Bab 34 - Takut

1.8K 161 6
                                    

Tipulah kalau dia menyatakan dia tidak sakit. Setiap bait kata yang dia ucapkan pada Asyari itu apa yang dia maksudkan tetapi kenapa rasanya sangat sakit? Tiada penyesalan cuma...keliru. Betulkah apa yang dia buat ni?

Selesai sahaja dia berkata begitu, Asyari tidak mengucapkan apa-apa. Dia hanya pergi tanpa menoleh ke belakang. Zahra sedaya upaya untuk menunjukkan reaksi bermaksud dia sangatlah serius tentang hal ini. Apa pula yang bermain di fikiran lelaki itu?

Ketukan di pintu mematikan lamunan Zahra. Matanya ke arah televisyen yang memaparkan satu kisah tetapi fikirannya menerawang.

Humeera melangkah masuk perlahan-lahan ke arah Zahra. Tidak mahu ingin suasana itu terus kelam, Humeera menceriakan keadaan.

"Zahra! How is your day today?" katanya dengan intonasi yang ceria.

Zahra memalingkan kepalanya ke arah Humeera juga ke arah belakang wanita itu. Lebih kepada pintu wadnya.

Humeera memandang ke belakangnya. Cuba meneka apa yang bermain di fikiran Zahra. "Zahra cari Asyari ke? Maaflah hari ni dia ada hal sikit. Zahra nak..."

"Tak perlu. Zahra tak nak pun jumpa dia" katanya dengan intonasi yang rendah dan ada aura yang tidak menyenangkan. Itu sudah cukup membuatkan situasi sekarang semakin kekok buat Humeera.

Ada hal? Mungkin nak uruskan perpisahan mereka. Mungkin.

Humeera menukarkan bunga di pasu dengan bunga yang baru. Bunga lily.

"Cantik kan bunga ni? Kalau nak tahu Asy..." Tak sempat berkata lagi, Humeera cepat-cepat mengunci mulutnya.

"Maksud akak, asheminggu ashekali kau datang padaku" Secara tiba-tiba Humeera menyanyikan sebaris lirik dari sebuah lagu diikuti dengan ketawa yang cukup kekok sekali.

Zahra sedikit sebanyak mengoyakkan senyuman. Humeera yang menyedari itu cepat-cepat duduk di kerusi bersebelahan katil Zahra.

"Zahra tengah senyum ke tu? Seriously?". Macam tak percaya inilah senyuman pertamanya selepas bangun dari koma.

"Baguslah. Teruskan senyum macam ni so that, Zahra bersemangat nak teruskan hidup. Boleh kan?" tanya Humeera.

Perlahan-lahan sebaris senyuman nipis tadi pudar. Digantikan pula dengan ekspresi kosong.

"Kenapa ni, Zahra? Akak ada cakap yang bukan-bukan ke? Maaflah akak tak sengaja". Terus Humeera gelabah dengan perubahan muka adik iparnya itu.

"Macam mana Zahra akan teruskan hidup semula?" tanya Zahra sambil memandang ke arah lain.

Apa akan jadi selepas dia teruskan hidup? Kalaulah dia berpisah dengan Asyari...hidupnya sekarang dah cukup bercelaru. Dia tidak mampu menandingi perasaan itu.

Humeera terdiam. "Maksud Zahra? Hidup dengan Asyari?".

Zahra menggelengkan kepalanya. "Tanpa dia".

Muka Humeera juga berubah riak. Memang betul sangkaannya. Keadaan mereka berdua tidak sehaluan sekarang dan itu membuatkan Humeera ingin tahu kenapa.

Humeera meletakkan tangannya pada bahu Zahra. "Kenapa ni? Boleh akak tahu kenapa?".

"Cukup yang akak tahu saya dah tak nak ada apa-apa dengan Asyari" kata Zahra dengan riak kosong. Seperti tiada jiwa atau emosi pada dirinya sekarang. Dia di situ tetapi jauh.

"Zahra, sebelum nak buat apa-apa...akak nak nasihat sikit ni. Perkahwinan tak semestinya manis begitu juga dengan hidup kita. Apa-apa masalah jangan dibawa ke hati. Hati kita ni kadang-kadang terikutkan emosi kita yang bercelaru sampai kita sanggup buat kita keputusan yang kelak akan buat kita menyesal"

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now