Bab 26 - Sedar

1.8K 174 3
                                    

Hati Asyari sedikit sebanyak terasa lapang selepas berbual panjang dengan isterinya, Zahra semalam. Walaupun hanya mengambil masa yang singkat, itu sudah lebih dari mencukupi buat Asyari. Tipulah kalau tidak mahu berbual lama tetapi masa terlampau mencemburui mereka serta tempat mereka yang berlainan juga tidak kena pada waktu. Mengeluh sahajalah yang mampu tetapi dapat bercakap dengan dia, itu sudah cukup bagus, bukan?

Hari ini adalah hari terakhir Asyari berada jauh dari pusat medic-cube. Jauh dari Zahra. Tak lama lagi semua akan kembali kepada yang asal.

Petang itu, Asyari menyiapkan barangnya yang perlu dibawa besok. Selesai sahaja tugasnya itu, dia membawa diri keluar dari ibu pejabat. Saja mahu mengambil angin.

Kem ini jauh lebih lapang daripada kem di medic-cube. Penuh dengan pokok-pokok hijau dan angin bertiup sungguh nyaman.

Ketika Asyari sedang termenung dalam masanya itu, dia didatangi seseorang.

Bahunya ditepuk membuatkan Asyari berpaling. Menyedari yang menegurnya ialah Tuan Bahar, Asyari terus berdiri tegak lalu menabik kepada orang yang lebih berpangkat lebih tinggi darinya dengan penuh rasa hormat.

Tuan Bahar menabik ringkas lalu tersenyum nipis begitu juga dengan Asyari.

"Tak perlulah kamu terlalu formal, Asyari. Kita berdua sahaja yang berada di sini" kata Tuan Bahar.

Asyari meraup tengkuknya. "Sudah terbiasa, tuan. Nak buat macam mana?". Hanya ingin menghilangkan rasa kekoknya.

Tuan Bahar tergelak perlahan.

"Apa kamu buat di sini? Dah siap packing barang nak di bawa besok?" tanya Tuan Bahar.

"Dah, tuan. Saja. Nak ambil angin. Kut kut nanti rindu pula tempat ni. Tu yang jalan-jalan sekejap" kata Asyari dengan ramah.

Asyari memang dikenali sebagai seorang yang peramah. Sikapnya itu membuatkan dirinya disenangi oleh ramai orang. Disebabkan sikapnya yang baik itu jugalah, ramai yang jatuh hati. Tapi malangnya. Dia sudah berpunya. Marilah kita berhuhu.

"Bila-bila masa kamu boleh datang sini lagi, Asyari"

Asyari mengangguk.

"Kamu sibuk tak sekarang? Saya nak bawa kamu ke suatu tempat" tanya Tuan Bahar lagi dan ingin mengajak Asyari ke tempat yang ingin ditunjukkan olehnya.

Asyari mengerutkan dahi serta rasa ingin tahu. "Ke mana, tuan?".

"Mari ikut saya". Tuan Bahar merangkul bahu bidang Asyari seperti seorang anak. Dia dan Asyari sudah lama kenal sejak Asyari berpangkat Leftenen Muda lagi. Tuan Bahar kelihatan tegas dan berkarisma tetapi dia juga seperti orang di luar sana yang peramah.

Dalam perjalanan ke tempat tersebut, mereka juga berborak kecil mengenai hal-hal tertentu.

"Arah sini, Asyari" Tuan Bahar mengetuai langkah. Asyari pula mengikuti langkah itu. Ke mana dia mahu membawaku?

Mereka tiba di suatu tempat tertutup. Di situ terdapat gambar-gambar yang disusun cantik dengan kisah mereka tersendiri. Ah, baru Asyari sedar. Ini adalah tempat memperingati pejuang-pejuang atau tentera yang berjuang dan berkorban demi mempertahankan negara serta banyak berjasa.

Tuan Bahar berhenti di tengah-tengah lalu melihat gambar seseorang dengan kedua-dua tangannya di belakang. Asyari berdiri di sebelahnya lalu melihat gambar tersebut juga.

"Ketika itu, saya berpangkat seorang Komander dan beliau pula berpangkat Leftenen Pertama. Saya sungguh mengkagumi beliau. Ketegasannya, kebijaksanaannya cukup sempurna di mata saya sehinggakan saya ingin menjadi seperti beliau suatu ketika dahulu"

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now