"KAU?!!"
Syak terkejut. Matanya membulat memandang Darren.
'takkanlah..' desis hati Syak.
Dengan pantas Darren melangkah kearah Syak dari memberikan satu tumbukan pada rahang Syak.
BUK!!
"Darren!" jerit Zafran. Pantas dia berlari kearah Syak yang sudah terbaring dilantai.
"kau kenapa ha?!. Masuk-masuk bilik aku lepastu nak tumbuk dia. Apa salah dia?!!" marah Zafran.
Darren mengusutkan rambutnya. Sofa yang berdekatan dengannya disepak kuat. Kemudian kakinya melangkah kearah Syak. Kolar Syak digenggam kuat.
"mana bini aku?, Emir" soal Darren dingin. Matanya menikam tajam anak mata Emir.
"aku taktahu" balas Emir perlahan.
Darren mengetap gigi kuat.
BUK! BUK!
Kedua pipi Emir ditumbuk kuat.
"arghh!!"
"aku kata mana Puteri?!. Isteri aku mana?!!" jerkah Darren.
Emir meringis sakit. Dapat dia rasakan ada cecair merah dihujung bibirnya.
"aku taktahu!" kata Emir kuat.
"kau jangan nak menipu aku lah sial!. Aku dah dengar semuanya!"
Tiba-tiba Emir ketawa kecil. Darah dihujung bibir dilap kasar. Perlahan-lahan dia bangun berdiri dihadapan Darren.
"baguslah kalau kau dah tahu. Takpayah susah aku berahsia lagi" kata Emir mendatar. Dijeling wajah Darren dengan hujung mata.
Zafran hanya berdiam diri dan memerhati.
"mana isteri aku, Emir. Kau bagitahu aku sekarang dia dekat mana.." ujar Darren dengan mata berkaca-kaca.
Emir hanya memandang kearah lain. Sesekali pipinya disentuh saat terasa sakit.
"Emir, tolonglah. Aku rindukan dia sangat-sangat. Aku rindu isteri aku. Mana Puteri.." tubir matanya sudahpun penuh dengan air mata. Darren cuba menahan dari terjatuh.
Zafran memandang kasihan pada Darren. Darren takkan menangis kalau bende tu tak penting dalam hidup dia. Tapi kalau bende tu adalah paling berharga, habis terkeluar air mata jantan dia.
Bahu Emir ditepuk perlahan. Emir hanya memandang kosong pada Zafran.
"bagitahu jelah Puteri dekat mana. Dan nak dekat sebulan dia hilang bini dia. Kau tak kesian ke?. Cuba kalau bini kau lari dari kau. Mesti kau sedih juga kan?" kata Zafran tenang.
Emir menundukkan kepala ke bawah.
"Emir.. please.." rayu Darren.
"Syak.." panggil Zafran lembut.
Emir menghela nafas kecil. Kepalanya ditoleh kearah Darren yang tengah memandangnya.
"okay.. aku bagitahu" ujar Emir lalu tersenyum kecil.
Darren dan Zafran menghembus nafas lega. Pantas Darren menapak kearah Emir.
"dekat mana?" soal Darren.
Emir tersenyum sebelum ketawa halus.
"dekat.."
Alice memandang Daniel disebelah. Daniel yang sedang meneguk air arak itu terhenti saat perasan akan pandangan Alice. Sebelah keningnya dijongketkan.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...