"Fran macam mana ni?. Apa bende yang perlu aku buat. Aku taknak Puteri tahu pasal ni!. Aku taknak dia terluka. Kau faham ke tak?!" kata Darren laju. Rambutnya diramas kasar hingga serabai.
Zafran memicit dahinya untuk berfikir. Tapi hampa, satu idea pun dia tidak dapat.
"kau rileks dulu boleh tak?. Aku takboleh nak fikir lah kalau kau serabut macam ni" rungut Zafran, geram.
"kau nak suruh aku rilek? hei! perempuan bodoh tu dah hancurkan hidup aku dan isteri aku tau?. This is fuck!"
Zafran menggeleng perlahan. Kusut otaknya memikir jalan penyelesaian untuk membantu sepupunya. Semuanya berlaku sebelum dia pulang dari Cafe untuk mencari makanan tengahari. Sampai saja di hotel, matanya ternampak seorang perempuan keluar dari biliknya senyuman sinis. Sewaktu berselisih, gadis itu menghadiahkan senyuman manis padanya. Zafran pula membalas senyuman tersebut.
Tiba di bilik, matanya membuntang pada sekujur tubuh Darren yang terbaring diatas katil tanpa seutas benang. Otaknya mula mencerna apa yang dilihat.
"Alice.." gumam Zafran perlahan.
"woi! kau dengar tak apa aku cakapkan ni?!" herdik Darren kuat. Zafran tersentak.
"ye aku dengar.. I think we should go back to Malaysia. Kau kena berbincang dengan Puteri tentang hal ni. Bende ni bukan bende kecil tau. Ini melibatkan rumahtangga kau"
Darren menghempaskan punggungnya di sofa panjang.
"Tapi.. aku taknak Puteri terluka dengan ape yang berlaku. Aku taknak dia lari tinggalkan aku. Aku sayang dia sepenuh hati aku Zaf" rintih Darren perlahan. Matanya sudahpun berkaca-kaca.
Zafran menghela nafas berat. Bahu sepupunya ditepuk perlahan. Dapat dia rasakan nafas Darren yang tidak teratur. Turun naik dadanya.
"kita balik Malaysia and slowtalk dengan Puteri. Kau cerita dengan dia ape yang dah jadi. Yang penting bukan salah kau. Perempuan tu yang perangkap kau" kata Zafran sambil menepuk-nepuk bahu Darren.
Darren yang tidak dapat menahan sebak, airmata tumpah jua airmata jantannya. Terhinjut-hinjut bahunya
"pasal Dato cina tu macam mana?" soal Darren serak.
"pasal orang tua tu biar aku uruskan. Nanti aku suruh staff kita datang sini untuk ganti tempat kau" kata Zafran lembut. Darren mengangguk perlahan. Airmatanya dikesat dengan tapak tangan.
Zafran tergelak kecil apabila melihat muka Darren yang basah dengan aimata.
"kau gelak apahal? kena sampuk ke?" perli Darren sambil mengelap airmatanya yang tersisa dipipi.
Zafran menggeleng kepala sambil ketawa perlahan. "tak, kau tu. Sayang betul kau dengan bini kau eh?. Sampai terkeluar airmata jantan kau" perli Zafran kembali.
"orang bodoh je yang tak sayang bini!" hambur Darren. Satu jelingan tajam dipanah kearah mata Zafran. Zafran terdiam.
"eleh sorry lah.. gurau sikit pun tak boleh" kata Zafran perlahan dengan bibir tercebik.
Ting! Tong!
Puteri yang sedang menyiram pokok bunga ditaman mini tersentak saat terdengar bunyi loceng dari pagar besar utama. Kelihatan ada sebuah kereta berjenama Myvi berwarna hitam pudar diluar pagar tersebut. Tanpa membuang masa, Puteri menutup pili air lalu mengatur langkah ke pagar tersebut.
Ting! Tong!
"ish tak sabar-sabar betul orang ni" marah Puteri semasa berjalan. Nak dijadikan cerita jarak diantara taman mini dan pagar utama itu agak jauh. Dalam anggaran 100 meter jaraknya. Boleh sempat jogging sekejap lah.
Sampai sahaja, Puteri menjengul kepala keluar pintu pagar kecil.
"eh? takde orang pun?. Mana kereta tadi?" soal Puteri sendiri. Kepala yang tidak gatal digaru.
Baru sahaja dia mahu melangkah beberapa tapak kehadapan, kakinya tersepak sesuatu yang berbentuk seperti sepucuk sampul coklat.
