Selesai aku tidurkan Ariana di biliknya, aku menyiapkan diri aku sebelum ke katil. Night routine aku bermula dengan penjagaan wajah. Daripada mencuci muka, sehingga memakai pelembap wajah pada kulit mukaku. Lotion yang yang bau floral aku pakai diseluruh tubuh badan.
Aku baringkan badan aku ke atas katil sambil memikirkan apa yang terjadi kepada aku selama ini. Tanpa aku sedar, aku terlelap ketika memikirkan nasib aku yang tidak berapa baik ini.
-
Aku terjaga apabila aku merasakan ada seseorang yang mengusap tepi pinggang aku dan ubun-ubunku dicium. Aku tidak bergerak kerana aku kenal bau itu. Aku juga rindu dia. Aku rindukan belaian daripada dia. Biarlah aku pura-pura tidur dan keadaan ini dapat aku rasai. Mungkin selepas ini, sudah tak ada...
Dia membisikkan sesuatu sewaktu dia mengusap kepala aku,
"Terima kasih lahirkan Ariana untuk aku." Setelah itu, dahi aku diciumnya pula. Mata aku sudah bertakung dengan air mata. Badan aku juga menggigil menahan esakan.
"Mikhail... ceraikan saya." Dia menghiraukan permintaan aku bahkan dia mengetatkan lagi pelukannya pada pinggang aku. Dia menarik bahu aku untuk kalih menghadapnya.
Jarinya naik menyentuh wajahku dan mengusap air mata aku yang mengalir.
"Aku tak akan ceraikan kau Del." Lembut dia menuturkan kata kata itu di hadapan wajah aku. Haq Mikhail malam itu, sangat lain. Loving & gentleman.
Bibirnya seinci lagi ingin menyentuh bibir aku.
"Tetapi awak tak cintakan saya. Awak ada Katriana."
"I will try." Serentak itu, bibirnya menyentuh bibir aku. Kelembutan dan kemanisan bibirnya menjadikan aku khayal di bawah belaiannya.
Akhirnya, malam itu aku tersungkur lagi di bawah cinta si raja yang mengetuai hatiku. Dia yang sentiasa menjadi teragung dalam hati aku. Tiada lagi sentuhannya yang kasar bahkan malam itu sentuhannya penuh kelembutan yang mendamaikan. Haq Mikhail yang sentiasa membuat aku breathless, senseless..
Break my heart. Break it a thousand times if you like. It was only ever yours to break anyway.
-
Cahaya matahari masuk menerombosi bilik tidur aku. Aku rasa ada gegaran di atas katil aku, seperti orang melompat. Apabila aku cuba mencelikkan mata aku, Ariana sedang melompat di atas katil aku dan tangan Haq Mikhail elok melingkar di pinggang aku.Kejadian malam tadi membuatkan aku benci dengan diri aku. Kenapa dengan mudahnya aku jatuh dalam pelukan dia?
Aku merengus geram melihat Haq Mikhail di sisi. Tangannya dia pinggang aku, aku tolak kuat. Ariana pulak sudah elok duduk di antara aku dan Haq Mikhail.
Aku lihat Ariana memicit pipi ayahnya yang sedang tidur. Haq Mikhail masih belum bangun. Jadi, Ariana mencubit pula ketulan ketulan pada perut Haq Mikhail.
"Good morning, beautiful." Aku tidak tahu sapaan itu kepada siapa. Aku ka? Eh tiber.. dekat anak dia mungkin.
"Why you slept beside my Mummy?" Haq Mikhail tersengih. Aku pula sudah bangun bersama comforter melilit badan aku menuju ke tandas. Mujur Haq Mikhail sudah memakai boxer.
"Because I'm your Mummy's husband. Also, your father!" Ariana menjerit kegirangan apabila mengetahui Haq Mikhail ialah ayahnya.
"Call me Papa ok after this."
"Ok Papa! Yay I have Papa!"
"Eh, but Mummy said before this my Papa was died in car accident." Ariana mengetuk jari kecilnya pada dagu sambil memikirkan adakah aku tipu dirinya.
Aku sukar untuk meneguk air liur apabila mendengar Ariana jujur sebegitu. Haq Mikhail pula mengalihkan matanya memandang aku yang masih berdiri memerhati mereka berdua di hadapan bilik mandi. Matanya tajam menikam aku.
