Bab 6 - Bukan Mimpi

4.1K 246 9
                                    

Matahari muncul di balik awan. Angin sejuk lembut meniup ke semua arah. Semuanya kelihat tenang sekali di awal pagi. Semuanya indah sehingga ada suara jelek memusnahkannya.

"Argh! Tak mungkin! Tak mungkin! Tak mungkin!" jerit Zahra seperti orang histeria.

Hafiya hanya mampu menutup telinganya. "Kalau nak menjerit pun bukan di sini. Pergi satu gunung baru kau menjerit puas-puas di sana" Pagi-pagi lagi sudah menelefon aku. Rupanya dia hanya mahu menjerit saja. Menyesal pula aku datang. Patutnya aku tidur atas katil sekarang.

"Aku tak percaya semalam tu real dan bukannya mimpi" Zahra menyembamkan mukanya ke bantal sofa. Punyalah semalam dia mahu menganggap peristiwa di hotel itu hanya mimpi semata-mata. Rupanya Hafiya datang lalu berkata - semalam adalah perkara yang sudah terjadi dan memang Asyari ada di situ. Zahra masih lagi tak percaya. Tak akan! Tiada bukti dia sudah balik. Keluarganya juga tiada memberitahu apa-apa, ini kan baru kawan baiknya sahaja yang tahu.

Hafiya mencampakkan bantal ke kepala Zahra. Budak ni sudah sakit mental ke?

"Aku dah cakap lah, gila! Semalam tu betul-betul, bukan cubaan" Hafiya meniru gaya dialog dari filem Laksamana Do Re Mi.

"Aku. Tak. Percaya!" Zahra menutup telinganya. Bla bla bla. Whatever!

Hafiya menggelengkan kepalanya. Senget dah kepala kawan aku. Sila bersimpati pada Zahra.

"Sudah lah kalau kau tak nak percaya. Yang penting I said the truth and if you wanna believe it or not, it's your matter. Don't involve me" Hafiya memeluk tubuhnya. Zahra pula masih menutup telinganya. Tidak mahu mendengar bebelan kebenaran Hafiya. Baginya itu semua tahyul. Asyari balik itu semua tahyul. Kejadian di hotel semalam hanya mimpi dan semestinya tahyul!

Tiba-tiba, telefon bimbit Zahra berdering. Hafiya menyedari panggilan itu dan ianya dari Adora Humeera. Mesti perkara penting. Zahra menutup telinganya dan semestinya dia tidak dengar.

"Zahra. Akak Meera call kau" jerit Hafiya tetapi tidak diendahkan oleh Zahra. Geram juga dibuatnya. Telefon itu berdering minta diangkat. Akhirnya, Hafiya menendang Zahra sehingga dia jatuh dari sofa. Rasain lo!

"Akak Meera ca..." Panggilan tersebut mati. Aish, kalau ni panggilan penting macam mana?

"Apa?!" tanya Zahra dengan marah.

Hafiya menjawab dengan nada geram juga, "Akak Meera call kau tadi. Tu lah orang panggil tak dengar. Rasakan lah tendangan aku tadi. Sedap tak?". Tercebik terus bibir Zahra. Mahu sahaja dijawab - Ha'ah. Sedap sangat. Kau pun nak rasa? Meh, sini aku pula yang tendang!

Sekali lagi telefon bimbit berdering. Muka Hafiya menunjukkan Zahra untuk menjawab panggilan tersebut. Zahra akur lalu menekan punat berwarna hijau. Panggilan disambungkan.

"Assalamua'alaikum, Akak Meera" tegur Zahra. Hafiya juga berada di sebelah turut mendengar. Zahra meletakkan jari telujuk di bibirnya menyuruh rakannya itu diam. Hafiya mencebik lalu menjawab tanpa suara 'Aku tahulah'.

"Wa'alaikumsalam. Zahra apa khabar? Dah lama akak tak telefon. Minta maaf sangat. Kakak sibuk dengan something" Perkataan 'something' itu diperlahankan. Zahra berasa ingin tahu tentang itu. Macam ada yang tidak kena je? Tetapi perasaan itu hanya dibiarkan sahaja.

"Tak apa lah, Akak Meera. Zahra faham. Kenapa call Zahra ni?" tanya Zahra.

"Ni daddy dengan mummy nak jemput Zahra besok. Ada celebration"

"Celebration apa?" Dahinya berkerut. Hafiya yang melihat reaksi itu mengangkat kening. Zahra menyuruhnya untuk tunggu sebentar.

Sambutan apa agaknya? Nak kata Hari Raya Aidiladha...dah lepas. Hari jadi seseorang? Sudah tentu bukan ibu atau bapa mertuanya.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now