HAQ MIKHAIL
"Sayang!" Aku tersedar daripada lamunan aku yang asyik memikirkan Delisha dan budak itu. Siapa budak itu? Kenapa dia panggil Delisha Mommy? Delisha curang dengan dia ke?
Pelbagai pertanyaan timbul di dalam fikiran aku. I need to know the answer.
"Ya, maaf. Kat, you makan seorang harini boleh? I pening kepala pulak." Katriana memasamkan wajahnya. Aku tidak dapat meneruskan temujanji aku dengan Katriana malam ini. Aku perlu mengikut kenderaan Delisha tadi.
"You nak tinggal I sorang? Sampainya hati you!"
"Sorry Kat. Esok kita keluar lagi, okay?" Aku meninggalkan Katriana yang menahan amarah. Lantaklah, esok boleh pujuk. Delisha, susah nak pujuk!
Aku menghidupkan enjin kereta dan memandu dengan laju mencari kereta yang dipandu oleh Delisha, Mercedes AMG-C Class Coupé.
Found you, baby!
Aku mengikuti kereta yang dipandunya rapat. Aku tidak mahu hilang jejak Delisha lagi. Dia tinggalkan aku empat tahun. Sekaligus, banyak persoalan yang timbul apabila aku melihat budak itu.
She looks like me.
Anak aku ke?
Aku tersentak apabila soalan itu timbul di minda. Sebelum Delisha tinggalkan aku, aku bersama dengan dia dua kali. Tidak mustahil dia mengandung selepas itu.
Aku tidak tahu aku perlu rasa apa. Marah mungkin kerana Delisha tidak pernah memberitahu aku, bahagia juga ya kerana aku sudah menjadi bapa. Tapi, aku tak pasti perasaan aku terhadap Delisha...
Aku cemburu apabila aku melihat dia datang ke rumah Shah dengan pakaian yang begitu. Terlalu cantik dan seksi. Apabila aku melihat dia melangkah ke arah aku dan Katina, dengan sengaja aku menarik Katrina untuk mencium aku. Selepas itu, aku melihat jalannya tidak stabil, sah dia mabuk.
Awalnya niat aku hanya mahu tolong hantar dia ke rumah, tetapi dia dibawah pengaruh pil khayal mungkin, aku tergoda setiap kali dia mendesah menyuruh aku menyentuhnya. Dan malam itu, Delisha Arwani aku punya.
Dia cantik sehinggakan aku rasa aku tidak layak untuk berdiri di sampingnya. Dia terlalu berkuasa apabila dia dengan aku. Aku selalu tersungkur di bawah panahan matanya yang nakal meskipun riak wajah aku tidak menunjukkan sebegitu. Dia sering menghadirkan rasa gemuruh di dalam diri aku bila berhadapan dengan dirinya.
Apabila dia tinggalkan aku 4 tahun yang lalu, hidup aku rasa kosong. Tiada lagi suara nakal yang mengacau aku. Tiada lagi usikan nakal yang mampu membuat aku hilang nafas. Aku rindu.... tapi aku tak cintakan dia, aku pasti akan itu.
Aku cintakan Katriana. Aku bercadang untuk berkahwin dengan dia bulan depan, tapi selepas aku terserempak dengan Delisha kelmarin aku menjadi.. tak tahu. Aku tak tahu apa yang aku rasa.
Mercedes AMG-C Class Coupé itu memasuki sebuah rumah yang sangat besar dan moden. Aku rasa aku familiar dengan rumah ini. Aku cuba mengingati rumah ini, gotcha!
Rumah Dato' Darmin. Kecilnya dunia, rakan perniagaan ayah ialah bapa mertuaku.
Aku turun daripada kereta, melulu masuk ke dalam rumah besar itu sebelum pintu pagar sepenuhnya tertutup.
"Delisha Arwani!" Aku memanggil Delisha yang baru sahaja keluar dari isi kereta bersama budak itu.
"What the hell! Apa masalah awak masuk rumah saya ni?" Riaknya terkejut melihat aku di halaman rumah ibu bapanya. Yala, aku main masuk aje tadi.
"I want you to tell me everything." Aku menghiraukan pertanyaannya. Masalah aku, adalah dia.