"aik? sejak bila ada surat dekat sini?" tangannya mengambil sepucuk surat itu sebelum melangkah masuk kedalam kawasan rumah. Kerusi ditaman mini menjadi tempat dia melabuhkan punggung.
Tanpa berkata, Puteri mengoyakkan sampul itu.
"gambar?" bisiknya perlahan.
Gambar yang terbalik diperbetulkan. Dahinya berkerut saat merenung gambar tersebut. Beberapa saat kemudian, Puteri menekup mulutnya yang sedikit melopong. Cecair jernih mula bertakung ditubir mata. Anak mata hijaunya masih tidak lepas dari merenung gambar itu. Didalam gambar tersebut, kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan yang amat dia kenali sedang melakukan hubungan zina diatas katil. Dan yang paling menyakitkan matanya adalah kedua figura itu tidak mengenakan seutas benang pun. Hati Puteri bagaikan disiat-siat saat melihat gambar itu.
"ke..kenapa awak?. Kenapa awak buat saya macam ni?. Apa dosa saya pada awak" rintih Puteri dengan suara bergetar.
"Alice.." sebut Puteri dengan air matanya bercucuran mengalir.
Puteri menangis teresak-esak seorang diri di taman mini. Gambar ditangannya dicampak ke tanah. Dadanya yang terasa pedih disentuh perlahan. Sakit didadanya hanya tuhan saja yang tahu. Betapa perit dan pedihnya saat melihat gambar yang tidak senonoh itu. Lagi-lagi apabila dua figura itu adalah suaminya dan Alice, rakan sekerjanya dulu. Semakin dia mengingati gambar itu, semakin pedih dadanya. Hatinya bagaikan dicucuk dengan sebilah pedang yang sangat tajam. Sakit? ye sakit sangat. Orang yang dia cintai sepenuh hati dan meletakkan kepercayaan. Akhirnya berkelakuan seperti syaitan. Musnah hati Puteri. Hancur, retak, berkecai dan semuanya. Langsung tidak dapat digambarkan keadaan hatinya sekarang ini. Sakit yang terlampau.
Telefon bimbit yang berada disebelahnya dicapai. Nombor telefon seseorang didail.
"hello babe!"
Puteri menangis dengan lebih kuat saat suara itu memecah gegendang telinganya.
"hei.. what wrong?"
"Mi..Miya.."
Darren menyumbat kesemua pakaiannya kedalam sebuah beg galas hitam. Pada malam ini dia dan Zafran perlu pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan perkara bodoh ini. Semuanya gara-gara perempuan yang bernama Alice. Kalau dia dapat perempuan tu memang dia bunuh dengan cara yang paling kejam. Lepastu buang dalam hutan.
Sedang tangannya lincah mengemas, kedengaran seseorang menerjah pintu bilik hotel. Spontan kepalanya berpaling ke arah belakang.
"bro! aku dah dapat tiket flight untuk kita. Pukul 1 pagi nanti kita fly ke Malaysia. Kau okay tak ni?" soal Zafran lalu menyentuh belakang kepala Darren. Tetapi pantas Darren menepis.
"aku okay.. cuma aku rasa tak sedap hati. Aku rasa macam ada bende buruk akan berlaku. Ak.. Aku.."
"shh!! diam. Kau ni jangan fikir negetif sangat. Fikir yang baik-baik je. Insyaallah kalau kau bincang elok-elok, mesti Puteri boleh terima" cantas Zafran. Bibirnya menguntum senyuman kecil.
Darren merenung tangannya. Tubir matanya sudah terasa panas, tapi sedaya upaya menahan airmatanya dari mengalir.
"macam mana kalau perempuan bertindak dulu?" soal Darren tiba-tiba. Zafran terkedu.
"erkk.. dahlah. Jangan fikir negetif sangat. Yang penting kita kena balik Malaysia sekarang"
Darren mengangguk perlahan. Zafran memandang Darren dengan hujung mata. Sebenarnya di pun turut merasakan bende yang sama. Macam mana kalau minah Alice tu bertindak dulu?. Apa yang perempuan tu nak eh?. Apa motif dia buat macam ni?. Kes Darren di perangkap ni macam sama dengan kes sewaktu Puteri dan Darren di perangkap dulu.
Pelbagai soalan yang berlayar di benak fikirannya.
'aku kena siasat bende ni' bisik hati kecil Zafran
MAAF KALAU ADA TYPO. AND SATU LAGI NAK BAGITAHU, KORANG BACALAH STORIES KEDUA LIRA. PAKCIK GILA! MY HUSBAND. KALAU KORANG BACA MESTI JATUH CINTA. ECECECEHH. KALAU KORANG BAIK, VOTE SEKALI HEHEHHE
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...