Jazlan pun tiada masalah. Begitu juga dengan Hafiya. Masalahnya sekarang ialah...Zahra!

"Betul ke idea kau ni, fiy?" soal Zahra sekali lagi dengan muka yang betul-betul inginkan kepastian.

Hafiya memegang pelipisnya lalu memegang bahu Zahra, "Puan Zahra Darin, kawanmu ini tidak pernah main-main"

Zahra menyengetkan kepalanya lalu dahinya dijentik oleh Hafiya. Terus mengaduh wanita itu.

Zahra sekali lagi keliru. Kenapa lah hari ni dia banyak blur sangat?

"Itu tandanya aku tak main-main"

Zahra mengusap dahinya lalu berkata, "Tapi perlu ke macam ni? Dah lah susahkan Jaz datang rumah"

"Eh, sebenarnya aku pun tak lah busy mana. Kan weekend. Lagipun dah lama tak spend time dengan korang" sampuk Jazlan yang dari tadi mendiamkan diri melihat adegan blur si Zahra dan si penampar dahi orang Hafiya.

Jazlan kerja di sebuah syarikat. Kadang-kadang dia kerja juga hari Ahad tapi hari ni dia cuti. Lagi bertuah, hari ni pun Hafiya suruh datang rumah Zahra. Katanya ada plan nak dijalankan.

Disebabkan Zahra sudah tidak banyak bertanya, Hafiya meneruskan celotehnya. "So Jaz, kau dah tahu kan apa kau perlu buat?"

Jazlan mengangguk lalu menunjukkan tanda 'okay'. Hafiya mengalihkan pandangan kepada Zahra lalu bertanya, "Macam mana pula dengan the main actress kita, Zahra Darin. Sudahkah anda bersedia?" Ni dah kenapa formal tiba-tiba? Berkata macam dalam reality game show pula. Facepalm!

"Kau rasa berjaya ke? Aku takut aku gugup je nanti" soal Zahra yang sudah bertanya entah keberapa puluh kali. Hafiya menepuk dahinya sendiri. Apa lah nak jadi dengan kawan aku seorang ni?

"Biar gugup masa ni, jangan gugup kalau datang si suami" Pantun ke tu? Hentam sajalah labu!

Zahra mengangguk lemah tanda mengiyakan saja.

"Okay, we are ready! One, two, three...action!"

Jazlan masuk ke rumah sambil membawa briefcasenya. Sempat lagi dia melonggarkan tali leher, berlakon tanda dia memang penat.

"Assalamua'laikum" kata Jazlan

"Wa-wa'alaikumsalam" Agak kekok juga Zahra menjawab salam itu. Sehingga mukanya pucat dan berpeluh dingin. Kes berat si Zahra ni. Tak boleh bayangkan jika Asyari pulang betul-betul.

Jazlan menghulurkan briefcasenya kepada Zahra. Zahra berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa. Apa aku perlu buat ni? Gumam hatinya.

Hafiya menepuk dahinya. Zahra...Zahra.

"Hei, beb. Listen here. Apa yang kau perlu buat bila Asyari balik is...sambut dia. Bawakan beg dia and then salam dia" Hafiya menerangkan perlahan-lahan kepada Zahra lalu dia mengangguk.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now