Bab 6

234 10 0
                                    

Aku merentap tangan aku dari cengkamannya. Aku melulu pergi dari bilik Kak Yati, ke bilik aku. Aku tidak menghiraukan keadaan sekeliling yang memandang pelik apabila Haq Mikhail mengikut aku daripada belakang.

Aku ingin menutup pintu bilik aku. Aku tidak mahu berjumpa dengan dia, tetapi apalah kudrat seorang wanita untuk menghalang seorang lelaki yang sasa tubuh badannya. Apabila aku give up daripada menolak untuk menutup pintu, Haq Mikhail mengambil kesempatan masuk ke dalam ruangan pejabat aku.

"No! Kenapa awak kunci?!" Aku terkejut melihat dia mengunci pintu ruangan aku. Sekarang hanya tinggal aku dan dia di dalam bilik ini.

Jantung aku mengepam darah dengan lebih kencang. Peluh aku juga mula menitik, tiba-tiba rasa panas. Di tubiran mata aku sudah bertakung air mata. Hanya tunggu satu kerdipan mata aku dan ia akan mula mengalir.

Matanya menatap mata aku,

"Where have you been for these 4 years Delisha?" Aku menunduk apabila panahan matanya tajam memanah mata aku.

Kenapa dia nak kena tanya soalan macam tu dekat aku? Kenapa nak kena ambil kisah dekat perempuan yang dia benci? Dia mesti dah kahwin dengan Katriana, kan. Cinta hati, jantung pisang dia.

"Tak mintak izin suami pulak tu."

"Siapa suami saya?! Saya tak ada suami. Awak keluar sekarang Mikhail!" Amarah aku meningkat. Suami jenis apa rogol isteri sendiri?

Dia mendekati aku dan aku pula melangkah ke belakang. Apabila tiada lagi ruangan aku untuk melangkah ke belakang kerana di halang oleh dinding, dia merangkul pinggang aku mendekati dirinya.

Jantung aku.... tercabut.

"I'm your husband Delisha Arwani. Your beloved husband." Dia membisik dihadapan muka aku. Bau woody and citrus miliknya dicampur pula dengan bau mint daripada nafasnya membuat aku terbuai. Jarinya mengusap pipi aku yang bersih daripada sebarang kecacatan.

"Lepaskan saya Mikhail. Saya nak cerai dengan awak." Dia tidak peduli dengan permintaan aku. Tangannya pulak mengusap kepala aku yang berlapik dengan tudung.

"Beautiful Delisha. Always beautiful."

"About the divorce, no!"

Aku tatap matanya yang sudah merah menahan amarah.

"Tak apa, kita ada mahkamah." Dia menolak aku sehingga belakang aku terhentak ke dinding.

Sakit!

"Go! Go file them if you're really do not love me. For God's sake, go! I don't really care Delisha." Dia menumbuk dinding disebelah aku. Tangannya memerah. Padan muka!

Dia menghempas pintu bilik aku dan berlalu pergi. Air mata aku mula mengalir.

-
"Hey beautiful!" Aku menyapa puteriku yang sedang bermain bersama TokMa dia. Cantiknya anak aku ini, muka persis suamiku. Hanya bibir dan hidungnya ikut aku tetapi ayahnya juga hidung mancung. Kedua-dua sekali barangkali.

"Mommy! Baby mish you.." Dia lari ke dalam pelukan aku. Indahnya jadi seorang ibu, walaupun tanpa suami di sisi. Disebabkan itu, aku tidak mahu Haq Mikhail kenal dengan Ariana, meskipun ianya salah. Mama dan Papa selalu menyuruh aku untuk mengenalkan Haq Mikhail dengan Ariana, tetapi aku tidak bersedia.

