[PART 8] Selamat Datang ke Tahun 1588 Masihi

147 9 2
                                    


Katarina membisu. Kemudian perlahan-lahan Katarina bersuara. Suara manisnya ditenggelami hujan lebat yang sedang membasahi bumi Melaka. Katarina mengulangi kata-katanya tadi sekali lagi, kali ini dengan suara yang lebih kuat.


"Nanti awak jumpa dia... Saya pasti dia boleh terangkan pada awak dengan lebih baik."


"Apa?! I don't care! I want to go home!" jerit Haikal.


"Awak... nanti awak jumpa dia, dia kawan awak, dia juga datang dari 400 tahun zaman akan datang. Awak kenal dia. Dia kenal awak. Dia boleh terangkan pada awak dengan lebih baik," kata Katarina dengan suara yang kuat, cuba melawan bunyi hujan.


Haikal ternganga, "Siapa?" Ya, siapa dia, kawan yang datang dari zaman akan datang, yang sama-sama terperangkap di zaman Melaka lama ni? Ada orang lain selain dia! Orang yang dia kenal! Siapa?


Haikal pegang kedua-dua bahu Katarina. "Siapa?!! Kenapa dia... macam mana... wait wait... bila? Bila dia sampai sini?!! Siapa dia?! Dia ada cakap apa-apa tentang cara nak balik ke zaman kiteorang?" bertubi-tubi Haikal tanya sambil menggoncang badan Katarina.


Katarina membisu.


"Awak! Ada tak dia cakap cara nak balik ke zaman akan datang?! Ada tak?!! Saya tanya ni! Hey, dengar tak, ada tak dia plan untuk balik ke zaman akan datang?!!" jerit Haikal.


Katarina menjawab perlahan, "Ada... tapi..."


Tiba-tiba, di atas jalan lurus yang sama, berhampiran mereka berdua, muncul sekumpulan lelaki tegap berjalan menghampiri mereka berdua. Hujan perlahan-lahan reda. Anehnya, dalam sekumpulan lelaki Portugis ini, ada seorang lelaki Melayu berambut ikal dengan gaya baju yang sama dengan lelaki Portugis yang lain. Lelaki Melayu ini kelihatan ceria dan bersemangat apabila melihat Haikal.


Hujan berhenti.


Lelaki Melayu ini berlari ke arah Haikal lalu menjerit dengan ceria, "Haikal!!!! Wah, kau ada kat sini!! Wah!!"


"Faiz? Kau ke?! Kau ada kat sini... jadi... jadi... kau... " Haikal ternganga. 


"Haikal! My man! Hehehe... my man, bena aki, bena aki, mari, kau mesti suka duduk kat sini. Best wo! Huhu cuba..."


"SUKA DUDUK SINI? AKU NAK BALIKLAH BODOH!!" jerit Haikal.


Faiz terkejut, "Kenapa ni? Kau baru saje sampai sini kan? Apa kata kau du..."


Tidak sempat Faiz menghabiskan ayatnya, Haikal menumbuknya sekuat hati. Tumbukan demi tumbukan.


"Suka?!!! Suka?!! Suka kepala bana kau!!! Aku nak balik rumah aku!! Aku nak life aku balik!!"


Lelaki-lelaki Portugis yang datang bersama Faiz tadi berlari untuk masuk campur, tetapi apabila mereka ditenung tajam Katarina, mereka menghentikan langkah mereka, melihat sahaja Faiz ditumbuk tanpa henti.


Faiz memejamkan matanya, jarinya digenggam membentuk penumbuk, lalu perlahan-lahan dia membuka jari telunjuknya lalu menunjuk ke arah dada Haikal. Tiba-tiba Haikal berhenti mengasak Faiz. Mukanya pucat. Suara tersekat. Kemudian dia menggelumpur di atas tanah. Jari Haikal mencakar-cakar dadanya sendiri.


Faiz bangun perlahan-lahan, kemudian memegang kepala Haikal dengan kemas, dia membisik sesuatu pada telinga Haikal.


"Selamat datang ke tahun 1588 Masihi, kau tak duduk tenang kat sini, aku biarkan kau mati kat sini. Faham? Sekarang apa kata kau duduk diam."


"Fu.... you..." kata Haikal, dengan semput.


 Faiz mengeluh lalu mengepal penumbuk.


"Tido!!" Tumbukan padu dari Faiz, tepat di dahi Haikal.


Setelah mendiamkan Haikal, Faiz mendongak melihat langit mendung sambil mengeluh panjang. Dia kemudian melihat wajah Haikal yang sudah pengsan... dan termenung lama... sebelum bersuara...


"Haikal dah sampai Katarina. 4 Major Arkana dah berkumpul kat sini Katarina... Ramalan tentang malapetaka tu benar-benar berlaku sekarang. Kemusnahan manusia dah bermula."






Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now