Bab 27 - Tersimpannya memori

1.8K 189 9
                                    

Keadaan di pangkalan medic-cube pada petang yang hampir ke senja itu, sungguh meriah sekali dengan kedatangan penduduk negara ini. Kanak-kanak yang ada juga turut menceriakan suasana.

Doktor-doktor menjalankan tugas merawat dan ahli farmasi menolong memberikan ubat-ubatan. Malam ni adalah malam terakhir mereka di sini. Mereka akan pulang tak lama lagi.

Kemeriahan ini mengingatkan Zahra dengan keadaan di rumah. Rindu nak balik tapi lagi rindu jika tiba masa mereka mesti pulang nanti.

Liyana merangkul bahu Zahra dengan mesra. "Menung apa? Teringat boyfriend eh?" usik Liyana.

Zahra tersenyum nipis. Gila tak rindu boyfriend yang dah jadi suami sekarang.

"Tengok muka pun dah tahu. Jangan risaulah. Tak lama lagi balik lah suami tersayang kau tu". Kali ni, Raziq pula mengusik Zahra. Padan sangatlah tu. Dua-dua mengusik aku.

"Kamu ni! Jangan diusiklah dia. Merah dah muka tu" tegur seorang doktor di situ iaitu Doktor Ain. Saya pun rindu suami saya lah. Huhu.

Sebenarnya, hampir semua orang di situ sudah tahu Zahra sudah bersuami. Lagi-lagi suami dia seorang kapten. Diulangi, hampir ya.

Zahra mengusap pipinya yang jelas sudah panas. "Eh, mana ada! Sebab cuaca panas lah ni".

"Ish, kau ni comel lah. Kalau kau ada anak, mesti lagi comel macam baby groot" kata Liyana pula.

"Sampai hati kau bandingkan anak dia dengan anak pokok tu?!" kata Raziq pula. Hmm, mula dah berbalah lagi.

"Apa?! Comel kut" Liyana menyilangkan tangannya ke dada.

Zahra hanya menggelengkan kepala melihat kanak-kanak ribena itu bergaduh. Anak? Entah bila akan dapat.

Doktor Ain tersenyum nipis melihat Zahra mengeluh. Dia menepuk bahu wanita itu. "Jangan berhenti berdoa. Akan ada rezeki awak tu".

Zahra membalas dengan senyuman tawar lalu mengangguk. Betul tu! Jangan pernah putus asa.

Mereka kembali menyambung tugas mereka yang tergendala sebentar tadi. Nasib baiklah dua kanak-kanak ribena tu bergaduh sekejap saja. Kalau tak, mahu haru-biru kem ni nanti.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi kuat di ruang udara diselangi dengan angin yang kuat. Segala perbuatan mereka terhenti seketika menyaksikan apa yang berlaku.

Terdapat sebuah helikopter semakin lama semakin dekat dengan mereka. Kanak-kanak di situ juga kelihatan teruja dengan pengangkutan yang besar itu.

Tak lama selepas itu, helikopter itu mula mendarat di sebuah tapak luas yang sudah tersedia untuk pengangkutan tersebut mendarat.

Tentera termasuk Azmirul yang berada di kem itu juga berdiri berdekatan dengan helikopter tersebut untuk menyambut tetamu mereka. Mereka yang berada di medic-cube juga berdiri serta mendekati untuk menyambut mereka walaupun ada antara mereka yang tidak tahu siapa yang tiba. Yang tak tahu tu - Zahra lah salah seorangnya atau dia seorang sahaja yang tak tahu?

Zahra berdiri di belakang sekali. Kepalanya juga didongak untuk melihat ketibaan tetamu istimewa tersebut. Siapakah itu sampai ramai-ramai nak sambut dia?

Sebaik sahaja pintu helikopter dibuka, semua tentera menabik dengan hormat dan serius.

Satu kaki melangkah turun dari helikopter tersebut. Terdapat juga cermin mata hitam menutup matanya. Badannya yang sasa ditutup dengan baju uniform putih cukup menaikkan aura seorang kapten yang berkarisma. Wanita yang melihat pun boleh tersembur air yang baru diminum mereka.

Langkah diambil menuju kepada rakan-rakan seperjuangannya. Walaupun lelaki itu hanya berjalan seperti biasa tetapi boleh nampak dia lain daripada yang lain. Siapa saja yang tidak terpikat apabila melihat Kapten Asyari Hulaif itu?

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now