Urusan pertukaran aku ke Auckland semuanya diuruskan oleh pembantu Papa. Aku tidak langsung menghadirkan diri ke kampus. Ya, aku mengelakkan diri daripada bersua muka dengan Haq Mikhail.
Kisah malam tragis itu semuanya aku luahkan kepada Mama dan Papa. Mereka ialah ibu bapa yang terbaik bagi aku. Mereka menyokong aku untuk berdiri semula dan lupakan kisah lalu.
2 bulan selepas itu aku mengalami muntah dan pening kepala. Kitaran haid aku jugak tiba tiba berhenti. Apabila aku memberitahu kepada Mama, dia menyuruh aku membuat pregnancy test.
Positif. Perasaan aku bercampur baur. Sedih ada, bahagia ada dan marah. Aku mengandung 3 minggu. Mama dan Papa sentiasa memberikan aku semangat untuk menjaga kandungan aku dengan baik. Mereka juga membelikan kelengkapan yang sempurna untuk ibu mengandung. Benarlah kata orang, kasib ibu membawa ke syurga, kasih ayah untuk selamanya.
Tiada siapa yang tahu tentang kandungan aku selain Mama dan Papa. Raisa juga tidak tahu..
Raisa... aku rindu dia. Aku mengasingkan diri aku daripada orang ramai selepas kejadian malam itu. Aku takut dan malu.
and she always had a ways with her brokenness. She would take her pieces and make them beautiful.
-
4 tahun kemudian,"Ariana! Mommy warn you already don't eat my chocolate. Your teeth will be like shrek." Puteriku sangat anti dengan Shrek. Katanya itu ialah ugly creature yang dia pernah tengok. Dia menayangkan muka sedih.
Alahai anak mommy..
"I'm promise I will not eat your chocolate anymore Mommy. But it's so deliciousSsss.. and sweet Mommy. I like it. No no no, I love ittttt." Bibirnya menayangkan senyuman nakal. Puteriku ini sangat nakal dan bijak! Seperti aku.
"No for you!" Aku merapikan rambutnya yang sudah mula serabai akibat tidur di dalam kapal terbang. Penerbangan 11 jam ini sangat meletihkan. Kami sedang menunggu Papa aku untuk mengambil kami dia Kuala Lumpur International Airport.
Aku tidak pernah pulang ke Malaysia ketika aku belajar dan membesarkan Ariana. Hanya Mama dan Papa yang pergi melawat kami berdua disana. Bukan aku tidak mahu mendedahkan Ariana dengan budaya Malaysia tetapi aku yang tidak bersedia.
Tetapi apabila Ariana sudah besar sedikit, aku mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan apa apa yang terjadi disini.
Sama ada Haq Mikhail ataupun sesiapa sahaja.
"Atuk!" Ariana melambai ke arah Papa yang mula masuk di pintu utama. Aku tersenyum bahagia melihat Mama dan Papa aku menjemput kami.
Aku memeluk mereka berdua dengan bahagia. Ariana sudah didukung oleh Papa. Cucu dia seorang... mestilah manja.
"Welcome back, puteri Mama dan Papa." Papa mengusap kepala aku yang berlapik dengan tudung bawal satin.
Aku mula berhijrah selepas aku melahirkan Ariana. Aku berjanji dengan diri aku, aku akan menjadi ibu yang terbaik untuk Ariana. Dia tidak mempunyai kasih sayang seorang bapa, jadi aku harus menjadi contoh yang baik untuk puteriku. Aku belajar Islam dengan lebih mendalam dengan ustazah di sana. Mereka semuanya baik belaka. Walaupun mahzab yang berbeza tetapi aku masih lagi dapat mengikuti. Mama dan Papa juga membantu aku.
"Jom balik. Sha tak sabar nak jumpa katil. Letih!" Kami melangkah kaki keluar dari KLIA dan pulang ke rumah.
-
Suasana di meja makan sungguh meriah dengan telatah Ariana dengan Mama dan Papa. Kehadiran puteriku ini bagaikan sinar cahaya yang menerangi kegelapan dalam hidup aku. Allah hadirkan Ariana untuk aku sebagai amanah untuk aku jaga dan aku sayang. Ariana juga ialah hadiah dari Allah untuk aku apabila aku dapat mengharungi liku liku masa lalu aku. Terima kasih tuhan, tiada tuhan selain engkau."Sha ready nak masuk kerja bila?"