"There's nothing to tell you Encik Haq Mikhail! Now, leave." Budak kecil itu terkebil-kebil matanya melihat Delisha menengking aku. Wajahnya kelihatan seperti mahu menangis, mungkin terkejut melihat Delisha yang baru sahaja menguatkan suara.
"Mommy don't scold. Mommy said it's bad." Delisha memandang budak itu dengan penuh kasih. Dia mengusap wajah budak itu dan menariknya ke dalam pelukan.
"Sorry Ariana, Mommy promise, won't do it again." Delisha menjeling aku yang masih lagi berdiri di situ. Tidak menginjak satu langkah pun.
DELISHA ARWANI
Haq Mikhail melangkah ke hadapan mendekati aku dan Ariana.
"Ariana anak aku kan Del?" Aku senyum sinis.
"Ariana anak I sorang. Bukan anak siapa siapa!" Baru aku mahu mengangkat kaki pergi dari situ. Tangan dia kemas mencengkam lenganku. Sakit. Tapi tak sesakit hati aku.
"Oh, fuck with the devil and you get Ariana?"
"Whatever Mikhail. I don't care whatever you want to say. " Aku mendukung Ariana untuk masuk ke dalam rumah tetapi cahaya dari pintu pagar membuatkan aku menghentikan langkah aku.
Papa dan Mama dah balik...
"Hey sexy! What's your full name?" Dia cuba menyentuh Ariana yang berada di dalam dukungan aku tapi aku menjauhkan Ariana darinya. Papa cepatlah turun...
"Ayiana Yose Aq Mikayil." Membuntang mata aku mendengarkan jawapan Ariana. Haq Mikhail juga terkejut mendengar Ariana. Tidak tunggu lama, aku terus berlalu pergi ke arah Papa dan Mama.
Papa terkejut melihat seorang lelaki di hadapan rumahnya. Tidak pernah dia ada anak lelaki tetiba harini ada, eh!
"Is that Haq Mikhail, Del?" Aku mengangguk sambil menahan air mata aku daripada mengalir. Aku tidak mahu dia tahu tentang Ariana. Aku takut dia mengambil Ariana daripada aku. Aku yang melahirkan Ariana, aku yang membesarkan Ariana.
Papa tarik aku masuk ke dalam pelukannya. Ariana juga tersepit diantara pelukan Papa dan aku.
"Kamu, Haq Mikhail?" Mama mengujarkan soalan kepada Haq Mikhail yang kaku berdiri setelah mendengar jawapan Ariana tadi. Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Jadi, kamulah menantu Mama." Dia hanya senyum segan. Mama memegang bahu dia,
"Anak Mama tu dah cukup terluka. Kalau kamu dah tak sayang dia, kamu boleh ceraikan dia. Mama dengan Papa masih ada."
Aku tahu mama dan papa tidak marah kerana mereka kata takdir tuhan ialah yang terindah. Papa melonggarkan pelukan dan juga mendekati dia.
"Ya betul tu Haq. Saya.. eh Papa ada dengan Mama kalau kamu mahu lepaskan Delisha. Kami tidak marah, jangan risau." Haq Mikhail menggeleng dan membalas senyuman mama dan papa.
Ah! Menjengkelkan. Buat baik pulak.
"Haq tak akan ceraikan Del. Del sampai bila-bila isteri Haq." Darah aku menggelegak di dalam tubuh aku. Marah dan sedih! Ariana yang berada di dalam pelukan aku, merengek apabila aku mengetatkan pelukan. Kekuatan aku...
Dengan lebatnya hujan turun membasahi bumi. Tuhan menurunkan hujan untuk menutupi kesedihan yang aku alami. Sekaligus, air mata aku mengalir laju.
Aku terus masuk ke dalam rumah bersama Ariana di dalam pelukan. Aku tidak tahu apa yang berlaku di luar. Di antara Papa, Mama dan Haq Mikhail. Aku terus membawa Ariana mandi dan menukarkan bajunya. Risau jika hujan itu berasid, demam pula nanti.
--
Voteeee oki. Tak vote maleh dahla update
YOU ARE READING
Crashed Glass
Romance"I tak pernah minta pun la untuk jatuh cinta dengan you! Tapi hati I ni yang degil nak jatuh cinta dengan you. Bullshit!" Bodoh! Aku menyesal. Perasaan apa ni sampai aku sendiri yang hancur? Adakah ini semua salah aku? Salah aku untuk jatuh cinta d...