Bab 10

227 7 2
                                    

Entah apalah yang digunakan oleh Mikhail sehingga Mama dan Papa boleh terima dia macam itu sahaja sedangkan mereka tahu apa yang dia buat 4 tahun dahulu.

Mikhail tidak pulang ke rumahnya, dia akan menginap di rumah ibu bapaku malam ini. Aku di dalam bilik menyelesaikan beberapa hal kerja yang tertangguh petang tadi. Mikhail pula sudah hilang dari pandangan mataku, mungkin di bilik anaknya. Teman anaknya tidur.

Ariana selepas kedatangan Mikhail, dia sangat dekat dengan Mikhail. Apa mungkin fakta yang mengatakan anak perempuan lebih rapat dengan ayah? Mungkin...

Ariana sebelum tidur akan mencari Mikhail. Kalau Mikhail tiada, Mama atau Papa akan video call Mikhail untuk bersembang dengan Ariana. Terbit rasa cemburu di hati aku kerana aku yang menjaga Ariana seorang diri selama ini. Dengan mudahnya, Mikhail menaiki satu takhta daripada aku.

Aku mengeluh apabila kejadian yang dahulu berulang kembali. Sudah acap kali, aku berdoa kepada Tuhan untuk menarik perasaan aku daripada mencintai Haq Mikhail, tetapi Tuhan belum menunaikan permintaan aku. Perasaan ini sakit... tapi ada manisnya.

"Buat kerja ke termenung?" Aku menjulingkan mata ke atas apabila mendengar pertanyaan daripada suamiku. Pertanyaannya aku biarkan sepi, malas nak menjawab nanti gaduh.

"Hey Delisha, aku tanya kan." Suaranya dikeraskan sedikit. Aku masih menaip di komputerku seolah-olah tidak mendengar pertanyaannya.

Cup!

Satu ciuman mendarat di pipi kanan aku. Aku terkejut! Suka hati dia je..

"Apa masalah awak ni?" Aku mendengus kasar.

"Orang tanya tak jawab, ciumlah."

"Soalan bodoh apa awak tanya tadi?" Mikhail tersentak mendengar soalan aku. Mungkin kerana bahasa aku. Biar, aku malas nak kisah!

"Language Delisha. I'm your freaking husband."

"Yah... husband." Aku menjelir lidah membuatkan riak muka seperti mahu muntah. Kemudian, aku mengalihkan badan aku menghadap komputer semula.

Mikhail menghiraukan reaksi aku, dia masih meneruskan pertanyaannya yang tak semenggah itu.

"Kenapa tadi halau aku? Marah sebab Katriana ke?" Telinga aku panas mendengar soalannya. Bodoh apa! Kalau bukan sebab Katriana pun aku memang dah benci kau la.

"For your information Haq Mikhail, saya ni dah benci awak sejak 4 tahun dulu. Sejak awak tinggalkan saya dekat hotel seorang diri pagi itu! Sejak itu saya dah benci dan marah awak! Hey! Lepaskan jelah saya. Saya tak suka hidup macam ini." Aku melepaskan amarah aku. Tanpa aku sedar, air mata aku juga turut mengalir. Dari dulu lagi, apabila aku terlalu marah, aku akan menangis. Aku benci kerana nampak aku seperti seorang yang lemah.

Mikhail terkedu mendengar jawapan aku. Aku terus menutup komputer dan berlalu ke katil. Comforter aku tarik menutupi seluruh badan aku. Aku tersedu sedu menangis. Puas pun ada, kerana dapat menghamburkan amarah aku.

Ruang kosong di sebelah aku tenggelam, kemudian Mikhail memeluk aku dari belakang. Dia cuba menarik comforter untuk melihat aku tetapi aku gagahkan diri aku menahan comforter itu daripada terlucut. Jadi, Mikhail hanya memeluk aku dari luar yang telah diselubungi comforter.

"Del, I'm truly sorry. Aku tinggalkan kau waktu tu aku cuma kecewa sebab kena kahwin dengan kau. Maruah aku, maruah kau lagi. Maruah kita hancur malam tu Del. Sekarang aku dah lebih matang, aku nak kita start semua semula. Ariana anak kita Del..."

Air mata aku menurun dengan lebih laju. Teresak esak aku menangis di dalam pelukan Mikhail.

...Ariana perlukan ibu dan ayah untuk membesar. Aku tak nak dia jadi macam aku ibu ayah tak ambil tahu. Aku nak dia membesar macam kau, cukup kasih sayang ibu dan ayah. Aku tak akan ceraikan kau Delisha Arwani. Aku sayangkan kau, bagi aku peluang untuk aku cuba mencintai kau."

Mikhail masih tidak menyerah diri daripada menarik comforter yang menutupi muka ku. Apabila aku sudah lemah, dia menarik comforter dan memandang mata aku yang penuh bertakung air mata. Jarinya mengusap lembut setiap air mata yang menitis kerananya.

HAQ MIKHAIL

Air mata Delisha aku usap lembut. Air mata ini selalu mengalir kerananya. Kesilapannya 4 tahun dahulu. Dia tinggalkan Delisha seorang diri, membiarkan Delisha mengandung seorang diri. Dia juga membiarkan Delisha melahirkan Ariana tanpa dia di sisi. Ya Allah! Kejamnya aku.

Aku sudah berjanji dengan diri aku dahulu tidak mahu menjadi seperti ayah aku yang dayus, meninggalkan ibu tidak bertali di Florence. Entah apa nasib ibunya di sana. Tetapi apa yang aku buat kepada Delisha sama sahaja dengan Daddy buat dekat Mummy. A bitch!

Delisha yang menangis tersedu sedu di dalam pelukan aku, aku tarik dengan lebih dekat. Aku membiarkan dia melepaskan segala yang terpendam di hatinya selama ini. Sekarang aku hadir untuk menghilangkan segala duka yang dirasai olehnya. Aku tidak mahu menjadi asbah kepada kedukaan bagi Delisha.

"Del... aku akan tinggalkan Katriana. Nanti aku bagi tahu dia aku akan cancel wedding aku dengan dia." Berat untuk menuturkan perasaan ini. Namun, aku harus. Katriana harus aku lepaskan walaupun aku cintakan dia. Keutamaan aku adalah isteri aku yang sudah sah.

Tapi, aku mampu ke?

-
-

Yehuuu. Happy tak kitaaaa update?

Crashed Glass Where stories live. Discover now