"ASAP Papa sebab Sha tak boleh duduk saja. Nanti bosan. Lepastu, Ariana Mommy tengokkan boleh semasa Sha pergi kerja?" Aku mengerdipkan mata aku berkali-kali untuk meraih simpati Mama.
"Ye sayang. Boleh although mama bosan duduk rumah dengan Mak Cik Kiah je. Dia tengok muka Mama, Mama tengok muka dia." Aku menghamburkan ketawa. Sadis betul!
"Esok okay, Sha?" Aku mengangguk dan senyum. Aku dah bersedia untuk masuk kerja. Hiks tak sabar nak jadi director marketing.
-
"Kenalkan semua ini puteri tunggal saya. Namanya Delisha Arwani. Dia tidak menggantikan tempat saya tetapi dia ialah Director Marketing baru kamu semua ya. Saya nak ajar dia bermula dari bawah." Memang benar, Papa memang mengajar aku hidup susah dahulu. Ingat lagi, Papa pernah mengaku dirinya tidak ada sedikit wang sewaktu aku kecil. Aku sudah biasa hidup susah. Apabila aku sudah membesar, barulah aku tahu apakah pekerjaan Papa sewaktu aku membaca borang pendaftaran sekolah. Aku tidak kisah dengan duit atau harta..
"Bawah tak bawah jugalah Tuan. Pengarah tu." Lelaki itu ketawa.
"Anak saya belajar sehingga ke Master. Jadi tiada masalah untuk saya bagi jawatan yang kena dengan pencapainnya." Papa tersenyum dan aku juga ikut tersenyum. Kata kata lelaki itu tidak mengusik perasaan aku. Aku faham perasaan dia, aku ialah anak CEO syarikat ini jadi mungkin bagi dia aku mengambil jalan pintas untuk senang.
Papa berlalu pergi dari orang berkumpul. Aku pula masih berdiri di depan khalayak ramai. Aku tersenyum simpul apabila mereka semua memandang aku dengan mesra.
-
"Delisha, dalam pukul 12.00 tengah hari nanti akan ada arkitek hantar pelan dekat saya. Tetapi saya nak pergi ambil anak saya dekat tadika dulu. Boleh awak tolong ambilkan?" Aku memandang Kak Yati yang berdiri di hadapan pintu bilik aku."Boleh. Kejap lagi Delisha tolong ambilkan." Seusai dia mengucapkan terima kasih aku melihat jam pada pergelangan tanganku. Masih lagi berbaki setengah jam sebelum pukul 12.
Aku meneruskan kerja aku seperti biasa. Membuat temu janji dengan pelanggan.
-
Jarum sudah menunjukkan jam 12.30 tengah hari, kelibat orang yang mahu menghantar pelan itu masih belum kelihatan. Apabila aku mahu bangun untuk keluar daripada pejabat aku, ada seseorang yang menunggu di ruangan Kak Yati.Agaknya itu orangnya.
"Encik, Kak Yati tak ada. Dia suruh saya ambil pelan dari Encik." Aku menghidu bau ruangan bilik Kak Yati ini, baunya aku kenal. Woody and citrus. Apabila lelaki itu mengalihkan badannya menghadap aku,
Senyuman aku hilang. Dunia aku terhenti. Jantung aku mengepam darah dengan laju.
Tak, tak mungkin secepat ini...
Haq Mikhail yang masih tercegat berdiri di hadapan aku juga ikut terkejut. Selepas 4 tahun aku tidak berjumpa dengan lelaki yang sentiasa memegang dan mengetuai hati aku, dia nampak lain. Dominant, handsome, and more attractive. Aku ingin berlalu pergi dari situ tetapi aku teringat janji aku kepada Kak Yati.
"Encik tinggal pelan dekat situ. Nanti Kak Yati balik."
Ada tangan yang menarik lembut tangan aku apabila aku ingin melangkah pergi dari bilik ini.
"Delisha Arwani." Suara garau yang terlalu sexy untuk aku itu kedengaran.
-
Tidur dulu la geng. Satgi sambung.
YOU ARE READING
Crashed Glass
Romance"I tak pernah minta pun la untuk jatuh cinta dengan you! Tapi hati I ni yang degil nak jatuh cinta dengan you. Bullshit!" Bodoh! Aku menyesal. Perasaan apa ni sampai aku sendiri yang hancur? Adakah ini semua salah aku? Salah aku untuk jatuh cinta d...