Bab 33 - Buka Mata

2.4K 182 18
                                    

Ketibaan seseorang disambut mesra oleh Datin A'in. Dari belakang sudah tahu lelaki ini memang rajin bersenam. Tengok sajalah bahunya yang bidang dan badannya yang sasa. Tak lupa juga aura seorang kapten yang disandang olehnya.

Datin A'in terus memeluk anak terunanya yang sudah lama tidak bertemu.

"Alhamdulillah, sampai juga anak mummy" kata Datin A'in.

Asyari tersenyum lalu menyalam tangan tua itu.

"Masuklah, Asyari" Datin A'in menjemput anaknya itu masuk.

Asyari berhenti seketika. Dia sebenarnya sudah ada rancangan lain. "Mummy, boleh tak kalau Asyari nak pergi hospital dulu?".

Datin A'in terkejut sebentar lalu tersenyum. Tahulah dia kenapa anaknya itu mahu ke hospital.

"Bukannya tak boleh cuma sekarang bukan masa melawat"

Asyari menilik jam di pergelangan tangan kanannya.

Dengan senyuman kekok, Asyari berkata "Lupa pula nak tengok jam dulu, mummy".

"Sayang sangat dekat menantu mummy tu"

Asyari tersenyum malu. Tengkuknya digosok. Itulah perbuatan lelaki itu kalau dia segan atau malu. Nak menutup perasaan itu sahaja.

"Kamu jangan risaulah. Zahra tak apa-apa. Dia baru sahaja lepas koma"

Ketika itu, Humeera muncul di belakang Datin A'in.

"Eh, Asy. Balik dah budak ni" Tak cukup dengan panggilan itu ditambah lagi dengan tepukan di bahu yang jelas tak nampak mesra.

"Seriously, kak. Macam ni akak sambut orang yang dah lama tak balik?" Ditepis tangan satu-satunya kakak kepada seorang lelaki bernama, Asyari Hulaif itu. Kalau dengan Humeera, memang dah tak ada sifat seorang kaptennya itu. Baginya, kakaknya lah yang mempunyai jawatan lebih tinggi. Adik-adik sekalian, sila sendu.

Humeera ketawa. Terhibur boleh buli adiknya itu semula.

"Akak gurau jelah, budak. Eh, masuklah. Kenapa bermesyuarat dekat sini pula?"

Datin A'in baru tersedar mereka masih lagi di luar rumah. Selepas itu, mereka sama-sama masuk ke dalam rumah.

"Ni hah. Adik kamu ni nak pergi hospital dulu. Tak sabar-sabar padahal belum lagi masa melawat".

Sekali lagi, Asyari berasa segan. Alah, mummy ni pecahkan rahsia pula. Tak tahu kenapa kalau tentang Zahra sahaja dia akan berasa malu atau sebab dia dah lama tak balik. Sebelum dia bertugas sebelum ini pun, tiada pula perasaan itu.

Humeera mengangguk tanda faham. "Kalau macam tu kita pergi sama-sama lah nanti" cadang Humeera kepada Asyari. Alang-alang sekali dia nak melawat Zahra, bolehlah adiknya itu ikut sekali.

"Boleh juga tu" Asyari terus sahaja bersetuju. Tak lah nanti kekok apabila dia berjumpa Zahra nanti.

"Mummy nak pergi dapur sekejap. Kamu berdua makan dulu lepas tu bawa kan bekalan untuk Zahra nanti ya" kata Datin A'in lalu meminta diri untuk ke dapur.

Baru sahaja, Asyari ingin mengikut langkah mummynya ke dapur, dia dihalang oleh kakaknya.

"Asy, sini sekejap".

Asyari mendekati Humeera dengan malas. Masa dia tengah laparlah, ada saja nak kacau. Lepas makan tak boleh bincang ke?

Pinggang dicekak lalu kening diangkat. Gaya seperti seorang kapten tetapi kenapa dibawa sampai ke rumah pula. Humeera pula menyuruhnya untuk dekat sedikit.

"Masa kita nak melawat Zahra nanti. Akak harap kau tak bagi dia pressure sangat ya" kata Humeera perlahan. Takut didengari oleh Datin A'in

Muncul kerutan di dahi Asyari. "Kenapa?".

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now