[PART 51] Kenapa, terkejut?

37 2 0
                                    


Dengan hatinya penuh cemas.


Larian Katarina semakin pantas.


Selepas menyeberangi sungai, Katarina kini semakin hampir dengan Ujung Pasir. Haikal masih tidak kelihatan.


Ujong Pasir, Melaka... 8 Mac 1588


Seorang gadis cantik berambut merah, bermata hijau, dengan seluruh badannya bercahaya terang (secara tak langsung cahaya terang itu menutup susuk tubuhnya yang tidak berpakaian) berdiri angkuh di hadapan Faiz dan Sang Gajah.


"Jadi ini dewi... Dewi Matahari?" kata Faiz. "Morgan, kau pasti kita dua tak boleh tewaskan dia?"


"Mustahil. Kita cuma boleh bertahan. Jangan mati sampailah Katarina datang kat kita," jawab Sang Gajah dengan nada pasrah.


"Tapi si dewi ni tengok je kita dari tadi... Tak buat apa-apa pun," kata Faiz.


"... haramenzen..."  getus suara Dewi Asheera bergema lembut di dalam kepala mereka.


"Uish seram," gumam Faiz, menggigil.


"Itu dia dah bersuara dah tu! Bersedia," celah Sang Gajah.


"... haramenzen..."


"Tapi siapa pula Haramenzen? Kita ke?" soal Faiz.


"Kita lah tu. Dia tengah maki kita."


"Seẖrum wāšib bīt ekletim;

lū tattaṣâm tātamar nūr šamšim~" nyanyian Dewi Asheera.


Cahaya terang muncul sekilas dan belalai Sang Gajah terputus.


"Fuccant! Sakit!!" teriak Sang Gajah.


Faiz menggigil seram melihat muka Sang Gajah yang tiada belalai dan mula berasap. Dan berapi. Api marak menyambar seluruh kepala Sang Gajah.


Sekilas gerakan tangan Faiz, letusan air sejuk menyembur kepala Sang Gajah sekaligus memadam api yang marak tadi.


Walaupun api sudah terpadam, Sang Gajah tetap mundar mandir berpusing setempat menahan kesakitan. Terasa nak mati kerana pedihnya dibakar hidup-hidup.


Dewi Asheera melihat sahaja gelagat Faiz dan Sang Gajah.


"Morgan! Bertahan Morgan. Tahan sakit tu sampai Katarina datang! Fokus kat dewi depan kita ni!" pujuk Faiz, sedikit tinggi suaranya kerana Sang Gajah tidak henti-henti meraung kesakitan.


"Morgan, bertahan! Hei gajah! Hei captain!"


"Ah teruk ni..." rungut Faiz.


"Morgan! Diam weyh!"

Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now