[PART 12] Quem tem fortuna fikah na Malaka

142 12 0
                                    


"Hahaha, menyampah pula aku dengar ko 'hah' banyak kali ni. Macam ni, apa yang ko nak heran? Katarina suka kau, dia percayakan kau. Kau pun nampak kan? Jadi, ambil lah peluang ni, kau pergi date dengan dia, ngorat dia, ambil hati dia, selepas tu kau ikut dia balik rumah. Bila kau dah berjaya masuk rumah Katarina, kau pergi masuk bilik tidur dia, selepas tu kau buka kotak ni."


Faiz memunculkan sebuah peti gangsa di atas tapak tangannya, "Haikal, cuma kau saje yang boleh masuk bilik tidur Katarina. Katarina tak percayakan orang lain. Aku tak boleh nak masuk bilik tidur dia, dia sangat berwaspada, sangat berhati-hati. Aku nak dekat dengan pintu bilik dia pun aku tak mampu. Tapi kau boleh, sebab Katarina sayang kau, Katarina percayakan kau."


Haikal menggeleng kepala berulang kali, "No no no no no no. Aku takkan hancurkan kepercayaan orang kat aku sesenang ni. Aku taknak buat."


"Ko taknak balik?" tanya Faiz.


"Wait jap! Wait! Kenapa aku pula? Maksud aku, tadi kau cakap kau dah masuk bilik dia kan? Yang kau baca diari dia tu, bukan kau jumpa diari tu dalam bilik dia ke?! Apehal kau tak buka kotak ni kat bilik dia masa tu?! Apehal harapkan aku pula?!"


"HAHAHHAHA, itulah sebabnya! Sebab aku dah kantoi masuk bilik dia siap terbaca diari dia, terus aku kena block tak boleh masuk rumah dia dah. Hahaha."


"Haikal.... kau tak rindu tahun 2010 ke? Kau je harapan kita skang. Kita perlukan Epal Hitam tu," Faiz merayu manja.


Haikal tepuk dahinya.


"But still... aku tak boleh khianat dia Faiz... tambah-tambah bila dia percayakan aku sorang je."


Faiz diam, kemudian membalas, "Kalau macam tu lah jawapan kau, aku terpaksa terima hakikat. Alternatif kepada Epal Hitam ialah... teruskan saje hidup di bumi Portugis Melaka ni. Hidup bersama Katarina sampai tua kat Tanah San Francis ni. Lupakan je lah dunia asal kita. Lupakan je tahun 2010."


Akhirnya mereka berdua sampai di hujung kota, kelihatan tembok gergasi Kota Melaka tidak jauh dari mereka berdua. Di hadapan mereka, ada juga tembok tanah liat (kelihatan sangat kerdil jika dibandingkan dengan tembok Kota Melaka) lengkap dengan pintu gerbang kecil.


Apabila berdiri di hadapan pintu gerbang tanah liat ini, Haikal dapat melihat di bahagian dalam terdapat beberapa blok bangunan satu tingkat beratapkan jubin tanah liat dan pokok-pokok kekabu yang memayungi setiap bangunan di dalam kawasan ini.


"Oh Haikal, kita dah sampai. Selamat datang ke Hospital Raja Fortaleza Melaka," Faiz tersenyum.


"Dan kat sini lah nanti kau akan berguru dengan Pedro Escobar, cikgu Alkemi personal khas untuk ajar kau seorang."


"Hah? Ajar apa?"


Faiz ketawa kecil, "Alkemi Haikal, ajar kau Alkemi."







Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now