Bab 15 - Embun pagi

4K 262 17
                                    

Burung-burung yang berterbangan di pagi hari maka tibalah hari pertama para sukarelawan di Greensia.

Zahra menolak tingkap biliknya lalu menghirup udara pagi itu. Segarnya. Dikelilingi pokok-pokok menghijau dan kedengaran juga bunyi air laut tiba ke tebing. Indahnya. Tenang jiwa.

Tingkap di sebelah pula dibuka oleh Liyana.

"Weh, tengok tu! Askar-askar tu tengah jogging. Oh my God! Sadonya!" Liyana menjerit keriangan. Mana taknya, askar-askar tu tengah bersenam dan berjogging pula di hadapan tingkap mereka. Lepas tu pakai singlet je pula. Fuh!

Zahra juga melihat mereka semua. Haih, semua ada rupa. Sedang Zahra leka melihat mereka, ada seseorang menarik perhatian Zahra. Asyari melihat Zahra ke atas dengan cermin mata hitamnya. Asyari meletakkan jari telujuk dan jari hantu ke matanya lalu menghalakan kepada Zahra sebagai tanda amaran : jangan tengok lelaki lain! Zahra mencebik lalu menjelirkan lidah. Ada aku kesah!

Selepas itu, semua askar itu berlalu pergi. Liyana jangan cakaplah. Siap tangkap gambar lagi. Nasib tak kantoi.

"DIMINTA SEMUA SUKARELAWAN TURUN KE TAPAK UTAMA SEKARANG DALAM SEMINIT!" arah seseorang.

Zahra dan Liyana berpandangan sesama sendiri lalu dua-dua kelam-kabut bersiap dan turun ke bawah. Mati!

Hampir terjatuh jugalah mereka berdua sebab berlari tadi. Akhirnya, sampai juga di tapak. Mereka termengah-mengah mencari nafas.

Asyari yang menilik jam tangannya mula menggelengkan kepala.

"Late 1 minute" kata Asyari dingin. Now act as captain.

"We are sorry. Tadi kami..." Zahra berhenti berkata apabila Asyari mengangkat tapak tangannya menyuruh dia berhenti bercakap.

"Kamu berdua bersihkan stor pejabat tentera lepas ini. Baru boleh sarapan" arah Asyari.

Liyana dan Zahra ternganga dengan tindakan Kapten Asyari itu. Lagi-lagi Zahra. Hello, aku isteri dia kot! Sampai hati dia buat macam ni.

"Tapi Asy..."

"Call me Kapten Asyari. Make it formal"

Wow, Rifqi, wow! Proud gila. Tunggu kau!

"Tiada bantahan lagi? You guys may dismiss. Sarapan sudah disediakan. Azmirul, tunjukkan mereka stor pejabat kita yang bersarang tikus tu" arah Kapten Asyari kepada Leftenen Muda Azmirul.

Liyana memandang kepada Zahra sambil memegang lengannya dengan gelengan bahawa dia tak rela nak masuk stor yang dikatakan ada sarang tikus tu. Zahra membalas dengan tepukan di lengan Liyana. "Tak apa. Aku ada. Kita kemas sama-sama. Redha"

Liyana melepaskan pegangan di lengan Zahra dan muka monyok. Keluhan dilepaskan.

"Girls, come"

Zahra dan Liyana mengikuti Azmirul dengan langkah yang lemah. Mereka melalui Asyari.

"Your punishment about yesterday. Enjoy" bisik Asyari pada Zahra. Dalam hati memang dah gembira habis kenakan isteri sendiri. Seronok betul kenakan dia.

Zahra yang marah tahap gaban menunjukkan penumbuknya. Tahulah dia nak balas dendam macam mana. That day will come, Asyari.

•••

Punggung dihempaskan di atas kerusi dengan keluhan kasar. Penat siot! Stor tu pula dah lah besar, almari tinggi-tinggi.

Liyana paling bising tadi sebab ada labah-labah melekat di mukanya. Lipas? Jangan cakap memang ada di mana-mana. Berlari satu stor kitorang. Rasanya terdengar sampai luar stor tu. Lantak pi depa lah. Bising ke tak. Siapa suruh kitorang bersihkan stor ni?

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now