Bab 1

275 9 0
                                    

Kenangan sewaktu Haq Mikhail menolong beberapa orang pelajar perempuan di hadapan fakulti perundangan berlayar di minda aku. Ah! Kacaknya. Gila agaknya aku ini. Gilakan anak teruna orang. Ahaks! Mama tolong...

Haq Mikhail tu.....aku tertarik. Senyuman dia, ketawa dia, dingin dia, lirikan mata yang nakal dia walaupun bukan untuk aku. Haih! Haq Mikhail aku jatuh cinta dengan kau ini. Perlukah aku jujur terus dengan dia eh? Tapi nanti dia lagi benci dengan aku macam mana.

Sekejap, aku minta pada yang Satu.

Wudhuk diambil dengan sempurna. Sejadah dibentangkan menghadap kiblat. Telekung disarungkan ke muka yang berbentuk 'heart-face shaped' dan diniatkan di dalam hati.

Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah taala. Allahuakbar.

--
Seusai aku solat Dhuha, aku mula berdoa.

Ya Allah kau berkatilah hidup aku di dunia dan di akhirat. Kau kurniakanlah aku dekan jikalau itu yang terbaik buatku. Kau permudahkanlah urusan aku dalam berjihad di jalanmu ini. Ya Allah kau kayakanlah aku dengan rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang tidak pernah habis. Ya Allah kau jadikanlah aku salah satu penghuni syurgamu meskipun aku tidak layak. Ya Allah kau bukakanlah pintu Haq Mikhail untuk Delisha Arwani, amin!

Semoga Allah memakbulkan doaku.

Aku tidak pernah jatuh cinta. Bila aku mula sedar yang aku cintakan Haq Mikhail aku teruja. Betapa indahnya perasaan mencintai walaupun kadangnya mencintai adalah luka yang tidak boleh diungkapkan. Contohnya kelmarin sewaktu di kafe. Apabila aku terlihat gerangan dia sahaja, rama rama mula berterbangan di dalam perut aku. Indah! Aku suka.

Tetapi kenyataan yang pahit aku perlu telan adalah Haq Mikhail tidak sukakan aku. Entah sampai bila. Aku juga buntu kenapa dia tidak suka aku. Maksudnya, mungkin sebagai kawan? Aku tidak pernah bercakap dengan dia sebelum ini. Jadi, macam mana dia boleh benci aku sebegitu? Apa yang aku dah buat?

Aku melepaskan keluhan. Susahnya! Telefon di atas meja kopi di ambil. Notifications daripada group fakulti yang membincangkan tentang pembentangan seterusnya aku lihat. Aku mencari nama aku dan bersama siapa aku akan bekerjasama.

Delisha...Delisha....Delisha... scroll lagi. Gotcha! Membuntang mata aku. Aku kumpulan dengan Katriana dan Rahima? Dugaan apa ini? Ee tak suka!

Rahima tu okay, dia rajin. Tetapi Katriana, perempuan itu malas! Aku bukan tidak suka kerana Haq Mikhail tetapi keperibadian Katriana itu sendiri. Perempuan itu malas dan hanya memikirkan kecantikan sahaja. Padahal dia dah cantik.

Tetapi aku lagi cantik. Ahaks! Delisha yang cantik........comel.......pandai.......bijak....
Eh!

--

"Cinta hatiku Raisa!" Delisha memanggil Raisa yang leka menonton filem 'Angry Birds The Movie'. Raisa hanya membalas dengan anggukan kepalanya sahaja.

"Jomlah keluar makan. Lapar anjay!"

"You siaplah. I pakai macam ini je." Raisa telah memakai sewatshirt dan sweatpants. Pakaian dia terlalu comfy harini dan boleh keluar macam utu sahaja. Delisha pula bergegas naik ke bilik dan menukarkan pakaian kepada sweatshirt dan shortpants. Purse di atas drawer juga diambil bersama.

Seusai makan tengahari bersama, mereka bergerak ke pusat membeli-belah Bangsar Village untuk menjamu mata dan menghilangkan rasa lelah belajar.

Sewaktu mereka berjalan di dalam pusat membeli-belah itu, Delisha perasan Haq Mikhail dan Katriana sedang berpelukan di hadapan matanya. Hati dia sakit!

