Bab 31 - Pengakhiran Hidup

2.6K 188 19
                                    

Di Hospital Golden Kiara, Zahra sedang tekun melakukan kerjanya. Sekali-sekala, dia berborak dengan Maria. Muka Zahra ketika itu cuba untuk dimaniskan walhal dugaan hidup yang dihadapinya sekarang tidak menggambarkan ekspresi wajahnya yang tenang. Terpaksalah dia bertalam dua sekarang. Kalau tidak, itu akan menjejaskan kerjanya. Lagipun sudah lama dia mengimpikan bekerja di sini. Haruslah dia berusaha bekerja walaupun perit.

Sudah hampir seminggu sejak berita Asyari dikhabarkan hilang. Masih tiada berita sehingga sekarang. Zahra percaya masih ada sinar harapan.

Ketika dia sedang berborak dengan Maria, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat.

Nama pemanggil iaitu Humeera. Jantung Zahra berdegup kencang tanpa sebab. Kenapa kakak iparnya menelefon ketika ini?

Zahra menjawab panggilan tersebut.

"Zahra ada di mana sekarang?" tanya Humeera. Suaranya sukar untuk ditafsirkan.

"Ada di hospital. Kenapa akak telefon? Ada apa-apa yang terjadi ke?" tanya Zahra pula.

"Boleh tak Zahra balik sekarang? Ada hal penting" arah Humeera.

Zahra terdiam sebentar lalu memandang Maria. Dia kemudiannya memandang jam di dinding.

"Lagi setengah jam Zahra habis shift. Zahra kena rushing ke?" tanya Zahra lagi.

"Kalau boleh balik cepat rumah daddy ya. Ada pihak tentera datang rumah nanti. Katanya ada hal penting" kata Humeera dengan suaranya agak bergetar.

Jantung Zahra makin berdegup kencang.

"Kenapa mereka nak datang rumah?" tanya Zahra lagi.

"Tak tahu. Zahra cepat balik ya. Kami tunggu di rumah" kata Humeera.

"Baiklah. Zahra cuba balik secepat mungkin". Zahra mengakhiri panggilan telefonnya. Bagaimana pula dia mahu pulang awal?

Maria memegang tangan Zahra.

"Tak apa. Zahra baliklah dulu. Mesti urgent" kata Maria.

"Tapi, kak..."

Maria menggelengkan kepala. "Tentang kerja tak apa. Lagipun ni emergency leave. Sudah-sudah! Bersiap cepat untuk balik".

Zahra tersenyum kepada Maria. Dia mengenggam tangan Maria pula.

"Terima kasih, kak" ucap Zahra

"Sama-sama, Zahra"

Akan tetapi, Zahra masih lagi tidak berganjak dari situ. Dia seakan berfikir atau bermain dengan perasaannya sekarang.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang Zahra tengah risau ke?" tanya Maria lembut.

Zahra menggelengkan kepalanya walhal matanya sudah berkaca. "Saya takut, kak. Kalau boleh saya tak nak dengar pun..." kata Zahra berhenti seketika.

Maria menarik Zahra ke dalam pelukan selepas itu.

"Insya-Allah. Tak ada apa-apa yang akan berlaku. Asyari akan selamat" pujuk Maria.

Maria tahu tentang perkahwinan Zahra dari Nisa. Tentang keadaan Asyari pula semestinya dari Zahra.

Zahra mengangguk dalam pelukan tersebut. Dia mengelap air matanya lalu meleraikan pelukan.

Dia bersiap-siap untuk pulang ke rumah mertuanya dengan penuh debaran.

•••

Setibanya Zahra di rumah mertuanya, kakinya terus melangkah ke ruang tamu. Dapat dilihat ada 3 orang berpakaian seragam tentera. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Humeera.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now