[PART 29] Bani Mim

92 6 0
                                    


Ujong Pasir, Melaka... 8 Mac 1588


Haikal dan Augustus baru sahaja melintasi kawasan paya, meredah sungai Air Leleh dan berjalan merentasi estet pokok kelapa yang agak luas kawasan nya. Adventure sungguh, kata hati Haikal.


Sekarang dia dan Augustus sedang terhendap-hendap di sebalik rumpun buluh, melihat ke arah kampung. Tak banyak rumah di kawasan hujung kampung ni. Ada sebuah-dua rumah sahaja.


Rumah di sini, beratapkan daun nipah, berdinding buluh, dan dibina di atas tiang, tiang tebal, seolah olah kayu balak, atau kayu pokok getah.


"Itu kayu pokok nibong. Batang nibong, itu yang orang sini panggil," kata Augustus. "Orang sini tak buat rumah dari struktur batu sebab sini kawasan yang selalu berperang, pakai bahan semulajadi lebih murah dan lebih cepat cabut dan pasang."


Haikal tenung tajam wajah Augustus beberapa saat. Dia tak rasa dia ada minta komentar dari Augustus. Kemudian Haikal kembali memerhatikan keadaan sekeliling.


Kawasan sini nampaknya sunyi, tiada kelibat seorang manusia pun. Boleh sahaja kalau si Augustus ni nak menyelinap masuk ke kampung ini dan ambil barang-barang dia.


"Sini je yang sunyi, tapi kalau masuk ke dalam lagi, ramai je orang Melayu kat kampung tu. Hulubalang Melayu selalu meronda keliling kampung. Barang aku ada kat dalam kampung tu, kamu kena masuk lagi dalam," jelas Augustus.


"Nanti kejap Augustus. Kenapa kita terhendap-hendap kat 'hujung' kampung ni?" tanya Haikal, sambil berkerut dahi.


"Sebab taknak kantoi?" soal Augustus balik, dia rasa aneh dengan soalan Haikal.


"Kau kata aku ni orang Melayu, dan dorang takde masalah dengan orang Melayu macam aku. Dorang tak kasi engkau tu datang sini, kan?"


"Ya, betul," jawab Augustus.


"Then kenapa kau ikut aku? Kenapa aku kena menyorok macam pencuri pula?" tanya Haikal, masih berkerut dahi.


"Shh.. sshh.." kata Augustus sambil menekan jari telunjuknya pada bibir Haikal.


"Apa sshh sshh?! Ko jangan ikut..."


Augustus mencelah kata-kata Haikal, "Barang aku tu dalam 5 kotak, bawa balik 5 kotak tu, aku bagi kamu pil ajaib tu. Aku teman kamu sampai sini je. Kita jumpa di Hilir nanti, di pintu De Santiago. Deal?"


"Okay, deal..." kata Haikal perlahan, sambil menyambut salam tangan Augustus.


Maka Haikal pun melangkah masuk ke dalam kampung Melayu di Melaka. Kampung Tanjung Pasir.


Memang sunyi, tiada orang langsung di sini.


Haikal terus memerhati sekeliling, terutama di kawasan pesisir pantai, yang penuh dengan sampan-sampan, bot nelayan, jala-jala, bubu, jeti pengkalan untuk sampan berlabuh, lumpur, ikan kering yang sedang dijemur... tapi langsung tidak ada kelibat seorang manusia pun.


Akhirnya Haikal jumpa juga 5 kotak kayu saiz semeter yang disusun cantik berbaris. Haikal cuba angkat satu kotak.


"Fucker berat gila...Buto apa dia suruh aku bawa balik 5 kotak ni sorang-sorang!" marah Haikal.


"Jadi, ni barang-barang kamu?" tanya sekumpulan lelaki Melayu, masing-masing memegang tombak.


Haikal pucat. Bila masa kesemua lelaki-lelaki ini tiba-tiba muncul di belakang dia?


"Uteh! Ini ke lelaki yang Andak kejar hari tu?" jerit salah seorang lelaki Melayu ini.


Uteh pun keluar dari salah satu rumah, mulutnya penuh, dia sedang mengunyah kuih. Sebaik sahaja dia nampak Haikal, dia terus tersenyum.


"Bawa dia balik jumpa Tuanku," kata Uteh.









Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now