[PART 39] Hari ketiga di bumi Melaka

43 3 0
                                    


Tak sangka ramalan tu betul, fikir hati Faiz.


4 orang Major Arkana berada di Melaka pada waktu yang sama.


Baru 3 hari Haikal 'mendarat' di Melaka dah jadi huru-hara macam ni. Kampung terbakar. Mayat bergelimpangan. Dua ahli Senado da Camara (yang sepatutnya sahabat karib) berlaga senjata.


Muncul pula makhluk-makhluk pelik; gajah yang boleh bercakap dan manusia yang berkepala kambing. Sudah bertahun-tahun Faiz duduk di Melaka kurun ke-16, inilah pertama kalinya Faiz melihat seekor gajah bercakap menggunakan bahasa Melayu moden, dan seorang manusia ada kepala kambing! Pakai baju tuksedo pula tu!


Baru 3 hari Haikal ada di Melaka.


Pertama kali Faiz nampak wajah Haikal di Kota Melaka 2 hari lepas, Faiz terlebih teruja. Sampai terlepas cakap pasal Epal Hitam, di jalan awam!


Ya, itulah titik permulaan, yang akhirnya membawa kepada huru-hara ini. Faiz terpaksa terima hakikat, yang dialah punca huru-hara ni. Dia sudah melakukan satu kesilapan bodoh. Terdedah terus rahsia yang Epal Hitam ada di bumi Melaka.


Selepas itu mulalah, Pedro de Escobar ada rancangan sendiri dan dengan terang-terangnya dia mengabaikan kesemua permintaan Dona Katarina, orang-orang Melayu diketuai Bayu Merah masuk menceroboh Kota Melaka sewenang-wenangnya di siang hari, dan ada juga yang cucuk hasut Excelência untuk hantar tentera Portugis ke Tanjung Pasir untuk membakar kampung-kampung Melayu, atas alasan nak cetuskan perang besar, supaya lebih ramai tentera Portugis dihantar ke Nusantara.


Oh ya, tiba-tiba nama Dewi keluar. Beratus-ratus tahun Dewa dan Dewi tidur, dan hari ini Faiz dengar dari mulut Pedro de Escobar yang Dewi nak culik Haikal untuk ditukarkan dengan Epal Hitam. 


Mustahil. Dewa dan Dewi tidak mungkin terjaga.


Tiada siapa yang boleh bangkitkan Dewa-Dewi dari tidur beratus tahun. 13 orang legenda bermati-matian sehingga akhirnya kesemua Dewa dan Dewi yang berada di dunia ini ditidurkan; untuk mengelakkan kemusnahan manusia.


Dan 13 orang legenda ini sudah bersumpah, sampai bila-bila pun, mereka akan terus memastikan agar tiada satu pun Dewa atau Dewi bangkit dari tidur mereka.


Kalau Dewa dan Dewi mula bangkit dari tidur mereka, habislah manusia. Habislah dunia ini.


"Jadi kau pengikut Dewi? Wahai manusia kepala kambing, kau ke yang senyap-senyap hasut Excelência? Huru-hara ni rancangan kau? Kau ada di sini sebab kau nak bebaskan Dewi Gunung Ledang?" tanya Faiz.


Tidak sempat Lelaki Kepala Kambing jawab, de Castro menempik, "Hey Faiz! Tiada siapa hasut Excelência! Kau sebagai ahli Senado da Camara patut faham, lambat laun kita kena hapuskan penempatan Melayu di Tanjung Pasir ni!  Mereka ni ancaman! Kalau kita tak hapuskan mereka hari ni, apa bezanya kalau kita hapuskan mereka esok?!"


Faiz tunjuk Lelaki Kepala Kambing, sambil jerit pada Martim Afonso de Castro, "Tengok Kepala Kambing ni, dia orang Dewi! Kau Kristian kan? Kau tahu Kepala Kambing ni sembah apa? Sembah Dewi Pagan!"


"Jadi kenapa? Kau pun bukan anut Kristian!" balas Martin Afonso de Castro.


HAHAHA gaduhlah, makin kau buang masa bergaduh di sini, makin hancur kampung Melayu ni, fikir hati Lelaki Kepala Kambing.







Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now