Bab 9

226 5 2
                                    

Semenjak kehadiran Haq Mikhail di dalam rumah Papa dan Mama, Ariana sering meminta ayahnya itu datang selalu. Aku menyampah. Aku suka cara dia melayan Ariana, tetapi aku takut. Takut kenyataan yang Ariana bukan milik aku seorang, dia boleh ambil Ariana daripada aku.

Sudah aku katakan kepada Mama, aku tidak mahu lagi teruskan perkahwinan yang tiada hala tuju ini. Meskipun berat untuk aku lepaskan Haq Mikhail. Dia tidak cintakan aku, semua tahu akan itu. Siapa yang berkahwin tanpa cinta boleh bahagia? Tak akan perkahwinan aku hanya berlandaskan nafsu semata.

Tetapi aku kesian dengan nasib Ariana, kecil baru orang tuanya akan bercerai.

Aku mengeluh apabila memikirkan hal itu. Aku menyiapkan tugasan kerja aku secepatnya, tidak sabar mahu berjumpa dengan puteriku. Rindu!

Segala info telah aku simpan di dalam file. Komputer dan suis lampu dan pendingin hawa dimatikan. Aku memandu Mercedes AMG-C Class Coupé milik aku ke bakeri yang berdekatan untuk membeli Hokkaido Snow Cake kegemaran Ariana.

-
"Hello!" Senyumannya aku balas.

"Bagi saya Hokkaido Snow Cake strawberry dua, vanilla 2. That's it." Aku berdiri di hadapan kaunter menunggu giliran. Mata aku meliar memerhati reka dalaman bakeri ini. Cantik dan comel!

Mata aku tertancap pada dua orang di meja penjuru bakeri. Itu ialah suamiku dan kekasihnya. Jelaslah aku cemburu, suami aku. Aku menahan rasa hati yang ingin menangis dan marah pada satu masa.

"Cik!" Lamunan aku terhenti apabila juruwang itu memanggil aku.

"Eh maaf, berapa?"

"RM21.60 sahaja." Aku mengucapkan terima kasih dan beredar dari situ. Dengan sengaja aku berjalan di hadapan mereka. Riak Haq Mikhail seperti terkejut melihat aku. Tambahan lagi, dia sedang memegang tangan Katriana. Aku beriak selamba di hadapan mereka dan menghadiahkan senyuman ringkas kepada Katriana.

Tangan Katriana segera dilepaskan setelah dia melihat aku di hadapannya. Aku tidak menegur, malas dan benci.

Aku berlalu pergi dari pandangan mereka, segera pulang ke rumah.

-
"Wah! Is that for me Mummy?" soal Ariana melihat bungkusan di tangan aku.

Ariana masih belum petah bercakap Bahasa Melayu kerana terlalu lama di New Zealand. Syukurlah, dia faham Bahasa Melayu sikit tetapi tidak pandai untuk bercakap.

"Yes. It is for you." Aku menyuakan bungkusan itu kepada Ariana. Segera dia mengambil kegemarannya iaitu Strawberi.

Aku memerhati gelagatnya menikmati makanan itu. Penuh krim di mulut dan tangan. Ah! Comelnya anak aku...

"Delicious!" katanya sambil menjilat sudu yang masih lagi berbekas krim Strawberi itu.

Sedang ralit aku memerhati Ariana, aku dengar suara yang bercakap dengan Mama di halaman. Mungkin Papa yang baru pulang dari kerja.

Tetapi apabila aku mendekati mereka di halaman, susuk tubuh Haq Mikhail aku lihat. Hampir setiap hari di wajib datang ke sini, bermain dengan anaknya.

Aku merengus geram apabila teringat kejadian tadi. Hipokrit! Aku beredar dari situ dan mengambil Ariana naik ke bilik aku. Pintu aku kunci tidak mahu dia berjumpa dengan Ariana hari ini.

-
Aku terlelap dengan Ariana di sebelah aku. Aku terjaga apabila tangan yang melingkar di pinggang aku menarik aku dekat dengan tubuhnya. Aku segera bangun daripada baring.

"Macam mana awak boleh masuk sini? Bukan saya dah kunci ke pintu tadi." Bibirnya pucat, gerak gerinya juga seperti tidak larat untuk melayan amarah aku. Sakit ke Pak Mail ni?

Berlakon je tu, dia kan hipokrit.

