75

2.9K 103 2
                                    

Dinnash bermain permainan bersama Syaina diruang tamu. Seluruh ruang tamu itu dipenuhi dengan gelak tawa dan suara mereka. Dinnie pula duduk bersandar diatas sofa sambil melihat gerak geri adiknya dan budak perempuan itu bermain. Wajahnya mendatar saja.

"Elyas. Jom lah main sama-sama. Syaina bawa banyak mainan ni. Rugi tak main tau" kata Dinnash dengan ajakan.

"hm.. betul!. Saya ada bawa banyak mainan. Ada kuali, periuk, sudu, pisau--" percakapan Syaina terhenti apabila Dinnie merenung tajam kearah. Terus kelu lidahnya ingin bersuara.

Dinnash hairan melihat Syaina yang tiba-tiba senyap. Tadi bukan main bising?.

"Syaina? are you okay?" soal Dinnash.

Syaina mengalihkan anak mata ke Dinnash.

"I'm scared..." ujar Syaina.

Semakin hairan Dinnash melihat Syaina.

"takut ape?. Mana ada ghost dalam rumah ni. Ada pun manusia yang selalu kena ghosting. Itu ada la" kata Dinnash.

Syaina menggeleng kepala.

"bukan ghost, but he" ujar Syaina. Matanya melirik kearah Dinnie yang duduk diatas sofa.

Lama Dinnash ingin menangkap ape yang dimaksudkan Syaina. Setelah itu barulah dia faham akan maksud Syaina.

"Oh... Elyas. Awak nak takut ape?. Saya kan ada. Saya ni Dinnash Eldian tau!. Si berani dan gagah perkasa. Ha, apa kata kita main something yang seronok nak?. Saya jadi batman dan awak jadi princess Belle, Elyas pulak jadi.. beast!" kata Dinnash sambil tersenyum riang.

Dinnash berlari kearah pondok diluar rumahnya.

Syaina tersenyum kecil. Kemudian dia memandang Dinnie. Dia berjalan menuju ke Dinnie. Tangan Dinnie disentuh lembut.

"jom lah kita main Elyas. Eldian dah tunggu dekat sana" ujar Syaina. Jarinya dituju pada Eldian diluar.

Dinnie tersentak dengan pegangan Syaina. Pantas dia menarik tangannya semula.

"don't touch me" kata Dinnie dingin.

Syaina menelan airliur kelat. Gerun dengan perubahan Dinnie.

"sorry. Jom lah kita main sama-sama. Syaina tak pernah main dengan Elyas" kata Syaina sayu. Bibirnya tercebik-cebik tanda mahu menangis.

Dinnie menjeling tanpa perasaan.

"just play with him. Don't bother me" setelah itu, Dinnie turun dari sofa dan pergi ke biliknya.

Tinggallah Syaina terkulat-kulat disitu.

'kenapa Elyas macam benci dekat Syaina?. Apa salah Syaina?' bisik hati kecil Syaina. Dia hanya melihat tubuh belakang Dinnie yang berjalan hingga hilang dari pandangan mata.

---

"Ibuku sayang! aku udah pulang!!" jerit Emiya dari ruang tamu.

Puan Saleha yang berada dapur, cepat-cepat matikan api dapur dan pergi ke hadapan.

"anak bertuah betul betina ni. Balik tak bagitahu ibu!" kata Puan Saleha lalu memukul bahu Emiya.

Emiya tersenyum lebar. Dia menarik ibunya kedalam pelukan.

"rindunya dekat ibu.."

"ibu pun rindu kamu juga. Ni, anak teruna ibu mana?. Dia tak balik sekali ke?" soal Puan Saleha.

Emiya tergelak halus. "Ibuku, abang tu bukan lagi anak teruna ibu. Dia tu bapak orang. Abang Emir tak balik sebab dia nak settlekan kerja dia dulu. In sya Allah, hujung minggu ni dia balik" terang Emiya.

Puan Saleha mengeluh. Emir itu sajalah anak lelaki yang aku ada. Macam tak percaya je bila anak aku dah jadi bapa orang. Rasa macam baru kawin semalam.

"abang dah jadi bapa orang. Yang kamu tu bila nak jadi mak orang?. Penat ibu tunggu cucu dari kamu"

Ha! mula dah. Mula dah permintaan merepek dia tu. Emiya tersenyum hambar.

