Zafran menggosok tubuh belakang Darren lembut. Darren pula terbongkok-bongkok dihadapan sinki. Berkerut seribu dahinya apabila terasa perit di bahagian anak tekak. Selang beberapa saat dia memuntahkan lagi segala makanan yang dimakan pagi tadi.
"Uwerk!.. Uwerkk!!"
Zafran dibelakang sudah terasa mual saat terpandang muntah Darren disinki. Sungguh dia geli..
"bro, jom lah pegi klinik. Kau dah teruk sangat ni. Setiap pagi dan malam kau akan muntah. Semalam pun kau muntah kan?" ujar Zafran bernada risau.
Darren hanya diam membisu. Perit yang terasa di tekak masih belum hilang. Air paip ditadah lalu dikumur perlahan.
"aku nak pergi jumpa Puteri.." kata Darren lemah. Kakinya diatur ke pintu utama. Baru beberapa langkah, Zafran menahan bahu Darren.
"kau nak jumpa dia dalam keadaan lemah macam ni?. Buatnya kau muntah lagi nanti macam mana?" kata Zafran.
"tak.. aku okaylah. Kau jangan ris.. uwerkk!" pantas kakinya berlari kearah sinki semula.
"uwerk!.. uwerk!!"
Zafran menggeleng kepala. "macam ni kau kata okay?" tanya Zafran sambil tersenyum sinis.
Darren memicit kepalanya yang terasa berat.
"aku..."
"kau ape?. Nak pergi juga?. Nanti-nanti lah weh.. Kan Emir kata dia okay dekat sana. Takperlulah kau risau sangat. Yang kau perlu risau sekarang ialah kesihatan kau. Makin teruk kau punya penyakit ni. Aku rasa macam ada something yang tak kena dengan kau" bebel Zafran panjang.
Darren mengerut kening tidak faham. "apa yang tak kena?"
Zafran mengigit bibir perlahan. Nak cakap ke tak nak eh?.
"apadia?!" tengking Darren.
"ak-aku rasa kau kena santau" seloroh Zafran.
Darren menggeleng perlahan.
"merepeklah kau. Banyak sangat tengok drama, macam ni jadinya" perli Darren sambil memicit kepalanya.
Zafran menjeling menyampah. "aku cuma rasa je" tutur Zafran lalu melangkah kearah lif.
"Fran" panggil Darren.
"ye?"
"tolong aku boleh tak?" pinta Darren lembut. Zafran menjonvket kening sebelah.
"apadia?" tanya Zafran.
"erk.. tolong belikan aku buah cempedak. Aku teringin lah nak makan cempedak goreng" kata Darren.
Mulut Zafran melopong luas. Ini kali pertama Darren minta buah cempedak. Kalau tidak dulu bukan main benci dengan buah tu. Kata bergetahlah, busuklah, tak sedaplah. Ini minta!. Lepastu plus teringin pulak tu.
"kau tengah mabuk ke ni?. Bukan kau benci ke dengan buah tu?. Apahal tiba-tiba ni?" tanya Zafran, tidak percaya.
Darren mengetap bibir. "aku suruh beli tu beli jelah. Dah tekak aku teringin nak buat macam mana?!" marah Darren.
Zafran mencebik kecil.
"sikit-sikit nak marah. Dah lah muka macam askar pencen" kutuk Zafran perlahan. Tanpa membuang masa dia berjalan kearah pintu utama.
Darren terfikir sejenak. "iye tak ye juga eh. Kan aku memang tak suka buah cempedak. Macam mana aku boleh teringin pula ni?" soal Darren sendiri. Kepalanya diketuk perlahan.
Zafran memberhentikan kereta Mercedes miliknya dibahu jalan. Memandangkan gerai buah itu terletak di tepi jalan.
Buah cempedak dibeli 2 biji. Usai membayar dia mendekati keretanya semula. Zafran terus meloloskan badannya didalam perut kereta.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Storie d'amore~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...