Aku menarik tangannya untuk bangun daripada tidur ayam itu. Dia keraskan badan, tak bergerak aku tarik dia.

"Ish! Tak reti balik rumah sendiri ke hah?" Aku menampar pulak lengannya yang sasa itu. Ya, aku nak halau dia dari bilik ni. Aku sakit hati dengan dia.

Dia bangun dari baringannya, mahu berjalan keluar

"Eh, Mikhail!" Ariana merengek mendengar aku menjerit. Haq Mikhail rebah di hadapan pintu. Dia ini seriuskah?

Tapi muka dia pucat tadi. Aku menepuk perlahan pipinya agar dia sedar, tapi gayanya dia pengsan.

Peluh di dahi mula merembes keluar, jantung aku juga mengepam laju apabila dia tidak sedar. Takut apa apa terjadi dekat dia.

Aku mengangkat dirinya perlahan dan membawa ke katil. Aku rebahkan badannya di sebelah Ariana. Telefon aku ambil, doktor peribadi keluarga aku di telefon.

-
"Delisha, keadaan dia ok. Dia cuma tak cukup rehat sebab badan dia dehydrated. Workaholic agaknya dia ni." Doktor itu ketawa di hujung ayat. Mikhail memang seorang yang kuat bekerja. Aku tahu itu. Sewaktu dia di universiti pun, dia hanya belajar belajar dan belajar. Aku tengok pun letih!

Seusai aku mengucapkan terima kasih kepada doktor, Papa mengiring doktor ke depan. Papa juga terkejut apabila dia sampai sahaja ke rumah tadi, aku kalut memanggil Mama untuk naik ke atas.

Aku menghampiri Mikhail yang masih memejamkan mata. Wajahnya aku pandang dengan penuh cinta. Kacaknya suami aku ni...

Mikhail ni rupanya umpama bidadara yang turun daripada langit. Dikirimkan dari Tuhan untuk Delisha Arwani sebagai pinjaman. Tuhan, pinjamkan dia dalam waktu yang lama untuk aku...

Aku menyentuh hidungnya, hidungnya yang tajam dan terletak elok. Persis tuhan Greek. Seterusnya, jari aku bermain pula di bibirnya, bibirnya itu yang sentiasa manis. Memabukkan dan mengkhayalkan. Kemudian, jari aku naik menyentuh matanya yang sedang tertutup, mata ini... boleh membuat orang hilang kesedaran dan jatuh dalam pengangan Mikhail. Mata itu yang sentiasa bersinar ketika dia ketawa.

Tuhan, aku cintakan dia. Setelah itu, air mata aku menitis.

"My most handsome husband, I really love you. I mean, so much." Bibir aku menyentuh bibirnya. Hiks, ambil kesempatan!

Ciuman itu mendalam apabila ada tangan yang menarik leher aku lebih rapat dengan mukanya. Oh shit, he's wakeup.

Aku menolak dadanya perlahan, merungkaikan ciuman yang di sengajakan itu.

"Nakalnya goda orang waktu pengsan." Aku tidak mengangkat muka aku memandang wajahnya kerana aku malu. Ish Del! Tak kena masa pi cium dia.

"Aku minta maaf pasal Katriana siang tadi." Aku merenungnya pelik. Mikhail minta maaf dekat aku? Dah kenapa pulak dia nak mintak maaf? Katriana kan kekasih dia, lantak dialah nak buat apa. Kongkek ke cium ke... eh, jangan!

Mati hati aku nanti.

"Dahi jangan kerut sangat boleh tak. Aku mintak maaf ni, maafkan tak?" Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Aku meneguk liur apabila wajahnya sangat dekat dengan aku.... dekat gila.

Aku mengangguk. Kemudian menggelng pula apabila aku teringat dia tidak boleh mudah dimaafkan.
Mikhail ketawa melihat reaksi aku.

"Cute! Macam Ariana." Aku merengus. Dia ingat aku main main ke?

"Dah sihat kan? Boleh balik rumah sendiri dah."

"Eh kena ke? Tadi aku macam dengar orang cakap my most handsome husband, I really love you. I mean, so much." Dia perli aku? Kuanghajo! Aku malu sendiri.

"Ingatka boleh duduk sini terus..." sambungnya lagi. Malas aku melayan perangainya yang agak kurang siuman pada malam itu, aku mengangkat punggung dari sebelahnya.

-

Makin mengarut tak?

Crashed Glass Where stories live. Discover now