Bab 12 - Kapten Asyari

4.3K 278 5
                                    

Telefon Zahra berdering ketika dia sedang menikmati makan tengah harinya. Sambil mengunyah, dia melekapkan telefon ke telinganya. Ucapan salam diberi.

"Pukul berapa eh?" tanya Zahra. Dia mengangguk sekali lalu meletakkan panggilan.

Pukul 2 nanti senior di farmasi mahu Zahra bertemu dengannya. Jam ditilik. Ada setengah jam lagi. Cepat-cepat Zahra menghabiskan makanan di pinggannya. Lagipun dia belum solat Zohor lagi.

Setibanya dia berjumpa dengan Doktor Nisa, mereka pun berbincang tentang sesuatu.

"Besok pagi, akak nak Zahra teman akak pergi satu tempat ni. Kita kena hantar bekalan ubat di sana" kata Doktor Nisa.

Dahi berkerut lalu soalan diajukan, "Kenapa diorang tak datang sini, minta terus?"

"Sebab setiap tahun memang kita akan hantar bekalan pada mereka. Lagipun mereka memang perlukan ubat-ubatan sebab mereka tu tentera. Setiap kali kalau mereka buat latihan, mesti ada yang cedera kan" jawab Doktor Nisa dengan tenang.

Zahra mengangguk tanda faham. Tentera? Jadi kita nak pergi pangkalan tentera ke besok?

"Tapi kenapa Zahra, kak?" tanya dia lagi. Ramai-ramai orang, dia juga yang dihantar sekali. Lagipun dia masih baru di situ. Nampaklah di situ, Zahra dah popular. Alhamdulillah. Haha!

"Patutnya Maria yang hantar sekali besok tapi dia cuti emergency. Ni supaya Zahra ada pengalaman bekerja di sini" kata Doktor Nisa lalu mencatat sesuatu pada kertas di mana Zahra tak nak ambil tahu pun.

Zahra mengangguk sekali lagi. Sebelum dia terlupa...

"Di mana kita nak hantar bekalan tu besok?" soalnya lagi.

Doktor Nisa hampir terlupa pula pasal itu. "Akak terlupa pula. Besok siap-siap. Kita pergi Markas Tentera Laut"

What the fish?!

•••

Kuku digigit lalu kaki dibawa mundar-mandir.

"Patut ke aku bagitahu dia, aku pergi tempat kerja dia besok eh?" fikirnya.

Bila fikirkan balik, apa fungsi beritahu padanya? Barangkali bukan dia peduli pun. Lagipun dia malulah nak berjumpa dengan Asyari sebab kejadian pagi tadi tu.

"Aku rasa besok tak akan jumpa punya dia. Hantar ubat lepas tu blah!"

Bunyi kereta kedengaran tanda Asyari sudah pulang. Okay, act like nothing happen.

Here we go!

Zahra menyambut kepulangan Asyari di hadapan pintu. Lepas sahaja muka Asyari muncul di hadapan matanya, Zahra menghadiahkan senyuman.

"Welcome home!" sambut Zahra.

Asyari tersengih lalu menampakkan giginya yang sebaris kemas. Tak lupa juga gigi taring dia yang comel tu. Aww, dia ada eyesmile!

Salam diberi lalu dijawab. Asyari mengecam muka Zahra seperti ingin menyatakan sesuatu.

"Sayang, you have something to tell me?" sangkal Asyari betul.

Zahra melihat Asyari dengan terkejut tapi muka terkejut tu tak lah nampak sangat. Buat masa ni Zahra menidakkan lagi.

"Kenapa awak rasa macam tu pula?"

"Sebab muka kau nampak macam nak bagitahu aku sesuatu. Ada benda kau sorokkan ke?" Asyari mendekatkan mukanya dengan muka Zahra. Terdorong ke belakang terus si Zahra tu.

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now