[PART 16] Decalcomanie

103 10 0
                                    


Bahu Haikal disentuh lembut.


"Macam mana dengan kelas Alkemi? Menarik kan?" tanya Faiz pada Haikal.


Faiz yang tiba-tiba muncul memberi sedikit ketenangan pada Haikal.


"Mana kau pergi?" tanya Haikal. "Oh, apa kau tanya tadi, kelas Alkemi? Kelas Alkemi jadahnya, pak cik ni taknak ajar aku Alkemi."


Faiz terkejut mendengar kata-kata Haikal. Kemudian dia perlahan-lahan mengangguk.


"I see.... aneh juga kalau de Escobar taknak ajar ko," kata Faiz. "Betul ke ni Dom de Escobar?" Faiz bertanya kepada de Escobar.


"Aku tidak mahu mengajar orang yang tidak layak. Kalau dia lulus ujian aku, barulah aku ajar," jawab de Escobar, sambil tersenyum.


"I see...." Faiz mengangguk perlahan.


 "Haikal, sebenarnya... aku boleh ajar kau Alkemi. Tapi, Katarina yang nak kau belajar dari Pedro de Escobar ni. Ni semua permintaan Katarina. Dia dah deal dengan Pedro de Escobar. Jadi kalau boleh, aku taknak kacau plan Katarina ni," jelas Faiz. "Kalau ko belajar dengan aku, mesti Katarina marah... boleh jadi, dia merajuk terus taknak cakap dengan kau dah..."


Faiz diam seketika, kemudian menyambung, "Tak boleh... aku taknak dia merajuk dengan kau... Jadi maafkan aku, aku tak boleh nak ajar kau Alkemi kali ni... nak taknak, cuma Pedro de Escobar je boleh ajar ko."


"Aku taknak belajar Alkemi," balas Haikal dengan dahi berkerut.


Terus Faiz senyum lebar lalu memicit bahu Haikal sambil berkata, "Alaa, kau buat je ujian yang dia suruh... aku yakinlah ujian yang dia bagi kat ko ni takdelah susah mana, Katarina dah deal dengan dia, jadi ujian dia ni buat cukup syarat je. Prinsip lah konon-kononnya. Oh ya, apa ujian ko?"


"Pakcik ni nak aku tunjuk kat dia apa itu Alkemi. What the hell, belajar Alkemi pun tak, macam mana aku nak tunjuk apa tu Alkemi? Dia nak aku bakar tangan aku ke apa?"


Faiz ternganga dengar jawapan Haikal.


Faiz mengangguk perlahan, tiba-tiba dia ketawa sambil berkata, "Haikal hahahahaha Haikal, Alkemi bukan semata-mata keluarkan api kat tangan! Nah, kan aku cakap tadi, Alkemi ni adik-beradik Kimia. Ni mari sini. Aku tunjukkan kitab Alkemi."


Faiz berjalan menghampiri sebuah rak yang penuh dengan buku-buku, lalu dia mengambil keluar sebuah kitab. Tanpa membuang masa, Faiz terus meletakkan kitab itu di depan Haikal. 


Haikal mula membelek kitab itu.


Kitab itu menerangkan beberapa proses yang tidak asing bagi Haikal, seorang pelajar Biomedical Engineering yang paling pintar di kolejnya. Penyulingan, pensterilan, menyukat ketumpatan, menentukan kepekatan cecair, pengasingan dua cecair, kesemua proses yang dianggap sebagai ilmu budak tadika bagi Haikal.


Faiz tersenyum. Dia tahu Haikal Hakimi dapat memahami sedikit konsep Alkemi. Sedikit sahaja sudah cukup.


"Alright... So.. this is Alkemi. Little bit Kimia, little bit Fizik. Well... should I just... guna teknik Kimia... you know... kertas yang tidak terbakar, lemon yang menyalakan elektrik, or nyalaan api yang berwarna-warni, things like that, should be ok right Faiz?" tanya Haikal kepada Faiz.


Faiz masih tersenyum, "Boleh. Buat je. Oh, tengok lah dulu apa yang ada di dalam dewan ni... macam-macam ada ni... Kalau ko rasa macam takde je bahan yang ko nak guna, bagitau je aku."


Maka Haikal pun berjalan melihat bahan-bahan dan peralatan yang ada di dalam dewan itu. Haikal tersenyum, dia sudah dapat idea. Ada buah delima, ada gula, ada lemon, ada limau kasturi, dan yang paling penting, tong kayu di hadapan Haikal, dan Haikal sangat-sangat pasti isi tong kayu ini ialah sesuatu yang amat-amat Haikal perlukan untuk pertunjukkan 'Alkemi' nya.


"Dalam tong ni ada apa?"


"Aqua vita. Kiteorang guna untuk perubatan," jawab Faiz.


Haikal membuka penutup tong kayu itu. Di dalam tong kayu itu penuh dengan cecair. Haikal mengambil satu bekas kosong lalu dicedoknya isi tong kayu itu. Bekas penuh cecair itu dirapatkan ke bibirnya.


"Jap Haikal! Nama dia memanglah aqua vita, tapi sebenarnya benda ni... alkohol, arak."


Haikal merenung mata Faiz untuk beberapa saat. Tanpa membuang masa Haikal merasa sedikit cecair yang telah dicedoknya. Dahinya tiba-tiba berkerut.


"Gilaaaa... pekatnya!"


Faiz ternganga lalu berkata, "Ko dah kenapa pergi hirup aqua vita tu? Itu pure alkohol, alkohol untuk perubatan. Yang kau sesuka hati hirup tak tanya aku kenapa?"


"Pedih beb uughh pedih..." Haikal menahan rasa terbakar di tekak.


Tiba-tiba melangkah masuk seorang pemuda Portugis berambut panjang, kacak tinggi, tersengih-sengih, menyandang beg kulit di bahu. Beg yang kelihatan berat dan penuh sarat.


"Ferdinand! Kenapa kamu datang? Dona Katarina tak beritahu kamu? Kelas batal hari ni!" tempik Pedro Escobar.


"Oh? Maaflah aboh... hehehe aku bosan ni... saje lah datang..." Ferdinand tersengih-sengih kemudian perhatiannya terus beralih kepada Haikal. "Oh! Kau minum aqua vita tu?!"


Haikal tidak mempedulikan Ferdinand. Dia berjalan menghampiri satu peralatan makmal di atas meja, kelalang bulat yang ditutup ketat di bahagian atas tetapi di leher kelalang ini disambung dengan corong tiub yang menghala ke bawah.


"Alembiq? Nak buat apa dengan alembiq ni?" tanya Faiz.


"Arak tu terlalu kuat, aku nak cairkan dia sikit," jawab Haikal dengan yakin. "Kalau ni jadi... kat sana ada limau... oh Faiz, kau ada pewarna biru... yang edible?"


"Ada..." Faiz menjawab perlahan, masih tertanya-tanya apa yang cuba dibuat Haikal. Ferdinand tersenyum lebar seolah-olah tahu apa yang Haikal rancangkan.


"Aboh... maafkan saya... Saya perlukan masa seminggu untuk sediakan bahan-bahan saya. Selepas seminggu, saya pasti, saya akan tunjukkan awak satu persembahan, yang pasti buat awak takjub," pinta Haikal.


"Kamu perlukan masa seminggu?!" balas de Escobar.









Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now