[PART 49] Sang gajah bermata satu

45 4 0
                                    


"Aku dapat rasa... Kepala Kambing ni sangat kuat. Sayangnya... kekuatan aku dalam badan gajah ni sangat terhad," rungut Sang Gajah yang kini bermata satu.


"Kalaulah aku dalam badan sebenar aku, tak jadi masalah... Sayang sekali..."


"EHH?!"


"EHH?!! Ini betul-betul bukan badan sebenar kau?" teriak Faiz, terkejut.


Sang Gajah merenung wajah Faiz, lalu membalas, "Kau... serius? Kau serius tak cam aku? Jadi kau memang tak tahu aku ni siapa?! Dari tadi?!!"


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Faiz angguk perlahan-lahan kepalanya lalu menjawab, "Jujur, aku betul-betul tak tahu kau ni siapa. Tapi... rancangan kau nak selamatkan Melaka, nak elakkan Melaka dari perang besar..."


"Maknanya matlamat kita sama. Jadi... kita bukan musuh setakat ni."


"Beza dengan Si Kepala Kambing ni. Dia betul-betul mencurigakan. Penyembah Dewi pula tu," jelas Si Faiz.


Si Kepala Kambing sudah sedar, tetapi dia biarkan dirinya terbaring. Dia sedang mengumpulkan tenaga.


"Nampak tak? Si Kambing ni kumpul tenaga. Kalau kau boleh nampak tenaga dia, kau boleh tahu yang kau seorang tak boleh lawan dia. Aku dalam badan gajah ni pun boleh tak boleh lawan dia," kata Sang Gajah.


"Uih... habis macam mana ni? Kita kena lari ke?" soal Faiz dengan mulut ternganga.


"HAHAHAHA," Sang Gajah ketawa.


Kerut dahi Faiz. Aneh sungguh rasa hati ini bila melihat gelagat seekor gajah ketawa terbahak-bahak macam seorang manusia.


"HAHAHAHA! Kenapa lari? Bertenanglah. Nak risau apa. Katarina kan ada," kata Sang Gajah.


"Aku dapat rasa kehadiran Katarina. Perempuan tu. Kalau dia sampai sini nanti, kita dua boleh rehat duduk tepi. HAHAHAHA."


"Selepas semua ni selesai, selepas serangan Portugis ni tamat, aku pastikan aku habiskan seharian masa aku untuk ceramahkan dia, KENAPA DIA BOLEH GAGAL JELASKAN KEMAMPUAN SETIAP 9 ORANG TUA..." 


Rungutan Sang Gajah terhenti apabila Faiz mencelah, "EHH? Gajah, kau salah seorang dari 9 Orang Tua Misteri?"


"YE LAH! KAU BARU SEDAR SEKARANG? SIAPA LAGI BOLEH MASUK KE DALAM TUBUH MAKHLUK LAIN? YE, AKU SEORANG! AKU LORD MORGAN!!" teriak Sang Gajah.


Faiz tersenyum lebar, air mata rindu tiba-tiba mengalir keluar dari hujung matanya.


"Ah, si arhat. Captain kesukaan aku. Aku dah ingat sikit pasal kau. Aku dapat rasa aku rindukan kau... si arhat palsu, Captain Morgan. Hahahaha," tawa Faiz. Ketawa riang bercampur rindu.


"Dapat rasa eh? Kalau rindu katakan rindu, jangan rasa-rasa. HAHAHAHAHA," tawa Sang Gajah bersama-sama Si Faiz.


Berdentum kepala Sang Gajah ditendang tiba-tiba Si Kambing, lalu tubuh Sang Gajah yang besar itu melambung tinggi ke udara. Walaupun terkejut, kaki Faiz sempat menguis pasir ke arah mata Si Kambing. Si Kambing berguling di atas tanah, pedih kerana pasir masuk mata.


Sang Gajah mendarat di atas tanah. Dentuman kuat terhasil. Lalu dengan tolakan keempat-empat kakinya, Sang Gajah meluru laju ke arah Si Kambing. Dan dengan sekali hayun, belalai Sang Gajah menghentam tubuh Si Kambing.


Si Kambing melambung jauh, dan kemudiannya jatuh ke tanah berguling-guling.


"Kau okay?" soal Faiz.


"Ah tentulah tak. Rasa sakit juga, walaupun ini bukan badan aku," jawab Sang Gajah.


"Apa kata kita cuba kalahkan dia, sama-sama, tanpa perlu tunggu Katarina," kata Faiz.


"Mustahil," balas Sang Gajah.


"Kenapa mustahil?" soal Faiz.


"Cuba kau tengok Kambing ni betul-betul. Guna deria kau. Kau perasan tak?" soal balas Sang Gajah.


"Perasan apa?"


"Dia perlahan-lahan berubah menjadi seorang Dewi. Dia sedang menyeru Dewi Matahari untuk masuk ke dalam tubuh dia. Selepas dia mati, kita bukan lagi melawan seorang Manusia Berkepala Kambing..." jelas Sang Gajah.


"Kita sebenarnya sedang berdepan dengan seorang Dewi. Dewi Matahari. ASHEERAMIS."






Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now