Bab 11

183 7 1
                                    

Mula semula? Mudahnya bagi seorang Haq Mikhail. Aku yang merana selama 4 tahun, dia dengan mudahnya mengajak aku mula semula. No, aku tak semudah yang disangka.


Kehidupan aku berterusan seperti biasa. Aku terdengar perbulan mama dan Ariana bahawa, Mikhail tidak berada di Malaysia. Dia berada di luar negara. Mesti dia pergi dengan Katriana, kan?

Kau cemburu ke Del? Tak.. aku tak boleh cemburu. Aku kena buang perasaan ni dari sekarang. He can't start over with me again, aku tak mahu. Hati aku sakit bila malam tu dia tinggal aku macam tu saja. Dia ego, aku pun ada ego!

Lamunan aku tersentak dan fikiran kembali ke alam realiti apabila aku terdengar suara Ariana ketawa. Amboi seronoknya dia main dengan TokMa dengan TokPa! Aku berjalan ke ruang tamu di mana mereka semua berehat dan melayan karenah Ariana.

"Daddy bila balik?" Suara Ariana menyoal orang disebalik telefon yang dipegang oleh Mama. Rupa-rupanya dia ketawa tadi kerana seronok bersembang dengan Mikhail. Aku cuba untuk menghiraukan pandangan Mikhail terhadap aku. Aku boleh nampak dari hujung mata aku yang matanya memfokuskan aku di belakang. Mata aku masih memandang tv di hadapan.

"Malam ni sayang." Apabila aku mendengar suara dia menjawab hati aku berdetak laju. Begitulah perasaan aku setiap kali Mikhail dekat dengan aku. Nervous!

Sedang aku cuba untuk meredakan rasa di hati, ada suara perempuan menjengah di dalam panggilan video itu juga.

"Vc dengan siapa b? Budak mana ni? Cutenya!"

Tak boleh mengelak lagi, hati aku cemburu! Aku kalih pandangan aku menghadap Ariana yang masih lagi senyum di hadapan telefon itu. Mama juga sudah mengangkat muka melihat reaksi aku. Nak nangis! Kata nak mula semula haritu?

Aku mengangkat punggung dan berlalu dari situ dan masuk ke bilik tidur. Hati aku sakit, panas, cemburu, sedih! Bercampur baur. Aku dah kata, mesti mereka pergi sekali. Aku masih ingat waktu zaman belajar dahulu, setiap percutian sama ada keluarga Katrina atau Mikhail, mereka berdua pasti ada. Kiranya dah kenal dengan keluarga. Seakrab itu mereka!

Betul lah... aku yang orang ketiga. Bukan Katrina. Kenapa aku bodoh sangat? Sepatutnya daripada awal aku tak boleh jatuh cinta dengan Mikhail. Bukannya aku tak tahu yang Mikhail tu sudah berpunya. Saja nak cuba nasib.

Aku usap air mata yang menetes tanpa disedari. Esok aku akan ke pejabat agama untuk memfailkan penceraian. Pasal Ariana tidak apa, Mikhail tetap ayah dia. Aku dan Mikhail tak boleh bersatu, dia dah ada Katriana.

Aku ingin membalikkan badan aku ke sebelah kanan tapi ada tangan yang melingkar di pinggang aku. Mungkin Ariana yang masuk tidur di bilik aku. Tangan aku meraba-raba mencari telefon aku untuk melihat jam tetapi tersentuh dada yang lebar dan keras. Aku kalut bangun dari tidur dengan kepala yang pening lalat dan buka lampu.

"Ya Allah Del, tidur. Aku baru je nak terlelap ni. Kenapa buka lampu? Aku jet lag tadi. Letih." Aku terkejut! Sejak bila dia sampai? Katanya tadi dekat Ariana malam ni baru balik jadi sepatutnya sampai esok pagi la kan?

"Bila you sampai?" Soalan aku terbiar begitu sahaja. Mikhail kembali di dalam mimpi.

Aku melihat jam di dinding, jarum menunjukkan jam 0340 pagi. Alang- alang aku terjaga disebabkan kejutan ini, aku melaksanakan solat sunat.

-

Seusai dua rakaat yang aku tunaikan tadi, aku masih memikirkan tentang siang tadi. Fail penceraian, patutkah aku? Tapi memang betul, aku lah orang ketiga. Aku harus berundur.

"Mikhail bangun sat." Aku cuba membangunkan Mikhail untuk berbincang. Aku tak kira, bincang malam ini jugak. Esok sia terus ke pejabat, tak sempat nak jumpa.

"Hm?"

"Mikhail I nak memfailkan penceraian esok dekat pejabat agama. You setuju kan?" Dalam keadaan mamai itu terus matanya celik terbuka. Riaknya terkejut. Aku juga.

"No!" Dia membantah keras. Aku mula nak marah. Kata cintakan Katriana, kenapa tak setuju?! Ish!

"Kenapa pula? You boleh kahwin dengan Kat. Tak perlu pi bercuti sorok sorok lagi." Mikhail tarik senyum sinis.

"Cemburu ye sayang? Tidur meh. Esok kita sambung bincang. Aku letihhhhhhh sangat." Suaranya meleret. Aku tahu dia letih tapi i d o n t c a r e.

"Taknak! Bincang sekarang. Nanti you mengelak lagi."

"Del, aku sumpah mengantuk lepastu letih. Esok ok sayang? Aku janji. Cepat tidur." Dia tarik bahu aku untuk tidur disebelahnya. Tangannya naik melingkar di pinggang aku dan usap di situ perlahan. Makin lama makin naik ke atas sehingga menyentuh payudara aku.

"Kata ngantuk lepaslah! Tidur je la diam diam." Aku menolak tangan dia yang makin lama makin ke atas sehingga menyentuh pusat sensitif. Aku menggigit bibir menahan rasa.

"Rindu la nak usap. Tok oleh ke baby?"

"Tak boleh! Kita dah nak cerai."

"Siapa kata?" Tangan dia naik melingkar semula di pinggang aku.

"I lah siapa lagi?"

"Siapa?" Aku mengkerut kening. Dia ini apahal? Taulah ngantuk. Melalut.

"Kan I cakap...."

"Siapa tanya." Mikhail ketawa dan menarik aku rapat dengannya. Dia memperketatkan lingkaran tangannya di pinggang aku. Bibirnya mencium ubun ubun aku dan menggumam,

"I never let you go. Never. Keep dreaming."

Kemudian, Mikhail mencium dahi aku.

Hi! Rindu? Miss you too!

Jangan lupa vote ok?

Crashed Glass Where stories live. Discover now