Bab 11 - Perjalanan Baru

4.2K 233 2
                                    

Seperti biasa, Zahra akan terus pulang ke rumah selepas kerjanya habis. Tetapi, kali ini dia cuba untuk balik awal kerana sekarang dia bukan tinggal seorang dah. Dah ada manusia lain dalam rumah itu. Tak lain tak bukan, Asyari lah!

Kereta Myvi diletakkan bersebelahan kereta milik Asyari. Dia berjalan masuk ke pintu utama setelah mengunci kereta tersebut. Pintu dibuka setelah kunci dibuka. Salam diberi lalu disahut oleh Asyari dari dapur. Entah apalah mamat tu buat.

Zahra menjenguk Asyari. Haihlah, nak kata profesional tak juga. Setakat masak mi goreng apalah sangat sampai pakai apron love-love tu.

Bahu disandar ke tepi dinding melihat gelagat Asyari yang sedang membuat salt bae. Kusyuk betul dia sampai tidak sedar akan kewujudan Zahra. Kita yang tengok pun tergelak.

Sebab tak tahan tengok dapur bersepah Zahra menegur, "Bersepahnya! Awak masak ke berperang?" Sengaja dia buat-buat baru datang padahal hm!

Asyari berpaling melihat Zahra lalu terkejut. Hampir terpelanting jugalah senduk tu. Nasib baik tak tercampak pada Zahra. Rasanya jawab salam pun dia tak sedar dah siapa yang bagi salam tu.

"Masaklah. Kalau berperang dah lama ada machine gun kat atas meja tu" balas Asyari.

Zahra mencebikkan bibir. Ish! Orang gurau je pun. Nak serius kenapa?! Mentang-mentanglah dia tu askar kan. Pantang dengar perkataan berperang.

"Tahulah!" Zahra duduk di kaunter dapur melihat dari belakang bahu bidang Asyari. Tu yang kalau peluk tu sedap sikit. Ehem! Tapi, ada masalah juga buat yang pendek tu. Mohon faham.

Zahra berkira ingin memberitahu kepada Asyari tentang tawaran bekerjanya di hopsital besar nanti.

'Nak bagitahu ke tak nak? Tapi dia kisah ke? Ataupun tak? Nampak gaya macam tak'

"Jomlah makan" tegur Asyari.

Mi goreng hasil tangan Asyari diletakkan di atas meja. Hmm, sedapnya bahu! Harum satu dapur ni. Cewah! Aku masak lagi sedaplah. Sempat lagi Zahra puji diri sendiri.

"Asyari..."

Asyari mengeluarkan suara 'hmm' tanda dia sedang dengar. Zahra berkira-kira dan akhirnya dia membuat keputusan.

"Sedapnya bau! Mesti power ni" Zahra berkata. Biarlah perkara ini dirahsiakan dulu. Mungkin Asyari tidak kisah. Itu fikir Zahra.

"Rasalah dulu. Kang kau tercekik sebab bukan sedap sangat tapi terlampau sedap gila nak mampus" puji Asyari pada mi gorengnya. Macam sedap sangat puji lebih-lebih tu. Jangan puji nanti kembang mi tu. Eh?!

Satu suap. Terus terbeliak mata Zahra. Sedap juga dia masak. Macam Eomma Jin (BTS).

"Boleh tahan" Zahra tak mahu puji-puji sebab kalau dipuji mungkin hidung dia kembang semangkuk.

Asyari hanya mengangguk. Okeylah tu. Daripada kempunan pujian.

Ketika mereka sedang makan, tiada satu bunyi pun. Hanya kedengaran garfu berlaga dengan pinggan sahaja. Kekoknya, Masyallah. Maklumlah. Zahra bukan rapat sangat dengan Asyari. Jumpa pun baru lagi.

"Besok aku dah start kerja" kata Asyari menarik perhatian Zahra yang dari tadi diam membisu.

"Di mana?" tanya Zahra. Janganlah dia pergi Rosepore balik. Meroyan juga aku di sini.

"Markas Tentera Laut"

Zahra hanya meng'oh'kan saja. Tak tahu pula di situ ada pangkalan. Ni yang nak kena bagi makan cendol ni. Nasib baik dekat. Lagipun Zahra sudah pindah kerja.

"Awak kerja...balik rumah juga kan?" tanya Zahra lagi sambil menyuap mi goreng ke mulutnya.

"Balik. Aku di situ cuma latih budak-budak baru"

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now