"ibu.. tiba-tiba Miya rasa mengantuk lah. Lepastu penat. Miya masuk bilik dulu ye" dalih Emiya. Dia mengheret begnya kedalam bilik.

Puan Saleha bercekak pinggang. Inilah perangai Emiya, asal cakap pasal kahwin je mengelat. Sikit-sikit nak mengelat. Agak-agaknya bilalah anak perempuan aku tu nak berumah tangga.

"assalamualaikum.."

Puan Saleha tersentak saat ada suara memberi salam diluar rumahnya. Puan Saleha menjengul-jengulkan kepala dengan kerutan didahi.

"siapa pula le datang tengah-tengah hari ni. Ha! waalaikumusalam!" jawab Puan Saleha.

"eh Firash.. ada ape kamu datang ke rumah makcik ni?. Nak minta apa-apa daun ke?. Kalau kamu nak daun kari, ada tepi rumah tu. Ambil je la" kata Puan Saleha.

Firash tersenyum manis.

"eh tak lah, Firash bukan nak minta apa-apa. Saya cuma.." matanya meliar disekeliling rumah seperti mencari sesuatu.

Puan Saleha mengerut kening memandang lelaki itu. Macam mencari sesuatu aje?.

"cuma ape Firash?" tegur Puan Saleha bernada keras.

Firash tersentak. Dia memandang Puan Saleha dan mengahadiahkan senyuman manis.

"erm.. Emiya dah balik ke makcik? sebab tadi Firash macam nampak batang tubuh dia dekat luar. Itu yang Firash datang rumah makcik , sebab nakkan kepastian. Mana tahu Firash salah orang ke, kan?" ujarnya dengan senyuman.

"ohh.. betul la apa yang kamu nampak tu. Emiya baru aje sampai tadi. Dia ada dekat dalam tengah rehat"

Firash mengangguk sekilas. Bibirnya terbit senyuman penuh bermakna.

"Emiya dah balik?!. Makcik, boleh tak saya nak jumpa dengan Emiya? sekejap saja" pinta Firash, teruja.

Pantas Puan Saleha menggeleng. "tak boleh, anak aku nak berehat. Baru aje seminit lepas dia sampai. Kalau kamu nak sangat jumpa, esok-esok ajelah" kata Puan Saleha.

Firash mengeluh perlahan. 'Aduh orang tua ni.. aku nak jumpa je kot. Bukannya nak buat bende buruk', perli hati Firash.

"erm, takpelah makcik kalau macam tu. Saya balik dulu lah. Assalamualaikum" ujar Firash lalu meninggalkan rumah Puan Saleha.

Puan Saleha menjawab salam. Dia memerhatikan Firash yang sedang berjalan itu.

"budak ni macam ada udang disebalik mee. Asal anak aku balik je mesti dia datang. Ish! aku kena jaga-jaga dengan Firash tu" kata Puan Saleha seorang diri.

Baru saja dia mahu masuk kedalam, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin moto di halaman rumahnya. Ternyata sang suami telah pun balik dari kebun. Puan Saleha menguntum senyuman manis buat suaminya.

"abang! harini kita ada tetamu istimewa. Jom lah masuk" kata Puan Saleha teruja. Pasti suaminya akan terkejut dengan kehadiran anak bongsunya.

Encik Fauzi yang baru tiba mengerut dahi. 

"siapa pula yang datangnya?"

"anak kita!! Emiya dah balik!" jerit Puan Saleha, nyaring.

Encik Fauzi menutup sebelah telinga. Bingit telinga mendengar jeritan itu.

"awak jangan nak teruja sangat. Saya dah tahu lama dah. Miya telefon saya semalam cakap nak datang" kata Encik Fauzi dengan wajah selamba.

Membuntang biji mata Puan Saleha.

"sampai hati abang tak bagitahu saya. Saya ni ibu dia tau!" herdik Puan Saleha, tidak puas hati.

"bukan saya tak nak bagitahu, Miya yang suruh rahsiakan" kata Encik Fauzi lagi.

Encik Fauzi melangkah masuk kedalam rumah. Telinganya terdengar suara ketawa dari bilik anaknya. Mesti Emiya tengah gelak.






Minta maaf sebab dah lama tak update. Sebab sekarang busy dengan sekolah. Banyak kerja kena buat. Korang faham-faham je lah ye. Minta maaf again. Minta maaf sebab kurang best this bab ❤️

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now