Bab 14 - Greensia

3.6K 250 5
                                    

Bagasi sudah sedia berada di hadapan pintu. Semalam Asyari pergi luar negara, hari ni pun dia pergi luar negara juga. Sudahlah Greensia tu jauh. Lenguh dibuatnya kita nanti. Nasib baik ada pillowneck.

Zahra tidak lupa untuk mengunci pintu rumah. Dia juga sudah memberitahu ketiadaanya di Zenmark kepada keluarganya dan tidak lupa juga kepada keluarga mertuanya.

Tidak lama selepas itu, sebuah kereta tiba di hadapan rumah. Pintu pemandu dibuka dan kelihatan Maria keluar dari situ.

"Dah sedia?" soalnya. Zahra mengangguk tanda teruja juga.

"Maaflah sebab akak paksa Zahra pergi Greensia ni"

"Akak ni. Zahra terima dengan ikhlas. Lagipun Zahra nak timba pengalaman juga" kata Zahra untuk menyenangkan hati Maria.

"Baguslah kalau macam tu. Jomlah kita gerak" ajak Maria lalu dia menolong menolak bagasi beroda milik Zahra.

Mereka sama-sama memboloskan diri ke dalam kereta. Lapangan terbang ditujui.

•••

Setibanya mereka di lapangan terbang, Maria membawa Zahra ke arah sebuah kumpulan.

Dia berbual-bual bersama-sama seseorang dari kumpulan tersebut.

"Zahra, ni sukarelawan yang akan ikut sekali pergi Greensia tu. Mereka terdiri daripada jururawat dan doktor dari hospital kita. Ada juga sukarelawan dari syarikat penaja kita tu" kata Maria.

Zahra mengangguk tanda faham.

"Akak balik dulu ya. Hati-hati. Jaga diri" pesan Maria kepada Zahra. Sekali lagi Zahra mengangguk lalu mereka pun berpelukan. Zahra juga diingatkan tentang kotak-kotak yang mengandungi ubat-ubatan yang akan dibawa sekali ke sana. Tidak lama selepas itu, kelibat Maria hilang bersama keretanya.

"Dari Hospital Golden Kiara ke?" tegur seorang lelaki.

Zahra melihat lelaki tersebut lalu menjawab, "Ya. Saya wakil ahli farmasi Hospital Golden Kiara"

"Oh, tak pernah nampak pun"

Senyuman terukir. "Tu sebab saya masih baru lagi" katanya.

"Patutlah. Saya, Raziq. Doktor pelatih di Hospital Golden Kiara juga" kata lelaki tersebut sambil mengenalkan diri.

"Pelatih tapi dah terpilih jadi sukarelawan" Pelik. Ni mesti kes kena paksa macam Zahra juga.

"Ha'ah. Saya kena paksa. Ketua doktor saya lah suruh. Katanya nak cari pengalaman. Saya ni nak jadi doktor. Rawat orang bukan bersukarelawan" Terdengar keluhan keluar dari mulut pemuda itu.

"Sama je. Kita ke sana pun sebab nak rawat orang juga kan"

Raziq mengangguk tanda mengiyakan juga. "Tapi bagus juga sebab dia kata lepas saya balik, saya dapat pangkat doktor sebenar terus"

Zahra mengangguk. Peluang bagus juga tu. Tak adalah sia-sia dia pergi Greensia. Sudahlah kena paksa, lepas tu tak dapat apa-apa pula tu bila balik.

"By the way, umur berapa?" tanya Zahra. Mahu juga dia tahu umur lelaki tu. Kalau muda bolehlah berkau-aku.

"27 tahun"

"Eh, samalah. So, boleh ni aku bahasakan diri aku, aku dengan kau?" kata Zahra untuk meminta izin.

"Onz je" Yeah, dapat kawan!

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now