Puteri menjengulkan kepalanya untuk mencari kelibat Darren di ruang tamu. Namun tiada batang tubuh suaminya disitu. Puteri mencari di tingkat 3 pula.
Puteri memulas tombol pintu mini library. Matanya tertacap pada batang tubuh suaminya yang sedang duduk membaca buku. Taktahu lah buku ape. Kakinya mengatur langkah kearah Darren.
"awak"
"iye?"
Puteri berdehem kecil sebelum bersuara.
"saya nak.." belum sempat dia menghabiskan ayat, Darren sudah memotong.
"nak ape? nak make a baby lagi?" cantas Darren laju. Bibirnya menguntum senyuman nakal.
Membuntang biji mata Puteri. Pantas dia memukul lengan Darren dengan kuat.
"saya belum habis cakap lagi lah!. Dengar dulu boleh tak?!" herdik Puteri. Matanya tajam menikam anak mata Darren.
Darren tergelak kecil.
"jangan lah marah-marah. Fikir comel ke?. Ha nak cakap ape?"
"Saya nak minta izin. Boleh tak saya nak keluar dengan Emiya. Saya rindu sangat dekat dia. Dah lama kitaorang tak jumpa" kata Puteri dengan nada sedih.
"habis saya macam mana?" soal Darren mendatar.
Kening Puteri berkerut pelik.
"macam mana ape?"
"yelah, awak bersoronok keluar lepaskan rindu awak dekat Emiya. Tapi saya dekat rumah ni menderita menanggung rindu dekat awak" kata Darren manja. Bibirnya dijuih kedepan.
Puteri tersenyum kecil. Tercuit hatinya mendengar kata-kata manis Darren.
"mengadalah awak ni. Saya keluar sekejap je pun. Bukannya nak lari ke luar negara ke ape"
Darren mencebik bibir. Puteri mengelus lembut rambut suaminya seperti kanak-kanak kecil.
"awak izinkan tak?"
"boleh, tapi dengan satu syarat" kata Darren tegas.
Puteri menjongketkan kening sebelah.
"awak kene masakkan tomyam dulu untuk saya"
Puteri tergelak kecil.
"beres boss. Awak tunggu sini saya nak masak sekejap. Dah siap nanti saya panggil awak"
Pavilion Kuala Lumpur
"Puteri, kita masuk kedai tu sekejap boleh. Macam cantik je dress tu" kata Emiya sambil menunjuk ke arah kedai pakaian.
"okay jom!"
Puteri dan Emiya jalan beriringan masuk kedalam kedai pakaian tersebut. Rambang mata mereka melihat baju-baju yang tergantung cantik. Sungguh menarik perhatian mereka.
Setelah 20 minit didalam kedai tersebut, akhirnya mereka keluar dengan tangan yang penuh dengan beg plastik.
"Miya, I lapar lah. Jom makan nak" ajak Puteri. Perutnya sudahpun berkerongcong minta diisi. Padahal tadi dekat rumah dah melantak 2 pinggan nasi dengan suaminya. Masih lagi tidak kenyang.
"hm jom lah. I pun lapar jugak"
Mereka berjalan menuju ke sebuah restoren didalam Mall tersebut. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seorang jejaka yang sangat dikenali oleh Puteri.
"Puteri? you buat ape dekat sini?" soal Zafran.
Puteri tersenyum kecil. "saya teman kawan saya shopping dekat sini"
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...