Aku melulu masuk ke dalam bilik mandi.
-
"You smells so good, hm..." Aku tersentak apabila ada tangan yang sasa melingkar di pinggangku. Sunscreen yang aku taruh di jari sudah meleleh mencecah lantai. Aku menstabilkan diri aku semula dan mula memakai sunscreen pada wajahku.Aku menolak tangannya di pinggang aku dan ingin keluar dari bilik ini. Tidak mahu lagi berdua dengan dia. Ariana mungkin sudah turun mencari sarapan pagi.
"Hey, tunggu aku. Turun sekali." Itu bukan permintaan, tetapi arahan. Dia menarik aku masuk semula ke dalam bilik dan menolak aku lembut duduk atas katil.
"Jangan berani nak turun." Mata aku menjeling dia yang masih memandang aku. Ah! Benci. Tak suka la diarahkan macam ini.
-
Apabila aku dan dia turun ke bawah, persis pasangan bahagia. Kononnya! Tangannya menggenggam erat tangan aku. Aku juga membiarkan tangannya menggenggam tangan aku sewaktu berjalan bersama. Kepuraan!
"Morning Sha! Haq!" Mama menyapa kami dengan gembira, bersama senyuman yang melebar. Mungkin bahagia melihat aku berlakon gembira bersama lelaki ini.
"Morning Mama." Haq menjawab. Aku memutarkan bola mata aku ke atas. Menyampah! Lelaki ini pijak semut pun tak mati bila depan orang..
Aku tidak mempeduli apa yang dibicarakan mereka berdua di meja makan. Aku terus masuk ke dapur dan menyiapkan susu Ariana sebelum aku berangkat ke pejabat.
Oh, cakap pasal pejabat, aku tidak tahu Haq Mikhail macam mana. Mungkin dia balik semula ke rumahnya, tak pun hilang je terus. Dia tidak membawa baju ke rumah aku. Lantaklah, kenapa kita kena cakap tentang dia? Huh!
"Sayang..." Aku memanggil Ariana dari dapur. Tiada yang menyahut. Mana pulak budak kecik ni..
"Sayang!" Suara aku lebih kuat daripada tadi memanggil Ariana untuk mengambil botol susunya.
"Yes baby..." Suara garau itu menyahut aku. Sejak bila dia masuk dapur ni?
Setapak aku mahu keluar dari ruang dapur ini, hidung aku bersentuhan dengan pipinya. Rapat!
Aku membundarkan mata aku apabila dia sewenang-wenangnya mencium pipi aku. Pervert! Aku tidak mahu bercakap dengan dia. Jadi, aku tolak dada bidangnya menjauhi diriku.
Haq Mikhail tersenyum sinis, aku menolaknya kuat tetapi tidak bergerak. Dasar batu! Malahan, dia mendekati aku
"Too soft, baby." Matanya melihat aku atas bawah. Huh, he undressed me with his eyes?
"Cantik sangat isteri aku ni bila pakai tudung." Dia menggumam sendirian. Isteri aku? Did he just said that, my wife? Hati aku menjerit suka. Aku mendehem perlahan untuk meredakan nafsu gembira aku.
Tangannya mengusap pipi aku, seterusnya kepala aku yang berlapik shawl cotton lilac. Aku pula merenung matanya yang masih lagi merenung aku. Through his eyes, I see.... nothing. He doesn't loves me.
"Can you just let me go?" Aku mula bersuara kerana dia merenung aku lama sehingga susu Ariana menjadi suam.
"Told you already, I never..."
"Saya nak bagi susu dekat Ariana. Lepaslah. Nanti anak saya lapar." Haq Mikhail tergelak kecil menampakkan susunan giginya yang cantik.
Oh, I love his smile. Intoxicating and sexy...
--
makin lama macam makin mengarut kan, tapi apa apa pun vote.
YOU ARE READING
Crashed Glass
Romance"I tak pernah minta pun la untuk jatuh cinta dengan you! Tapi hati I ni yang degil nak jatuh cinta dengan you. Bullshit!" Bodoh! Aku menyesal. Perasaan apa ni sampai aku sendiri yang hancur? Adakah ini semua salah aku? Salah aku untuk jatuh cinta d...