[PART 25] Destruiam et aedificabo

84 8 0
                                    


"Awak, kenapa dia benci takdir dia?" tanya Haikal sekali lagi.


Katarina tersentak. Dia tersengih sedikit. "Saya rasa... saya dah tersalah cakap. Hmm... apa yang awak tahu tentang takdir? Dalam... Islam ada Qada dan Qadar kan? Itu takdir kan?" tanya Katarina.


Haikal merenung lama mata Katarina, sehingga Katarina rasa malu tersipu-sipu. 


Katarina mengalihkan pandangan matanya ke arah muara Sungai Melaka.


Setelah lama merenung Katarina, akhirnya Haikal bersuara, "Saya ada belajar... tapi... saya pun rasa macam... saya dah tersalah cakap. Guru saya pesan, perkara berkenaan takdir ni tak boleh sesuka hati diajak berbual. Jangan berbual lama tentang takdir ni kalau kita tak pandai."


Katarina mencengkam lengan Haikal, dengan tegas Katarina berkata, "Tapi ni penting, awak kena tahu. Maksud saya, awak kena faham kenapa saya buka topik ni."


"Buka topik?"


"Ye sayang, buka topik tentang takdir. Qada ialah perkara yang telah ditentukan oleh Allah, kematian kita contohnya, kita semua mati juga satu hari nanti, kita semua takkan kekal. Pertemuan awak dengan saya, ini juga telah ditentukan. Qadar ialah... ukuran, sukatan, batasan yang Allah tetapkan bila Allah menjadikan dan menentukan sesuatu. Kita semua mati, dan titik kematian kita pada garis masa itulah Qadar," balas Katarina.


"Titik... kematian... pada... garis... masa?" Haikal kebingungan.


Katarina menepuk dahinya sendiri. "Saya terguna contoh yang susah nak faham."


"Saya pendekkan cerita, apa yang saya cuba sampaikan ialah memang Allah dah tetapkan apa yang terjadi dalam hidup kita, siapa kita jumpa, kat mana kita berada, ajal kita, kaya miskin kita, tetapi kita kena ingat, Allah tetapkan peristiwa dalam hidup kita tu berdasarkan usaha kita."


"Allah sudah tahu usaha kita, Allah sudah tahu apa kita buat, di masa lalu, di masa sekarang dan di masa depan, kita belum lalui tapi Allah sudah tahu semua perbuatan kita, sebab itulah Allah tetapkan begitulah takdir kita."


"Haikal, faham tak, ada takdir muallaq, takdir yang kita boleh ubah. Jika kita berusaha, atas izin Allah, kita boleh ubah takdir kita. Tapi ada juga takdir mubram, ajal kita, kita semua pasti mati, ini takdir yang tak boleh diubah."


"Kiamat, kita tak boleh ubah. Inilah takdir mubram. Manusia bukan Tuhan, manusia pasti mati bila sampai ajal. Ini takdir mubram," jelas Katarina.


"Jadi..." Haikal kebingungan.


Katarina menarik nafas lalu menyambung, "Manusia bukanlah tidak boleh mengubah takdir mereka. Kita kalau berusaha, dan berdoa pada Allah, takdir kita boleh diubah. Takdir yang tertulis tu, berdasarkan perbuatan dan niat kita juga. Kalau orang curi barang kita, tidaklah kita redha dan kata 'inilah takdir', tidak bukan? Tentulah kita kejar pencuri itu, setuju tak? Orang datang nak tikam kita, tidaklah kita biarkan diri ditikam, tidak bukan? Tentulah kita berusaha mempertahankan diri, setuju?"


"Tapi apa terjadi apabila kita berusaha juga mempertahankan diri, ditakdirkan kita ditikam juga akhirnya.... bolehkah kita salahkan Allah? Atau kita terima hakikat kita ditikam begitu sahaja? Atau kita berusaha hentikan aliran darah, dan bangkit cari bantuan?"


"I see..." Haikal mula dapat tangkap mesej Katarina.


"Lelaki yang dikurung tu... dikurung sebab dia cuba melawan takdir. Dia benci takdir dia. Tapi... takdir manusia kan boleh diubah dengan usaha, doa, dan tawakal. Allah berikan kita peluang untuk ubah takdir kita. Tapi kenapa lelaki ini kena kurung disebabkan dia cuba ubah takdir. Jadi sayang, cuba awak fikir, takdir apa yang dia cuba ubah?" tanya Katarina.


"Takdir mubram... Hakikat... fitrah kita? Lelaki itu nak ubah ajal dia ke? Dia nak hidup selama-lamanya?" balas Haikal.


"DIA CUBA JADI TUHAN!" kata Katarina. "Dia rasa Allah yang rosakkan manusia, dia rasa Allah tak patut jadikan manusia begini. Dia rasa segala kejahatan manusia ini semuanya kerana Allah yang jadikannya begitu... yang mana dia lupa, yang Allah sentiasa bagi peluang dan sudah bagi peringatan pada manusia, agar berusaha untuk berubah jadi lebih baik. Jadi salah siapa kalau manusia itu melakukan kezaliman?"


"Tapi dia tetap salahkan Allah. Dia mahu betulkan manusia. Caranya? Dia nak hapuskan semua manusia! Kemudian dia nak lahirkan manusia baru, yang lebih baik. Ya, dia nak jadi Tuhan, sebab itulah kami terpaksa 'kurung' dia, dan kalau dia terlepas dari kurungannya, dia akan mulakan penghapusan seluruh umat manusia," jelas Katarina.


"Dia nak hancurkan semua kemudian dia nak buat balik semula semuanya... dia ingat dia lebih bagus dari Tuhan?" soal Haikal, sambil ternganga.


Katarina membalas, "Ya dan tidak. Dia tidak rasa diri dia lebih baik dari Allah. Tapi dia rasa dunia ini boleh jadi lebih baik kalau Allah tidak jadikan manusia begitulah beginilah, bagi dia, ada kecacatan pada penciptaan manusia..."


"Tapi Allah menciptakan manusia dengan sempurna!" celah Haikal.


"Bagi lelaki itu, ada kecacatan pada penciptaan manusia. Dia nak betulkan kecacatan tu. Dia rasa manusia yang ada di muka bumi sekarang adalah manusia yang sudah rosak. Dia mahu hapuskan semua," kata Katarina.


"Jadi mana lelaki tu sekarang?" tanya Haikal.








Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now