Bab 20 - Hot Chocolate

3.3K 247 11
                                    

Bangun sahaja dari pembaringan, benda pertama yang Zahra nampak ialah cawan yang penuh diisi dengan hot chocolate. Cawan tersebut terletak di meja kecil di sebelah katil sahaja. Katil tu pun tak besar sangat. Muat-muat untuk badannya sahaja. Dia sedar dia berada di sebuah khemah sekarang. Rasanya boleh muat dalam empat orang macam tu.

Zahra cuba mengingati apa yang berlaku. Jazlan, ubat, pengsan dan...ada orang sebut namanya sebelum tu tapi dia tak pasti adakah itu Asyari. Kalau betul itu Asyari, kenapa dia bangun tiada orang di sisinya? Dia patut tunggu Zahra sampai sedar.

Zahra dipenuhi rasa kekecewaan. Banyak sangat yang berlaku baru-baru ni. Kalau boleh Zahra nak balik sekarang juga. Balik ke rumah. Jalani hidup seperti biasa.

Perlahan-lahan dahinya diletakkan di atas lutut. Dia memeluk kakinya serapat boleh lalu menangis. Dia tak tahu sebab dia menangis sebenarnya. Yang dia tahu dia mahu mengalirkan air mata sekarang. Dia rasa nak dipeluk sekarang dan ditenangkan.

Tidak lama kemudian, seseorang mengusap kepalanya dengan lembut. Zahra mengangkat kepala.

"Don't cry, I'm here" kata Asyari dengan nada biasa tapi cukup berkesan untuk memujuk dirinya.

Jeda seketika.

"Awak pergi mana selama ni hah?" kata Zahra dengan esakan. "Di mana awak masa saya dalam kesusahan and I need your support?" katanya lagi lalu memukul Asyari perlahan banyak kali.

"Where are you when I need a hug just to comfort me? Masa saya perlukan awak, awak tiada. Beberapa hari saya tunggu awak balik"

Asyari menangkap tangan Zahra yang memukulnya. Zahra tidak melawan malahan tunduk menangis. Dia tiada kekuatan sekarang.

"Then tell me a reason kenapa balik Zenmark tak bagitahu aku"

"Saya tak expect pun benda tu berlaku! Saya balik pun kena paksa and pada hari tu juga. Saya memang nak bagitahu awak. Betul"

"It's not fair at all. Kau risau aku tak balik, then ada tak kau kisah pasal aku yang risau kau balik tak bagitahu juga?"

Zahra senyap seketika. Bila difikirkan semula, memang betul pun. Dia asyik fikir dirinya sahaja. Dia tak fikir langsung pasal Asyari.

Tapi tidak. Egonya menghalang.

"Kenapa nak bangkitkan benda yang lalu? Sekarang ni sekarang. Awak tak ada pun tanya saya okay ke tak. Saya hampir mati"

Asyari mengeluh lalu mengurut pelipisnya. Dia memegang kedua-dua bahu Zahra. "Look, Zahra. Aku tak nak gaduh. Benda kecil tak perlu lah besar-besarkan. Kau dah okay kan sekarang dengan aku pula tu"

Pegangan di bahunya, ditepis dengan kasar.

"Awak cakap senang. Saya yang ada kat situ bukan awak! Saya perempuan. Saya juga ada limit. Awak lelaki sebab tu awak cakap senang je"

Asyari diam. Membiarkan isterinya melayan perasaan sendiri yang tidak keruan.

"Awak tak pernah faham saya" kata Zahra perlahan tetapi cukup didengari Asyari.

Dia pun bangun lalu memandang isterinya.

"You know what, you doesn't deserve a hug actually cause' kau pentingkan diri sendiri. We end this right now. Aku tak nak bincang apa-apa lagi" kata Asyari lalu keluar dari khemah tersebut. Sempat juga Zahra dengar Asyari mendengus dengan kasar.

That's it. End up dengan pergaduhan. Tiada benda baik berlaku. Zahra menghantar pemergian Asyari dengan air mata yang kering. Mahu sahaja dia memanggil Asyari kembali. Mahu sahaja dia dipeluk olehnya tapi egonya, hatinya sendiri melarangnya untuk berbuat begitu.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now