Bab 25 - Dipisahkan Kita

1.9K 178 12
                                    

Berita misi menyelamatkan Zahra tersebar ke seluruh kem. Bagi orang lain itu mungkin perkara yang biasa berlaku di sini tetapi bukan bagi Liyana dan kumpulan medic yang tiba di Greensia.

Kawan sebilik Liyana tidak dapat tidur sepanjang malam itu. Sejak dari mereka keluar menyelamat sehinggalah matahari munculkan diri. Liyana semestinya tidak senang duduk. Sekejap duduk, sekejap berdiri.

Raziq datang lalu memberikan cawan berisi minuman coklat panas untuk Liyana.

"Duduklah dulu kalau ya pun. Zahra akan selamat. Mereka mesti berjaya punya" kata Raziq ingin menyenangkan hati Liyana yang sedang gundah-gulana itu.

Liyana mengeluh lalu mengambil cawan tersebut. Dia mengambil tempat di bangku kayu itu diikuti dengan Raziq di sebelah.

"Aku bukan apa. Dia tu seorang wanita. Kudrat dia tak seperti seorang lelaki. Wajarlah aku risaukan dia. Lagi-lagi dia tu kawan aku. Kawan potong bawang aku"

Raziq mengerutkan dahi. Potong bawang? Gue ngak faham.

"Potong bawang? Nak buat apa? Ada kenduri ke?" tanya Raziq. Liyana menjeling Raziq di sebelahnya lalu mengetuk kepala Raziq. Semua benda dia tak faham. Apalah nak jadi.

Raziq mengaduh kesakitan. Aik, aku cakap salah ke?

"Tak perlu tahu" Malas ingin menerangkan kepada Raziq, Liyana memutuskan untuk tamatkan perbualan 'potong bawang' itu.

"Bilalah mereka ni nak sampai? Berjanggut aku tunggu" keluh Liyana. Kantuk yang ditahan pun sudah tidak dirasakan lagi dek terlalu risaukan Zahra. Eh, risaukan tentera-tentera tu juga. Hehe.

Raziq mengangguk tanda setuju tapi dia bukanlah serisau Liyana. Sempat juga dia tidur tadi sampai termimpi dapat jadi doktor sebenar-benarnya. Yehet!

Mereka yang sedang termenung, dikejutkan dengan bunyi siren ambulans yang tiba di perkarangan medic-cube. Liyana dan Raziq saling berpandangan.

"Zahra!!!" Liyana menyerahkan cawan minuman coklat itu secara kasar ke Raziq lalu berlari ke arah bunyi itu.

"Woi, tunggu aku!" Dengan cawan di kedua-dua belah tangannya, Raziq juga berlari mengikuti langkah Liyana.

Ambulans itu berhenti di hadapan medic-cube. Sebaik sahaja pintu ambulans terbuka, Zahra dipapah oleh seorang pegawai tentera.

Liyana meluru ke arah Zahra lalu dipeluk kawannya itu. "Zahra, kau okay? Tahu tak aku risaukan kau". Hampir menangis Liyana di situ. Lega hatinya Zahra masih selamat walaupun terdapat calar di mukanya.

Zahra tersenyum lemah lalu mengangguk. Dia betul-betul terasa lemah ketika ini. Dia juga tidak sempat bercakap dengan Asyari tadi kerana dia dipanggil oleh seseorang setelah misi itu selesai. Agaknya kenapa ya?

Tanpa membuang masa, Zahra terus dibawa masuk ke dalam ambulans.

Liyana menolong memapah Zahra sambil diiringi beberapa doktor. Dia perlu dirawat dan diberi rehat. Akan tetapi, Zahra lebih risaukan Asyari. Dia tidak sempat pun untuk ucapkan terima kasih kerana sudi menyelamatkan dirinya. Peluk pun tidak sempat.

Kasihan saya.

•••

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian ngeri itu berlaku. Begitu juga dengan Asyari. Tiada sebarang berita mengenai dia. Zahra tertanya-tanya tentang itu. Dia cuba bersangka baik. Mungkin Asyari sibuk tetapi melihat askar-askar yang lain nampak tenang, membuatkan Zahra rasa ada yang tidak kena.

Zahra berjalan-jalan di sekitar medic-cube cuba untuk mengambil angin. Ketika itu, dia terlihat Azmirul lalu di hadapannya dengan lagak senang. Zahra mendekati lelaki itu dengan langkah pantas.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now