Delisha merengus geram. Raisa disebelah di pandang. Raisa ni tak perasan ke Haq Mikhail dengan Katriana kat depan kedai tu?

Ini Malaysia tahu, peluk apa depan public! Tak tahu malu betul.

Delisha menghentikan langkahnya di hadapan Sephora untuk membeli alat penjagaan muka yang baharu untuk dirinya. Raisa pulak sudah hilang entah kemana. Agaknya Raisa tidak ikut dia masuk ke dalam.

Sedang leka Delisha memilih produk yang baharu untuk rawatan mukanya, Haq Mikhail, Katriana dan Raisa turut menyertai.

"Hai team mates." Delisha menoleh kepada gerangan suara perempuan yang lunak itu. Matanya mula bergerak ke kiri dan ke kanan mencari sahabatnya itu. Raisa hanya tersenyum janggal.

Silap Raisa kerana menyapa mereka berdua tadi. Raisa cuma hanya ingin berbuat baik kerana Haq Mikhail sahabat teman lelakinya. Tidak sangka pula, Katriana ini mahu berjumpa dengan Delisha. Awalnya, Raisa beritahu Delisha tidak ikut sekali tetapi Katriana sudah nampak Delisha dahulu. Jadi, hm...

"Er...hi? What are you guys doing here?" Senyuman manis di berikan kepada Katriana dan Haq Mikhail. Ah! Lelaki ini bersama kemeja hitam dan lengan baju dilipat hingga ke siku. Kacak!

"Meeting you. "

"Hah? Kenapa?" Berkerut dahi Delisha mendengar jawapan spontan dari Katriana. Dia nak marah aku sebab aku suka Haq Mikhail ke? Haq Mikhail dah bagitahu Katriana?

"We're teammates, so I want know what I have to do for presentation later." Delisha menghelakan nafas lega. Ingatkan apa tadi!

"Oh. Itu dalam whatsapp pun I boleh bagitahu. Nanti I bagitahu you ye." Katriana hanya menjongket bahu. Delisha rasa panahan tajam dari sepasang mata biru lelaki itu. Delisha menggigit bibir untuk menghilangkan rasa nervous dalam diri apabila berhadapan dengan lelaki ini. Dia tidak pernah macam ni, tetapi bila dengan Haq Mikhail dia lemah.

"Fine. Up to you. Jangan report lecturer cakap I malas pulak nanti." Delisha mengangkat kening. Eh pulak? Tibeh! Malas mahu melayan si perempuan ini dan lelaki kacak hadapan dia ini, dia berlalu pergi ke kaunter.

Ada tangan yang melingkar di pinggangnya ketika dia berdiri menunggu giliran di kaunter. Delisha terkejut dan bergerak ke hadapan. Dia menoleh untuk melihat pemilik tangan itu.

"You dah kenapa!" Delisha marah. Dia tidak suka lelaki memegang dia sesuka hati walaupun lelaki itu dia cinta. Ya, dia memang sexy tapi dia seksi bukan untuk lelaki. Itu kemahuan dia sendiri. Dia cantik untuk dirinya bukan untuk tarik perhatian lelaki. Siapa yang cantik cantik untuk lelaki? Hell no!

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kenapa? Marah?" Delisha menjeling Haq Mikhail. Soalan bodoh apa lelaki ini tanya? Sudah tentulah dia marah.

"You ni bukan sesiapa bagi I siap nak sentuh bagai. Walaupun I cintakan you tetapi you tidak boleh pegang I sesuka hati." Lelaki ketawa sinis. Perempuan macam Delisha ini ada harga diri ke? Pakaian pun tak semenggah.

Delisha bergerak ke depan kaunter dan mula membayar. Haq Mikhail yang berada di samping tidak di hiraukan. Sudahlah disini ada Katriana juga. Macam mana kalau Katriana nampak perbuatan Haq Mikhail tadi. Dia tidak mahu assignment kumpulan dia yang handle sendiri. Bila berkumpulan, berkerjasama la dalam membuat tugasan.


Fuh shakit kepalew. Maceh shemue. ❤

Crashed Glass Where stories live. Discover now