[PART 13] Asal bahasa adalah satu, asal sumpahan pula datangnya dari sebiji epal

152 12 7
                                    


Bukit Cina, Melaka.... 7 Mac 1588


Pada masa itu tiada siapa sedar kehadiran seorang lelaki misteri. Dia mempunyai kepala yang sangat aneh. Lelaki itu berkepala kambing. Dan dia kelihatan segak memakai tuksedo.


Lalu lelaki berkepala kambing ini mula berbisik perlahan, "Di atas muka bumi yang sedang kupijak ini, dan di bumi yang sedang melihat kami, kembalilah ke asalnya, ke asal bahasa adalah satu, agar kami saling memahami satu sama lain, biar apapun perkataan yang kami guna."


Kedua tapak tangannya dirapatkan, "Amin."


~+~+~+~+~+~+~+~


Greenwich, London.... 7 Mac 1588


Pukul 2 pagi di Greenwich, ketika orang lain sedang tidur, seorang gadis masih ligat mencatat nota dan meneliti skrol yang banyak berlonggok di atas mejanya. Wajahnya tenang sahaja ketika meneliti setiap skrol yang ada, dan dia juga tidak rasa sejuk (gadis ini memakai gaun malam yang nipis).


Tiba-tiba pintu bilik tidurnya diketuk.


Masuk seorang lelaki English Royal Navy, terus melutut di hadapan gadis tadi. Gadis tadi tidak mempedulikannya, terus menelaah skrol sehinggalah lelaki Navy tadi berdehem.


"Cakap je, saya dengar ni," kata gadis tadi.


"Lady Ireton, salah seorang agen kita telah mengejar musuh sehingga ke Melaka," kata lelaki Navy tadi.


"Jadi?" tanya gadis bernama Lady Ireton tadi. Matanya masih pada skrol.


"Di Melaka, dia temui satu berita yang patut milady tahu."


Lady Ireton senyap seketika, akhirnya bertanya, "Siapa agen kita di Melaka tu?"


"Ralph Fitch," jawab lelaki Navy tadi.


"Apa beritanya?" tanya Lady Ireton.


"Milady tak nak tahu siapa musuh yang Ralphy kejar?"


"Saya tahu siapa musuh saya, jadi apa berita yang saya patut tahu tu?" tanya Lady Ireton sambil mengerutkan dahinya. Matanya masih pada skrol.


"Musuh kita ialah orang-orang Asheeramis..." lelaki Navy tadi menjawab sambil tersenyum lebar, dan tiba-tiba sahaja dia berhenti bercakap apabila Lady Ireton menepuk meja.


"Apa berita yang saya patut tahu?" tanya Lady Ireton dengan suara yang sedikit tinggi nadanya.


Lelaki Navy tadi berhenti tersenyum lalu menjawab, "Di Melaka sekarang ada 4 orang Major Arkana. Hekal Hug Me baru sahaja sampai di Melaka. Jadi ramalan tu dah bermula."


Mata Lady Ireton masih fokus meneliti skrol di tangannya. Reaksi wajahnya tenang, langsung tidak terkesan dengan berita tadi.

Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now