Bab 12

168 7 1
                                        

"Amboi anak mama ni! Dengan jubah bagai. Macam orang nak pi bercerai." Mama menegur aku yang sedang bersiap-siap hendak ke Pejabat Agama.

"Memang pun!" Aku tayang gigi aku yang tersusun elok.

"Kenapa pulak dah? Dah habis fikir ke sayang? Tak kesian dekat anak ke?" Mama mendekati aku. Aku tidak berganjak daripada cermin di hadapan. Masih lagi memperbetulkan tudung bawal yang aku pakai tadi.

"Del dah habis fikir. Lagipun Haq kalau berpisah dengan Del boleh kahwin dengan Katriana."

"Kan aku cakap aku tak setuju!" Aku terkejut dengan sergahan suara Haq. Mama jugak. Haq menunjukkan muka bengis, matanya juga merah. Aku sudah kecut perut melihat muka Haq pagi ini. Dia pernah marah aku, tapi tak semarah ini...

Kisah apa aku, menyampah la!

"Takpe nanti I suruh Kat pujuk you. Mana tahu hati you lembut." Aku sudah mahu melangkah pergi daripada keadaan itu tapi tangan Haq pantas mencengkam lengan aku.

"Ikut aku!" Tangan aku ditarik kasar menuju ke bilik tidur aku. Tipulah kalau tak sakit, tangan aku yang putih ini mula menjadi merah.

"Eh, lepaslah! Sakit tau tak." Haq menghiraukan jeritan aku. Badan aku ditolak ke atas katil. Pintu bilik jugak ditutup kasar dan dikunci dari dalam.

"You kenapa?! Blahla! I nak keluar."

"HEI DEL! Kau ni keras kepala kan! Aku suami kau, kau tahu tak?!" Haq menengking aku. Mata aku mula terasa panas.

"Oh, suami. Okay, pastu?" Aku tidak mahu menunjukkan yang aku ni lemah. Aku boleh besarkan Ariana 4 tahun tanpa dia. I can live without him forever!

"Del, tolonglah dengar cakap aku.. jangan. Aku taknak berpisah dengan kau. Ariana needs us." Suaranya mengendur dan tangannya naik memegang bahu aku.

"Kita berpisah tapi bukannya I tak bagi you jumpa Ariana pun. I tetap bagi. You boleh jumpa anak you. You juga boleh kahwin dengan Kat. Bukan ka mudah?"

"Aku sayang kau faham tak? Bagi aku peluang kedua." Aku terkedu. Haq sayang aku? Tipu! Kalau sayang dia tak tinggal aku 4 tahun dulu. Kalau sayang dia tak rogol aku 4 tahun dulu. Kalau sayang dia dengar explanation aku dulu. Kalau sayang dia dah putus dengan Katriana.

Bodoh! Haq tak sayang aku.

"No." Aku menolak kasar tangan Haq yang kemas memegang bahu aku. Air mata juga mengalir deras.

Letihla bye. Jumpa next year

Crashed Glass Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang