[PART 35] Lux in tenebris

70 2 0
                                    


Faiz sudah tiba di Tanjung Pasir, tapi masih jauh dari kawasan kampung. Dari situ, Faiz sudah dapat dengar jeritan orang kampung. Maknanya dia sudah terlambat, Portugis sudah mula membakar kampung.


Faiz tidak dapat mara kerana dia dihalang. Pedro de Escobar berdiri di depannya.


"Berundur Dom de Escobar. Jangan korbankan nyawa orang yang tak bersalah. Aku merayu ni," kata Faiz dengan tegas. Dia sangat marah, tapi masih mampu bertenang.


Pedro de Escobar membalas, "Kamu buta. Kamu buta. Kamu tidak nampak apa yang Dewi sedang buat."


"Dewi?"


"Ya Dewi, Dom Faiz de Saba. Kamu buta kan? Kamu tidak tahu kah Dewi hampir berjaya menculik Haikal semalam? Jika Dewi berjaya dapat Haikal, bayangkan akibatnya, Katarina diugut untuk tukar Haikal dengan Epal Hitam!" jelas Pedro de Escobar.


"Kau pun tahu pasal Epal Hitam? Wow, rupanya ada orang lain tahu... nanti kejap, macam mana?" tanya Faiz, kehairanan.


Masih kedengaran suara wanita menjerit-jerit ketakutan datang dari arah kampung. Bau asap sudah sampai ke hidung Faiz.


"De Escobar, berundur, aku takde masa..." tegas Faiz sekali lagi.


"Dinding Kota Melaka ada 'telinga' wahai Dom Faiz, kami semua tahu kerana mulut kamu. Kamu sendiri yang pecah rahsia! Epal Hitam ada di tangan Katarina, kami semua tahu sekarang! Terima kasih Dom Faiz, terima kasih!!" balas Pedro de Escobar.


"Aku bagi kau 5 minit, de Escobar, jelaskan, apa kaitan Epal Hitam dan serangan Portugis kat kampung yang tak bersalah ni? Dan kalau aku buta pasal Dewi sekalipun, kenapa kau sengaja lengah-lengahkan, taknak ajar Haikal ilmu Alkemi? Bukan ke kalau Haikal tahu ilmu Alkemi, Haikal dapat pertahankan diri dia, agar tak senang-senang diculik?" tanya Faiz, sambil menggenggam penumbuk menahan marah.


"Kamu fikir, kalau Haikal tahu Alkemi, dia boleh lawan Dewi?" soal de Escobar.


"Tak," jawab Faiz.


"Jadi aku tidak mahu Haikal pandai Alkemi bukan kerana Dewi. Bila aku tahu Epal Hitam ada di tangan Katarina, aku ubah rancangan. Haikal adalah teman hidup Katarina. Haikal ditakdirkan untuk melindungi Katarina. Mengajar Haikal ilmu Alkemi umpama perkara bodoh yang menyulitkan lagi kami untuk mengambil Epal Hitam dari tangan Katarina. Sekarang kamu faham bukan?"


"Dom Escobar... adakah kau bodoh? Kau taknak ajar Haikal ilmu Alkemi sebab taknak dia tolong Katarina? Jadi kau tak takut aku? Kau pandang rendah aku?"


"Sekurang-kurangnya, aku cuma perlu berdepan dengan kamu dan Katarina sahaja, bukan berdepan dengan tiga orang, Haikal, kamu dan Katarina," balas de Escobar.


"Aku dan Katarina sahaja? HAHAHAHAHA!" Faiz ketawa dengan kuat.


"DOM PEDRO DE ESCOBAR. Kau tentu kenal aku siapa bukan? Katarina pun... kau tentu tahu dia tu siapa bukan? 9 Orang Tua mesti dah beritahu pada kau... SIAPA KAMI BERDUA, bukan?" kata Faiz, sambil tersenyum bengis.

Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now