Aku takut. Takut dia merampas Ariana daripada aku. Ariana sumber kekuatan aku, menjad sebab untuk aku menghadapi dugaan pada suatu ketika dahulu. Mungkin satu hari nanti, bila waktunya tepat Ariana dapat mengenali ayahnya. Sekarang Ariana hanya tahu nama ayahnya dan kenal ayah dia hanya dalam gambar.

"Mommy, malam ni kalau kita pergi makan Spaghetti Carbonara boweh? Ariana mish!"

"Boleh sayang. Nanti kita ajak Tok Ma dengan Atuk sekali okay."

"Mama tak boleh ikut sayang, Mama nak pergi dengan Papa kenduri kesyukuran kawan Papa." Sampuk Mama mendengar perbualan aku dengan Ariana.

"Okaylah gitu. Ariana dengan Del je pergi."

-

Aku memakaikan Ariana layered dress yang menampakkan paha gebunya seperti paha ayam. Ariana puteriku ini memang suka mencantikkan diri. Although, dia memang beautiful macam mak dia. Ahaks!

Aku pula hanya memakai crop top putih dan satin skirt berwarna Mocha. Seterusnya, dipadankan dengan cotton shawl berwarna nude.
Selesai aku menghiaskan wajah aku dengan minimal makeup, keperluan Ariana aku ambil dan dimasukkan ke dalam handbag.

"Ariana tunggu Mommy dekat dalam kereta, ok?" Ariana mengangguk dan melangkah keluar dari bilik tidur kami.

Kami menuju ke destinasi kami iaitu
Prime Restaurant.

-
I'm not upset that you lied to me, I'm upset that from now on I can't believe you.

Aku melangkah masuk ke dalam restoran itu bersama puteriku yang tidak lepas menggenggam tangan aku. Semoga tangan kecil ini tidak pernah lelah untuk menggenggam tangan aku.

Ariana sangat teruja untuk menjamu selera makanan kegemerannya, Spaghetti Carbonara. Dia boleh makan makanan itu setiap hari. Senang jaga!

Kami memilih untuk duduk ditepi cermin yang menampakkan orang dari dalam. Sekurang-kurangnya Ariana tidak bosan dan boleh melihat keadaan sekeliling di Malaysia.

Seorang pelayan mendekat meja kami, aku memesan Spaghetti Carbonara untuk Ariana dan Beef Steak untuk aku. Air pula aku hanya memesan air kosong. Aku tidak mendidik Ariana untuk memakan benda yang manis. Sekali sekala, takpa.

Seusai kami menjamah makanan yang lazat itu, aku mengajak Ariana pulang kerana badan aku letih seharian bekerja. Hari pertama lagi. Tambahan lagi, ada masalah siang tadi. Hati dan badan aku letih.

Sewaktu aku dan Ariana berjalan keluar dari restoran itu, Ariana terlanggar seseorang.

"Hey anak mommy! Siapa suruh lari? Kan dah langgar orang. Say sorry cepat."

"Sorry uncle. Ariana tak sengaja." Aku tidak melihat siapa gerangan yang Ariana langgar itu. Aku ralit memandang Ariana yang menayang giginya yang tak cukup satu itu. Gedik! Nak bagi orang tak marah la tu.

"Sorry sir. Dia ni kena baba....." Lidah aku terkelu apabila aku mengangkat wajah aku memandang seseorang dihadapan aku ini. Mata aku kalih melihat orang disebelahnya pula, Haq Mikhail dan Katriana. Wow, a night date?

Aku tersenyum sinis apabila melihat Haq Mikhail juga terkelu melihat aku.
Bullshit.

"Mommy? Are you done? Let's go home. I miss my bed." Aku lihat Haq Mikhail sekali lagi terkejut apabila mendengar panggilan Ariana terhadap aku. Katrina pula dari tadi cuba mengenali aku, agaknya dia lupa aku. Especially, bila aku bertudung.

"Jom sayang." Aku menarik Ariana pergi daripada situasi yang sangat awkward ini.
--

Love me, love me hard.

Crashed Glass Where stories live. Discover now