Bab 18 - Kawan Baik

3K 245 11
                                    

Bagasi dizip lalu ditolak ke tepi. Besok Zahra kena pergi ke Greensia seperti yang dijanjikan. Untuk memudahkan dirinya besok, dia membawa bagasinya ke ruang tamu di bawah. Taklah susah-susah dia mahu membawa bagasi itu turun keesokan harinya. Capai bagasi lepas tu, gerak.

Selepas itu, dia menghidupkan tv. Rasa sunyi pula rumah. Maklumlah dia saja di rumah itu. Suami di sana. Haih, mesti Asyari marah gila-gila padanya. Macam manalah Zahra nak explain nanti.

Zahra membiarkan tv itu dihidupkan sementara dia menuju ke dapur untuk masak. Ya! Masak untuk diri sendiri. Saya juga perlu makan ya semua.

"Beralih ke berita antarabangsa..."

Zahra menyanyi kecil di dapur.

"Kanda jangan marah-marah,
nanti kanda lekas tua...
dinda setia orangnya,
takkan pernah mendua..."

Betul tu! Kandaku Asyari, janganlah marah pada dinda ya. Bukan salah dinda tetapi salah seseorang yang tidak guna menyebabkan dinda balik ke Zenmark. Aduh, berkanda-dinda pula!

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi di ruang tamu. Disebabkan terlalu fokus memasak dan fokus menyanyi lagu Kugiran Masdo itu, Zahra terlalu leka lalu membiarkan telefon itu berdering minta diangkat.

"Bichi naneun solo~" kali ini lagu Solo dari penyanyi korea itu Jennie, Blackpink. Sudah-sudahlah berkarok di dapur tu, Zahra! Telefon!

Lauk sudah siap. Sementara mahu menunggu nasi siap ditanak, Zahra menuju ke telefonnya. Niat nak stalk instagram. Terkejut dia melihat lebih dari 10 panggilan terlepas dari Maria. Telefon itu berbunyi lagi dengan nama panggilan iaitu Maria. Cepat-cepat dia mengangkat panggilan itu. Confirm kena sound ni.

"Assalamualaikum, Zahra! Ya Allah! Kenapa tak angkat call akak tadi". Seperti yang dijangka.

Zahra tersenyum kekok, "Minta maaf, kak. Saya tengah masak kat dapur. Phone pula tinggal dekat bilik atas". Alah, tipu sunat. Tak apa.

"Ha, ya lah. Apa-apa jelah. Ni besok kamu nak ke Greensia balik ke?"

"Ha ah. Kenapa kak?"

"Besok kamu tak boleh pergi sana"

"Kenapa?" Eh, akak ni boleh pula main-main time ni. Sudahlah Greensia tu jauh.

"Ada perang kecil berlaku di sana. Tempat tu bahaya buat masa sekarang"

"Apa! Habis tu...". Suara Zahra naik seoktaf kerana terlalu terkejut. Biar benar! Aku balik je terus ada perang. Oh my God!

"Doktor Allyssa yang bagitahu akak ni. Baru je dapat berita. Kemungkinan kamu tak pergi sana dalam masa 2 minggu ni. Kamu tinggal di sini dulu ya"

Ekspresi Zahra berubah selepas itu. Dia sebenarnya teruja hendak balik ke Greensia semula sebab boleh jumpa Asyari. Bukan apa, dia risau dengan keselamatan semua orang. Macam mana dengan Liyana, kawannya? Penduduk di situ? Lagi-lagi...Asyari. Kalau ada perang kecil ke besar sekalipun. Asyari mesti terlibat. Dia tu kan askar.

Ah, dia tu kan kapten! Dia mesti boleh pertahankan diri dia. Nak lagi pertahankan negara. Itu memang tugas dia. Jangan risau sangatlah, Zahra. He will be fine.

He will be just fine...

•••

Belum sempat Zahra ingin membuka pintu keretanya, Hafiya sudah membuka terlebih dahulu. Apalah minah ni nak? Sudahlah call orang macam kena kejar zombie. Terus Zahra bergegas ke restoran tersebut.

"Fiy! Sabar boleh, tak? Aku tak kunci lagi pintu" kerling Zahra pada Hafiya.

"Okay, aku tunggu!" Hafiya memeluk dirinya.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now